Sindrom Down

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Sindrom Down
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
trisomi 21
Gambaran ciri wajah sindrom Down
Gambaran ciri wajah sindrom Down
PengkhususanGenetik perubatan, pediatrik
Gejalakelewatan pertumbuhan fizikal, ketakupayaan intelektual ringan hingga sederhana, dan ciri-ciri wajah[1]
PuncaSalinan ketiga kromosom 21[2]
Umur ibu yang tua, anak yang terjejas sebelum ini[3][4]
Saringan pranatal, ujian genetik[5]
RawatanSokongan pendidikan, persekitaran kerja terlindung[6][7]
PrognosisJangka hayat 50 hingga 60 tahun (negara maju)[8][9]
Kekerapan5.4 juta (0.1%)[1][10]
Kematian26,500 (2015)[11]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Sindrom Down, juga dikenali sebagai trisomi 21, ialah gangguan genetik yang disebabkan oleh kehadiran semua atau sebahagian salinan ketiga kromosom 21.[2] Ia biasanya dikaitkan dengan kelewatan pertumbuhan fizikal, ketakupayaan intelektual ringan hingga sederhana, dan ciri-ciri wajah.[1] Rata-rata IQ orang dewasa muda dengan sindrom Down adalah 50, bersamaan dengan kemampuan mental seorang kanak-kanak berusia lapan atau sembilan tahun, tetapi ini boleh berbeza-beza.[8]

Ibu bapa kepada individu yang terjejas biasanya normal secara genetik.[12] Kebarangkalian meningkat daripada kurang daripada 0.1% pada ibu berusia 20 tahun kepada 3% pada mereka yang berumur 45 tahun.[3] Kromosom tambahan dipercayai berlaku secara kebetulan, tanpa diketahui adanya aktiviti tingkah laku atau faktor persekitaran yang mengubah kebarangkalian.[13] Sindrom Down dapat dikenal pasti semasa kehamilan dengan saringan pranatal diikuti dengan ujian diagnostik atau selepas kelahiran dengan pemerhatian langsung dan ujian genetik.[5] Sejak diperkenalkan saringan, kehamilan sindrom Down sering berakhir dengan pengguguran.[14][15] Pemeriksaan berkala untuk masalah kesihatan yang biasa berlaku pada sindrom Down adalah disarankan sepanjang hidup seseorang.[8]

Tidak ada penawar untuk sindrom Down.[16] Pendidikan dan penjagaan yang betul telah menunjukkan dapat meningkatkan kualiti kehidupan.[6] Sebilangan kanak-kanak dengan sindrom Down dididik di kelas sekolah biasa, sementara yang lain memerlukan pendidikan yang lebih khusus.[7] Sebilangan individu dengan sindrom Down lulus dari sekolah menengah, dan sebilangan kecil mengikuti pendidikan pasca menengah.[17] Pada masa dewasa, sekitar 20% di Amerika Syarikat, mereka melakukan pekerjaan berbayar dalam beberapa kapasiti,[18] dengan banyak memerlukan persekitaran kerja yang terlindung.[7] Sokongan dalam hal kewangan dan perundangan sering diperlukan.[9] Jangka hayat adalah sekitar 50 hingga 60 tahun di negara maju dengan penjagaan kesihatan yang betul.[8][9]

Di Malaysia, kanak-kanak warganegara Malaysia yang telah disahkan sindrom Down boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia yang memberikan banyak kemudahan.[19]

