Sisa perindustrian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sisa industri adalah merupakan antara penyumbang terbesar kepada janaan sisa pepejal negara dan berdasarkan kepada Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), “sisa pepejal perindustrian” telah ditakrifkan apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan daripada apa-apa aktiviti perindustrian [Muka surat 16, Klausa 2: Tafsiran]

Sisa pepejal industri boleh dibahagikan kepada dua (2) jenis iaitu sisa industri produksi (sisa yang terhasil daripada proses pembuatan produk dari kilang/industri) dan sisa industri bukan produksi (sisa yang terhasil daripada aktiviti pentadbiran atau pengurusan di pejabat, kantin, kawasan persekitaran kilang dan sebagainya di dalam kawasan kilang/industri). Definisi tersebut tidak melibatkan sisa berjadual seperti yang dinyatakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta127), kumbahan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) atau sisa radioaktif sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304).

Pada ketika ini, pengurusan sisa pepejal adalah menjadi tanggung jawab keseluruhan 99 buah PBT yang meliputi negeri dan daerah di Semenanjung Malaysia termasuklah sisa pepejal industri. Walau bagaimanapun, masih tiada maklumat yang jelas mengenai sejauh mana pelaksanaan pengurusan sisa industri di PBT-PBT tersebut.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]