Skistosomiasis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Skistosomiasis
Pengelasan dan sumber luaran
Lepuh kulit pada lengan, disebabkan oleh kemasukan parasit Schistosoma.
ICD-10 B65.
ICD-9 120
MedlinePlus 001321
MeSH D012552
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Skistosomiasis (juga dikenali sebagai bilharzia, demam siput, demam siput babi, dan demam Katayama)[1][2] merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh cacing parasit daripada jenis Schistosoma. Ia boleh menjangkiti saluran kencing atau usus. Simptom boleh merangkumi sakit abdomen, diarea, tinja berdarah, atau darah dalam air kencing. Dalam kalangan mereka yang sudah lama dijangkiti, mereka mungkin mengalami kerosakan hati, kegagalan buah pinggang, kemandulan, atau barah pundi kencing. Dalam kalangan kanak-kanak, penyakit ini boleh menyebabkan pertumbuhan yang lemah dan kesukaran belajar.[3]

Punca[sunting | sunting sumber]

Penyakit ini tersebar melalui air yang mengandungi parasit. Parasit ini keluar daripada siput air tawar yang sudah dijangkiti. Penyakit ini biasa ditemui terutamanya dalam kalangan kanak-kanak di negara sedang membangun kerana mereka lebih berkemungkinan bermain di dalam air yang dijangkiti. Kumpulan risiko tinggi yang lain termasuk petani, nelayan, dan mereka yang menggunakan air yang dijangkiti untuk kerja harian mereka.[3] Penyakit ini tergolong dalam kumpulan jangkitan helmint.[4] Diagnosis dibuat dengan mencari telur parasit ini di dalam air kencing atau tinja pesakit. Ia juga boleh disahkan dengan menemui antibodi yang melawan penyakit ini di dalam darah.[3]

Pencegahan dan Rawatan[sunting | sunting sumber]

Kaedah mencegah penyakit ini termasuk menambah baik bekalan air bersih dan mengurangkan bilangan siput. Di kawasan penyakit ini biasa ditemui, semua kumpulan penduduk boleh dirawat serentak setiap tahun dengan ubat praziquantel. Langkah ini diambil bagi mengurangkan bilangan orang yang dijangkiti dan dengan itu mengurangkan penyebaran penyakit ini. Praziquantel juga rawatan yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bagi mereka yang diketahui sudah dijangkiti.[3]

Epidemiologi[sunting | sunting sumber]

Hampir 210 juta penduduk di seluruh dunia dijangkiti Skistosomiasis,[5] dan dianggarkan 12,000[6] hingga 200,000 orang mati diakibatkan penyakit ini dalam setahun.[7] Penyakit ini paling biasa ditemui di Afrika, serta Asia dan Amerika Selatan.[3] Sekitar 700 juta orang, di lebih 70 buah negara, tinggal di kawasan penyakit ini biasa ditemui. [7][8] Skistosomiasis merupakan penyakit parasit yang memberi kesan ekonomi kedua tertinggi selepas malaria.[9] Sejak zaman dahulu kala sehingga ke awal abad ke-20, simptom skistosomiasis, iaitu darah dalam air kencing dianggap sebagai haid versi lelaki di Mesir dan oleh itu dianggap sebagai titik kematangan bagi kanak-kanak lelaki.[10][11] Ia dikelaskan sebagai penyakit tropika terabai.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Schistosomiasis (bilharzia)". NHS Choices. Dec 17, 2011. Dicapai pada 15 March 2014. 
  2. ^ "Schistosomiasis". Patient.co.uk. 12/02/2013. Dicapai pada 11 June 2014. 
  3. ^ a b c d e "Schistosomiasis Fact sheet N°115". World Health Organization. February 2014. Dicapai pada 15 March 2014. 
  4. ^ "Chapter 3 Infectious Diseases Related To Travel". cdc.gov. August 1, 2013. Dicapai pada 30 November 2014. 
  5. ^ Fenwick, A (Mar 2012). "The global burden of neglected tropical diseases.". Public health. 126 (3): 233–6. PMID 22325616. doi:10.1016/j.puhe.2011.11.015. 
  6. ^ Lozano, R; Naghavi, M; Foreman, K; Lim, S; Shibuya, K; Aboyans, V; Abraham, J; Adair, T; et al. (Dec 15, 2012). "Global and regional mortality from 235 causes of death for 20 age groups in 1990 and 2010: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2010". Lancet. 380 (9859): 2095–128. PMID 23245604. doi:10.1016/S0140-6736(12)61728-0. 
  7. ^ a b Thétiot-Laurent, SA; Boissier, J; Robert, A; Meunier, B (Jun 27, 2013). "Schistosomiasis Chemotherapy". Angewandte Chemie (International ed. in English). 52 (31): 7936–56. PMID 23813602. doi:10.1002/anie.201208390. 
  8. ^ "Schistosomiasis A major public health problem". World Health Organization. Dicapai pada 15 March 2014. 
  9. ^ The Carter Center. "Schistosomiasis Control Program". Dicapai pada 2008-07-17. 
  10. ^ Kloos, Helmut; Rosalie David (2002). "The Paleoepidemiology of Schistosomiasis in Ancient Egypt" (PDF). Human Ecology Review. 9 (1): 14–25. 
  11. ^ Rutherford, Patricia (2000). "The Diagnosis of Schistosomiasis in Modern and Ancient Tissues by Means of Immunocytochemistry". Chungara, Revista de Antropología Chilena. 32 (1). ISSN 0717-7356. 
  12. ^ "Neglected Tropical Diseases". cdc.gov. June 6, 2011. Dicapai pada 28 November 2014.