Sindrom Down adalah salah satu keabnormalan kromosom yang paling biasa pada manusia.[8] Ia berlaku pada kira-kira 1 dari 1,000 bayi yang dilahirkan setiap tahun.[1] Pada tahun 2015, sindrom Down terdapat pada 5.4 juta individu di seluruh dunia dan mengakibatkan 27,000 kematian, turun daripada 43,000 kematian pada tahun 1990.[10][11][20] Ia dinamakan sempena doktor Inggeris John Langdon Down, yang sepenuhnya menggambarkan sindrom ini pada tahun 1866.[21] Beberapa aspek keadaan telah dijelaskan sebelumnya oleh psikiatri Perancis Jean-Étienne Dominique Esquirol pada tahun 1838 dan pakar perubatan Perancis Édouard Séguin pada tahun 1844.[22] Punca genetik sindrom Down ditemui pada tahun 1959.[21]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Mereka yang mempunyai sindrom Down mungkin mempunyai sebahagian atau keseluruhan ciri-ciri fizikal berikut: bukaan mata bujur dengan lipatan kulit epikanthik pada sudut dalam mata, hipotonia otot (poor muscle tone), batang hidung leper, satu garis di tapak tangan (juga dikenali sebagai garis simian), lidah terjulur (disebabkan rongga mulut kecil, dan lidah membengkak berhampiran tonsil), leher pendek, tompok putih pada iris dikenali sebagai tompok Brushfield,[23] lentur melampau pada sendi, kecacatan jantung kongenital, jarak melampau antara ibu jari kaki dengan jari berikutnya, a single flexion furrow of the fifth finger, and a higher number of ulnar loop dermatoglyphs. Kebanyakan individu dengan sindrom Down mempunyai kecacatan akal sekitar rendah (IQ 50–70) kepada serdahana (IQ 35–50),[24] with scores of children having Mosaic Down syndrome (explained below) typically 10–30 points higher.[25] Tambahan lagi, mereka dengan sindrom Down berkemungkinan mempunyai kecacatan teruk yang memberi kesan pada mana-mana sistem badan.

Genetik[sunting | sunting sumber]

Karyotype bagi sindrom Down trisomi. Lihat tiga salinan kromosom 21

Sindrom Down adalah kecacatan kromosom bercirikan kehadiran bahan genetik salinan tambahan pada kromosom 21 manusia, samada keseluruhan (trisomi 21) atau sebahagian (disebabkan translokasi kromosom). Kesan salinan tambahan ini mempunyai perbezaan jelas antara individual, bergantung kepada tahap salinan tambahan, latar belakang genetik, faktor persekitaran, dan peluang rawak. Sindrom Down berlaku pada kesemua populasi manusia, dan kesan seumpamanya telah di dapati pada spesies lain seperti chimpanzee[26] dan tikus. Baru-baru ini, penyelidik telah mencipta tikus transgenik dengan kebanyakan kromosom 21 manusia (tambahan kepada kromosom tikus biasa).[27] Bahan kromosom tambahan datang dalam pelbagai cara berbeza. Karyotaip manusia biasa hadir sebagai 46,XX atau 46,XY, menunjukkan 46 kromosom dengan aturan XX bagi betina dan 46 kromosom dengan aturan XY bagi jantan.[28]

Trisomi 21[sunting | sunting sumber]

Trisomi 21 (47,XX,+21) disebabkan oleh keadaan kegagalan (nondisjunction) meiosis. Akibat kegagalan ini, gamete (i.e., sel sperma atau telur) dihasilkan dengan tambahan salinan kromosom 21; dengan itu gamete mempunyai 24 kromosom. Apabila bergabung dengan gamete normal dari pasangannya, embrio kini mempunyai 47 kromosom, dengan tiga salinan kromosom 21. Trisomi 21 adalah punca sekitar 95% sindrom Down yang dikaji, dengan 88% disebabkan oleh kegagalan pada gamete ibu dan 8% disebabkan oleh kecacatan pada gamete bapa.[29]

Mosaicism[sunting | sunting sumber]

Trisomy 21 biasanya disebabkan sebelum kehamilan, dan kesemua sel dalam badan terjejas. Bagaimanapun, apabila sesetengah sel dalam badan adalah normal dan sesetengah sel mengandungi trisomi 21, ia dikenali sebagai sindrom Down Mosaik (46,XX/47,XX,+21).[30] Ini boleh berlaku dengan dua cara: Keadaan (nondisjunction) pada awal pembahagian sel pada embrio normal mendorong kepada pecahan sel dengan trisomi 21; atau embrio sindrom Down melalui (nondisjunction) dan sesetengah sel pada embrio kembali kepada aturan kromosom normal. Terdapat kepelbagaian pada pecahan trisomi 21, kedua-duanya pada keseluruhan dan sebahagian tisu. Ini merupakan punca 1–2% dari sindrom Down yang dikaji.[29]

