Pergi ke kandungan

Slam Dunk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Slam Dunk
Slam Dunk
GenreSukan, Shounen. Komedi
Manga
Slam Dunk
PengarangTakehiko Inoue
PenerbitJepun Shueisha
Brazil Conrad
Kanada Amerika Syarikat Raijin comics (2002 - 2004) Viz Media (2007 - kini)
Malaysia Tora Aman
Perancis Kana
Itali Jerman Planet Manga
Filipina Summit Manga
Singapura Chuang Yi (Bahasa Inggeris)
Sepanyol Editorial Ivréa
Indonesia Elex Media Komputindo
Mexico Grupo Editorial Vid
Argentina Editorial Ivrea
Australia New Zealand Madman Entertainment
Anime
PengarahNobutaka Nishizawa
StudioToei Animation
Penyiaran AsalJepun Animax, TV Asahi
Filipina GMA Network ABC-5
Malaysia NTV7 Mexico TV Azteca
Indonesia Spacetoon
Itali MTV Italia
Chile Etc...TV
Australia Network Ten
United Kingdom Kix
Perancis France 5
Dikeluarkan pada16 Oktober 199323 Mac 1996
Portal Anime dan Manga

Slam Dunk (スラムダンク suramudanku) ialah siri manga Jepun 31 jilid yang dikarang oleh Takehiko Inoue. Ia memaparkan tentang sepasukan bola keranjang dari Sekolah Tinggi Shohoku (Shōhoku). Siri ini terjual sebanyak 100 juta keping di Jepun sahaja.

Siri ini begitu popular sehinggakan banyak remaja-remaja Jepun mulai bermain bola keranjang selepas ia diterbitkan. Inoue juga menggunakan sukan bola keranjang sebagai tema utama dalam dua siri manga yang lain iaitu Buzzer Beater dan Real.

Sebuah siri anime 101 episode telah diterbitkan dan disiarkan ke seluruh Jepun menerusi rangkaian televisyen Animax dan TV Asahi disamping empat filem animasi. Siri anime ini mengikuti jalan cerita dalam manga tetapi tidak menyiarkan aksi-aksi dalam pertandingan peringkat kebangsaan. Filemnya pula adalah jalan cerita berasingan.

Templat:Spoiler Watak utama manga ini ialah Sakuragi Hanamichi. Dia bermula sebagai seorang yang disisihkan dan menggunakan kekerasan sebagai cara untuk mendapatkan kuasa dan publisiti, menjadi ketua sebuah kumpulan samseng. Hanamichi yang tidak begitu popular dengan gadis, telah ditolak oleh mereka sebanyak 50 kali. Namun, dia mendapat tahu bahawa Akagi Haruko ialah gadis impiannya dan sangat gembira apabila mendapati yang Haruko tidak gentar kepada Sakuragi.

Haruko, yang mengetahui kecergasan Hanamichi memperkenalkan Hanamichi kepada pasukan bola keranjang Shohoku. Pada mulanya Hanamichi agak keberatan untuk menyertai pasukan itu kerana dia tidak mengetahui apa-apa tentang sukan itu. Dia menganggap sukan bola keranjang adalah untuk orang pengalah (juga kerana gadis ke-50 menolak Hanamichi untuk seorang pemain bola keranjang). Walaupun dengan sikap ketidakmatangan dan panas barannya, Sakuragi membuktikan yang dia adalah seorang atlit berpotensi dalam sukan berkenaan (juga kerana ingin memikat Haruko). Rukawa Kaede - musuh ketat Sakuragi dalam percintaan dan bola keranjang menyertai pasukan itu pada masa yang sama. Mitsui Hisashi, seorang bekas MVP sekolah menengah tinggi, dan Miyagi Ryota, pendek tetapi pantas juga menyertai pasukan berkenaan dan bersama-sama dengan kapten pasukan Shohoku Akagi Takenori berusaha menjadikan pasukan Shohoku sebagai juara kebangsaan.

