Silat Gayong Kifalah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Silat Gayong Kifalah atau nama penuh rasmi, Pertubuhan Seni Silat Pencak Gayong Kifalah Malaysia (PSSPGKM) yang diasaskan oleh Datok Mahaguru Shamsudin bin Haji Ismail, Mahaguru Gayong Kifalah.

Seni Silat Pencak bermakna gerak geri bertempur yang dilakukan secara berseni, mengilat dan silau semasa menghadapi lawan. Ia juga diistilahkan sebagai permainan Gayung Tak Bersambut, yang hanya merupakan permainan zahir dan fizikal sahaja. Gerakannya bergantung pada akal dan tipu helah seseorang pesilat sama ada semasa melangkah, mengelak dan menyerang. Kepandaian gerak Seni Silat Pencak ini diasah dengan latihan rutin yang penuh berdisplin dan teratur, beserta semangat yang tinggi dan matlamat yang jelas. Selain itu, Seni Silat Pencak ini juga adalah gabungan antara Silat Melayu dan Silat Minangkabau dari Pagar Ruyung, Sumatera. Oleh itu, terdapat gerak Seni Sembah dan Langkah Bujur Serong yang mirip Silat Minangkabau.