Translokasi Robertsonian[sunting | sunting sumber]

Bahan kromosom 21 tambahan yang menyebabkan sindrom Down mungkin disebabkan oleh translokasi Robertsonian. Dalam kes ini, unjuran lengan kromosom 21 melekat pada kromosom lain, seringkali kromosom 14 (45,XX, t(14;21q)) atau ia sendiri (dikenali sebagai isokromosom, 45,XX, t(21q;21q)). Salah cabang (disjunction) biasa mendorong kepada gametes mempunyai peluang besar bagi mencipta gamete dengan tambahan kromosom 21. Sindrom Down translokasi sering kali dirujuk sebagai sindrom Down familial. Ia merupakan punca 2-3% daripada kes sindrom Down yang dikaji.[29] Ia tidak menunjukkan tanda diakibatkan oleh usia ibu, dan berkemungkinan juga disebabkan oleh bapa atau ibu.

Gandaan sebahagian kromosom 21[sunting | sunting sumber]

Jarang sekali, kawasan kromosom 21 akan melalui penyalinan. Ini akan mengakibatkan salinan tambahan sebahagian, tetapi bukan kesemua gen pada kromosom 21 (46,XX, dup(21q)).[31] Sekiranya kawasan disalin mempunyai gen yang bertanggung jawab bagi ciri-cir fizikan dan mental sindrom Down, individual tersebut akan menonjolkan ciri-ciri tersebut. Punca ini amat jarang, dan tidak terdapat kadar anggaran kes.

Insidens[sunting | sunting sumber]

Graf menunjukkan peningkatan peluang sindrom Down berbanding usia ibu.[32]

Kejadian sindrom Down dianggarkan pada 1 setiap 800 hingga 1 setiap 1000 kelahiran.[33] Pada 2006, Pusat Kawalan Penyakit (Center for Disease Control) menganggarkan kadar sehingga 1 setiap 733 kelahiran hidup di Amerika Syarikat (5429 kes baru setiap tahun).[34] Sekitar 95% dari ini adalah trisomi 21. Sindrom Down berlaku dikalangan semua ethnik dan semua golongan tahap ekonomi.

Usia ibu memberi kesan kepada risiko kehamilan bayi dengan sindrom Down. Pada ibu berusia 25, risikonya adalah 1/1,250; pada usia 30 risikonya adalah 1/1,000; pada usia 35 risikonya adalah 1/400; pada usia 40 risikonya adalah 1/100; dan pada usia 45 risikonya adalah 1/30.[35][36] Sungguhpun risiko meningkat dengan usia ibu, 80% kanak-kanak dengan sindrom Down dilahirkan pada wanita bawah usia 35,[37] menunjukkan kesuburan keseluruhan kumpulan usia tersebut. Selain usia ibu, tiada faktor risiko lain diketahui. Tidak terdapat bukti kesan usia pada bapa.

Penyaringan pranatal[sunting | sunting sumber]

Wanita hamil boleh disaring bagi pelbagai kerumitan (komplikasi) semasa kehamilan mereka. Kebanyakan penyaringan pralahir piwaian mampu mengesan sindrom Down. Nasihat genetik serentak dengan ujian genetik, seperti amniocentesis, chorionic villus sampling (CVS), atau ujian darah tali pusat sebelum dipotong (percutaneous umbilical blood sampling (PUBS)) biasanya ditawarkan pada keluarga yang berisiko mendapat anak dengan sindrom Down, atau di mana ujian paralahir yang normal menunjukkan kemungkinan timbul masalah. Penyaringan genetik seringkali dilakukan pada wanita mengandung melebihi 30 atau 35 tahun.

