Silaj

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lembu makan silaj jagung

Silaj merupakan bahan pakan tapai tersimpan berkelembapan tinggi yang boleh disuapkan kepada haiwan ruminan (haiwan yang mengunyah mamahan seperti lembu dan biri-biri)[1] ataupun digunakan sebagai suapan biobahan api untuk pencerna anaerobik. Silaj biasanya diperbuat daripada seluruh tanaman ladang (bukan sahaja bijiannya), termasuk jagung, betari atau lain-lain jenis bijirin. Ia ditapai lalu disimpan dalam proses yang dipanggil ensilaj atau memeram.

Silaj dihasilkan dengan menyimpan dedaun yang dituai di dalam silo, menimbunkan dedaun dalam longgokan besar yang dibalut dengan helaian plastik, atau membalut bandela besar dalam filem plastik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wood, Brian J. B. Microbiology of fermented foods Volume 1&2. Springer. m/s. 73. ISBN 978-0-7514-0216-2.