Sinagog Maghain Aboth

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sinagog Maghain Aboth
Sinagog Maghain Aboth
Sinagog Maghain Aboth
Info asas
Lokasi24/26 Waterloo St, Singapura 187968
Koordinat geografi1°17′53.5″N 103°51′02.3″E / 1.298194°N 103.850639°E / 1.298194; 103.850639Koordinat: 1°17′53.5″N 103°51′02.3″E / 1.298194°N 103.850639°E / 1.298194; 103.850639
AgamaYahudi Ortodoks
PerbandaranSingapura
NegaraSingapura
Tahun ditahbiskan1878
PemimpinRabai Mordehai Abergel
Laman webhttp://www.singaporejews.com
Penerangan seni bina
Jenis seni binaSinagoge
Gaya seni binaNeo-Klasik dan Kolonial
Disiapkan pada1878
Ditetapkan sebagai NHL:
Ditetapkan27 Februari 1998

Sinagog Maghain Aboth (Ibrani: מגן אבות, rumi: Ma'gen Avot, lit.'Perisai Bapa-Bapa') terletak di Rochor pusat bandar Singapura. Ia dibangunkan pada 1878 sekaligus sinagog/kanisah tertua di Asia Tenggara.

Dalamnya terletaknya Muzium Yahudi Singapura (bahasa Inggeris: Jews of Singapore Museum) yang mengumpul barangan tinggalan dan catatan sejarah masyarakat Yahudi yang telah lama bertapak zaman berzaman di Singapura[1][2][3] sejak penghijrahan pedagang Mizrahi dan Safardi dari Iraq and Iran tahun 1820-an.[4][1] Ia diwartakan sebagai Monumen Nasional Singapura #35 pada 27 Februari 1998.[5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kanisahini mula dibina selepas sebidang tanah berjaya dibeli di Bras Basah sebanyak $4,000 pada tahun 1870 namun tertunda sehingga 1878 kerana kos pembinaan yang tidak mencukupi.[6][7][8] Binaan tambahan dikerjakan lanjut pada 1924-5[6] untuk menampung jemaah sebanyak 40 orang termasuk sebuah tingkat khas untuk jemaah wanita pada 1893.[6]

Ia menjadi tempat pertemuan utama masyarakat Yahudi mendapatkan khabar mengenai nasb sahabat handai mereka semasa Pendudukan Jepun.[6] Bangunan utama tapak sinagog dirobohkan selepas Perang Dunia Kedua[6]

Binaan[sunting | sunting sumber]

Sebelah bangunan kanisah didirikan sebuah bangunan tujuh tingkat iaitu Pusat Jacob Ballas yang menempatkan pejabat para rabai dan sekolah bacaan Taurat, tempat kolah penyucian wanita, tempat penyembelihan, rumah makan serta kedai kasyrut, dan dewan khas untuk acara keagamaan seperti Shabbat.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Nity Farhana Dolhamid (2 Dis 2021). "Muzium Yahudi S'pura dilancarkan, rakam 200 tahun sejarah masyarakat Yahudi di sini". BERITA. Mediacorp. Dicapai pada 2023-12-11.
  2. ^ Yong, Clement (2 December 2021). "First Jewish museum in Singapore opens in Waterloo street". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 December 2021. Dicapai pada 16 May 2023.
  3. ^ Haime, Jordyn. "A new museum tells the story of Singapore's Jews, starting with their Baghdad roots". www.timesofisrael.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 January 2022. Dicapai pada 16 May 2023.
  4. ^ "PRESERVATION OF MONUMENTS BOARD PRESS RELEASE, 28 FEB 98: GAZETTE OF FORMER TAO NAN SCHOOL, FORMER MINISTRY OF LABOUR BUILDING AND MAGHAIN ABOTH SYNAGOGUE AS NATIONAL MONUMENTS". www.nas.gov.sg. Dicapai pada 2019-03-07.
  5. ^ Zaccheus, Melody (2014-10-21). "Sri Thendayuthapani Temple joins 66 others on list of Singapore's national monuments". The Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-12.
  6. ^ a b c d e "Maghain Aboth Synagogue | Infopedia". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2019-03-07.
  7. ^ Zaccheus, Melody (2016-08-11). "Old synagogues buzzing with life". The Straits Times. Dicapai pada 2019-03-07.
  8. ^ "Waterloo Street | Infopedia". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2019-03-07.
  9. ^ "History - Singapore Jew". www.singaporejews.com. Dicapai pada 2019-03-07.
  • Lee Geok Boi (2002), The Religious Monuments of Singapore, Landmark Books, ISBN 978-981-3065-62-8
  • Preservation of Monuments Board, Know Our Monuments

Pautan luar[sunting | sunting sumber]