Amniocentesis dan CVS dianggap prosedur menceroboh, dari mana ia membabitkan memasukkan peralatan kedalam uterus, dan dengan itu membawa kemungkinan kecil risiko menyebabkan kecederaan fetus atau keguguran. Terdapat beberapa penyaringan tidak-menceroboh biasa yang boleh mengesan samaada fetus mempunyai sindrom Down. Ini biasanya dilakukan pada akhir tempoh satupertiga kehamilan (trimester) pertama atau awal tempoh duapertiga kehamilan. Disebabkan cara penyaringan, setiapnya mempunyai peluang yang ketara bagi kesilapan positif, mencadangkan fetus mempunyai sindrom Down sedangkan fetus tidak mempunyai kecacatan genetik. Penyaringan positif perlu disahkan sebelum diagnosis sindrom Down dilakukan. Prosedure penyaringan biasa bagi sindrom Down diberikan pada jadual Table 1.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Weijerman, ME; de Winter, JP (Dec 2010). "Clinical practice. The care of children with Down syndrome". European Journal of Pediatrics. 169 (12): 1445–52. doi:10.1007/s00431-010-1253-0. PMC 2962780. PMID 20632187.
  2. ^ a b Patterson, D (Jul 2009). "Molecular genetic analysis of Down syndrome". Human Genetics. 126 (1): 195–214. doi:10.1007/s00439-009-0696-8. PMID 19526251. S2CID 10403507.
  3. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Mor2002 tidak disediakan
  4. ^ "Down syndrome – Symptoms and causes". Mayo Clinic (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 March 2019.
  5. ^ a b "How do health care providers diagnose Down syndrome?". Eunice Kennedy Shriver National Institute of Child Health and Human Development. 2014-01-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 March 2016. Dicapai pada 4 March 2016.
  6. ^ a b Roizen, NJ; Patterson, D (April 2003). "Down's syndrome". Lancet (Review). 361 (9365): 1281–89. doi:10.1016/S0140-6736(03)12987-X. PMID 12699967. S2CID 33257578.
  7. ^ a b c "Facts About Down Syndrome". National Association for Down Syndrome. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2012. Dicapai pada 20 March 2012.
  8. ^ a b c d e Malt, EA; Dahl, RC; Haugsand, TM; Ulvestad, IH; Emilsen, NM; Hansen, B; Cardenas, YE; Skøld, RO; Thorsen, AT; Davidsen, EM (Feb 5, 2013). "Health and disease in adults with Down syndrome". Tidsskrift for den Norske Laegeforening. 133 (3): 290–94. doi:10.4045/tidsskr.12.0390. PMID 23381164.
  9. ^ a b c Kliegma, Robert M. (2011). "Down Syndrome and Other Abnormalities of Chromosome Number". Nelson textbook of pediatrics (ed. 19th). Philadelphia: Saunders. m/s. Chapter 76.2. ISBN 978-1-4377-0755-7.
  10. ^ a b GBD 2015 Disease and Injury Incidence and Prevalence, Collaborators. (8 October 2016). "Global, regional, and national incidence, prevalence, and years lived with disability for 310 diseases and injuries, 1990–2015: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2015". Lancet. 388 (10053): 1545–1602. doi:10.1016/S0140-6736(16)31678-6. PMC 5055577. PMID 27733282.
  11. ^ a b GBD 2015 Mortality and Causes of Death, Collaborators. (8 October 2016). "Global, regional, and national life expectancy, all-cause mortality, and cause-specific mortality for 249 causes of death, 1980–2015: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2015". Lancet. 388 (10053): 1459–1544. doi:10.1016/s0140-6736(16)31012-1. PMC 5388903. PMID 27733281.
  12. ^ Hammer, edited by Stephen J. McPhee, Gary D. (2010). "Pathophysiology of Selected Genetic Diseases". Pathophysiology of disease : an introduction to clinical medicine (ed. 6th). New York: McGraw-Hill Medical. m/s. Chapter 2. ISBN 978-0-07-162167-0.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  13. ^ "What causes Down syndrome?". 2014-01-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 January 2016. Dicapai pada 6 January 2016.
  14. ^ Natoli, JL; Ackerman, DL; McDermott, S; Edwards, JG (Feb 2012). "Prenatal diagnosis of Down syndrome: a systematic review of termination rates (1995–2011)". Prenatal Diagnosis. 32 (2): 142–53. doi:10.1002/pd.2910. PMID 22418958.
