Sider

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sider, dalam cawan tradisional Hessia

Sider atau Arak Epal ialah sebuah minuman beralkohol yang dibuat daripada penapaian jus epal.[1] Sider adalah minuman terkenal di United Kingdom serta negara tersebut merupakan pengguna tertinggi di dunia, juga mempunyai syarikat terbesar dalam pembuatan sider.[2][3][4]

Kesemua jenis epal boleh ditapai untuk menghasilkan sider.[5] Tambahan bahan seperti gula atau buah sebelum penampaian peringkat kedua mampu meningkat kandungan etanol.[6][7] Kandungan alkohol sider di antara 1.2% ke 8.5% API. Pada tahun 2014, kajian mendapati bahawa satu pain sider mengandungi lima sudu (20.5 g) gula, menghampiri jumlah dimana PKS mengesyorkan jumlah gula bagi seorang dewasa, dan 5-10 kali jumlah gula dalam bir atau ale.[8]

Perri ialah merupakan minuman beralkohol yang sama seperti sider cuma ia adalah penapaian jus pir.[9]

Penampilan dan jenis[sunting | sunting sumber]

Sider Amerika dalam botol

Rasa sider adalah beraneka. Sider boleh dikumpulankan dari rasa kering ke manis. Kejernihan sider berjulat daripada keruh berendapan hingga ke jernih penuh, dan warnanya berjulat daripada tidak berwarna ke kuning kejinggaan terus ke warna perang. Kepelbagaian dalam kejernihan dan warna adalah bergantung kepada penapis ketika penekanan dan penapaian. Beberapa jenis epal akan menghasilkan sider yang jernih tanpa perlunya penapisan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dworkin, Martin; Falkow, Stanley (2006). The Prokaryotes: Proteobacteria: alpha and beta subclasses. Springer. m/s. 169. ISBN 9780387254951. Dicapai 29 July 2011. 
  2. ^ "National Association of Cider Makers". Diarkibkan daripada asal pada 2001-01-24. Dicapai 2007-12-21. 
  3. ^ Bowers, Simon (2006-06-26). "Bulmers to take on Magners in a cider decider". London: The Guardian. Dicapai 2006-06-20. 
  4. ^ "Interesting Facts". National Association of Cider Makers. Diarkibkan daripada asal pada 14 February 2009. Dicapai 24 February 2009. 
  5. ^ Lea, Andrew. "The Science of Cidermaking Part 1 - Introduction". Dicapai 2 November 2011. 
  6. ^ Lindsley, E. F. (Nov 1960). "Popular Science Vol. 177, No. 5": 137. Dicapai 29 July 2011. 
  7. ^ Sanborn Conner Brown (1978). Wines & beers of old New England. UPNE. m/s. 100. ISBN 9780874511482. Dicapai 29 July 2011. 
  8. ^ Malnick, Edward (29 March 2014). "Hidden levels of sugar in alcohol revealed". The Telegraph. Dicapai 20 July 2014. 
  9. ^ Huddleston, Nigel (2008-04-24). "Pear Perception". Morning Advertiser. Dicapai 2009-05-01.