  15. ^ Mansfield, C; Hopfer, S; Marteau, TM (Sep 1999). "Termination rates after prenatal diagnosis of Down syndrome, spina bifida, anencephaly, and Turner and Klinefelter syndromes: a systematic literature review. European Concerted Action: DADA (Decision-making After the Diagnosis of a fetal Abnormality)". Prenatal Diagnosis. 19 (9): 808–12. doi:10.1002/(sici)1097-0223(199909)19:9<808::aid-pd637>3.0.co;2-b. PMID 10521836.
  16. ^ "Down Syndrome: Other FAQs". 2014-01-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 January 2016. Dicapai pada 6 January 2016.
  17. ^ Steinbock, Bonnie (2011). Life before birth the moral and legal status of embryos and fetuses (ed. 2nd). Oxford: Oxford University Press. m/s. 222. ISBN 978-0-19-971207-6. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-23.
  18. ^ Szabo, Liz (May 9, 2013). "Life with Down syndrome is full of possibilities". USA Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 January 2014. Dicapai pada 7 February 2014.
  19. ^ Rizanizam Abdul Hamid (21 Mac 2015). "Ayuh daftar OKU". Harian Metro. Unknown parameter |access date= ignored (|access-date= suggested) (bantuan)
  20. ^ GBD 2013 Mortality and Causes of Death, Collaborators (17 December 2014). "Global, regional, and national age-sex specific all-cause and cause-specific mortality for 240 causes of death, 1990–2013: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2013". Lancet. 385 (9963): 117–71. doi:10.1016/S0140-6736(14)61682-2. PMC 4340604. PMID 25530442.
  21. ^ a b Hickey, F; Hickey, E; Summar, KL (2012). "Medical update for children with Down syndrome for the pediatrician and family practitioner". Advances in Pediatrics. 59 (1): 137–57. doi:10.1016/j.yapd.2012.04.006. PMID 22789577.
  22. ^ Evans-Martin, F. Fay (2009). Down syndrome. New York: Chelsea House. m/s. 12. ISBN 978-1-4381-1950-2.
  23. ^ "Definition of Brushfield's Spots".
  24. ^ "Keep Kids Healthy article on Down syndrome". Unknown parameter |accessedate= ignored (bantuan)
  25. ^ Strom, C. "FAQ from Mosaic Down Syndrome Society". Dicapai pada 2006-06-03.
  26. ^ McClure HM, Belden KH, Pieper WA, Jacobson CB. Autosomal trisomi in a chimpanzee: resemblance to Down's syndrome. Science. 1969 5 September;165(897):1010-2. PMID 4240970
  27. ^ "Down's syndrome recreated in mice". BBC News. 2005-09-22. Dicapai pada 2006-06-14.
  28. ^ Bagi gambaran karyotaip manusia lihat Mittleman, A. (editor) (1995). "An International System for Human Cytogenetic Nomeclature". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-07-07. Dicapai pada 2006-06-04.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  29. ^ a b c "Down syndrome occurrence rates (NIH)". Dicapai pada 2006-06-02.
  30. ^ Mosaic Down syndrome on the Web
  31. ^ Petersen MB, Tranebjaerg L, McCormick MK, Michelsen N, Mikkelsen M, Antonarakis SE. Clinical, cytogenetic, and molecular genetic characterization of two unrelated patients with different duplications of 21q. Am J Med Genet Suppl. 1990;7:104-9. PMID 2149934
  32. ^ Hook, E.B. (1981). "Rates of chromosomal abnormalities at different maternal ages". Obstet Gynecol. 58: 282. PMID 6455611
  33. ^ Based on estimates by National Institute of Child Health & Human Development "Down syndrome rates". Dicapai pada 2006-06-21.
  34. ^ Center for Disease Control (6 January 2006). "Improved National Prevalence Estimates for 18 Selected Major Birth Defects, United States, 1999-2001". Morbidity and Mortality Weekly Report. 54 (51 & 52): 1301–1305. Check date values in: |date= (bantuan)
  35. ^ http://www.medicinenet.com/down_syndrome/page2.htm#risk
  36. ^ http://www.marchofdimes.com/baby/birthdefects_downsyndrome.html
  37. ^ Anggaran dari "National Down Syndrome Center". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-10. Dicapai pada 2006-04-21.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

For comprehensive lists of Down syndrome links see

Persatuan dan kemasyarakatan[sunting | sunting sumber]

By country

Health & Targeted Nutritional Intervention

Persidangan[sunting | sunting sumber]