Watak-watak

[sunting | sunting sumber]

Lima pemain utama Sekolah Tinggi Shohoku

[sunting | sunting sumber]
  • Sakuragi Hanamichi (桜木花道)
Tahun: Pertama
Tinggi/Berat: 188cm, 83kg -> 189.2cm, 83kg
Jersi Nombor: #10
Posisi: Power forward (PF)
Tarikh lahir: 1 April 1972
Persamaan dengan pemain realiti: Tim Duncan
Suara: Takeshi Kusao
Ciri-ciri watak: Semasa awal siri ini, Hanamichi ialah seorang yang gagal dalam mengurat gadis-gadis dan sering ditolak (sebanyak 50 kali). Dia kemudian bertemu dengan Haruko (Hanamichi jatuh cinta serta-merta, walaupun Haruko menyukai Rukawa). Ini akhirnya menyebabkan dia menyertai pasukan bola keranjang Shohoku bersama-sama dengan Rukawa. Namun demikian dia tidak pernah bermain bola keranjang sebelum ini maka dia tidak dapat beraksi dengan baik walaupun dia mempunyai potensi yang bagus. Dia cuba untuk menarik perhatian Haruko ketika bermain dan sering menganggap dirinya sendiri sebagai bijaksana (dan sering berulang kali menyebut perkataan bijaksana). Ciri paling uniknya ialah rambut merah menyala. Dia juga dikenali sebagai mempunyai kemahiran bola keranjang yang lemah (dalam beberapaperlawanan rasmi pertamanya dia sering terkeluar kerana sering menyentuh pihak lawan [foul]) disamping kebolehan menyambut bola yang gagal masuk ke dalam jaring. Dia mencukur rambutnya selepas pasukan Shohoku tewas kepada Kainan. Permainan Hanamichi semakin bertambah baik sepanjang siri ini, dengan belajar cara memasukkan bola ke dalam jaring dengan betul (bersama Haruko), dengan Akagi dalam manyambut bola yang gagal masuk ke dalam jaring, dan belajar membuat 200 lompat berjaring dalam sehari. Belakangnya cedera sewaktu perlawanan menentang Sannoh dan dalam proses pemulihan diakhir siri ini.
  • Rukawa Kaede (流川楓)
Tahun: Pertama
Tinggi/Berat: 187cm, 75kg
Jersi Nombor: #11
Posisi: Small forward (SF)
Tarikh lahir: 1 Januari 1973
Persamaan dengan pemain realiti: Kobe Bryant
Suara: Hikaru Midorikawa
Ciri-ciri watak: Kaede langsung tidak sama dengan Hanamichi - kacak, berkebolehan dalam bola keranjang, dan sangat dingin serta tidak berperasaan. Dia mula bertemu dengan Hanamichi sewaktu memukul sekumpulan samseng yang ingin memukul Hanamichi. Dia memandang rendah kepada Hanamichi dan menganggap Hanamichi sebagai seorang dungu dan sering memanggil Hanamichi sebagai Do-aho ("bodoh"). Hobinya yang lain adalah tidur malah boleh tertidur sewaktu menunggang basikal. Rukawa ingin menjadi pemain sekolah tinggi terbaik di Jepun. Dia tidak suka akan kekalahan dan sanggup mencuba apa sahaja untuk memastikan pasukan yang diwakilinya mencapai kemenangan. Dia menganggap Sendoh sebagai pencabar terhebatnya di Kanagawa sehinggalah dia bermain menentang Sawakita Eiji daripada Sannoh Teknikal semasa pusingan kedua peringkat kebangsaan. Akibat daripada kebolehannya bermain bola keranjang, Rukawa dipilih sebagai ahli pasukan bola keranjang Seluruh Jepun.
  • Miyagi Ryota (宮城リョータ)
Tahun: Kedua
Tinggi/Berat: 168cm, 59kg
Jersi Nombor: #7
Posisi: Point Guard (PG)
Tarikh lahir: 31 Julai 1973
Persamaan dengan pemain realiti: Kevin Johnson
Suara: Yoku Shioya
Ciri-ciri watak: Ryota ialah salah seorang kawan paling rapat dengan Hanamichi dalam pasukan bola keranjang Shohoku. Selepas beberapa salah faham yang hampir menyebabkan mereka menjadi musuh, dia memberitahu Hanamichi tentang hubungan cintanya yang mengecewakan (10 kali ditolak). Mereka akhirnya menjadi kawan baik (ini tidak bermakna mereka tidak bergaduh). Seperti Hanamichi, Ryota minat bermain bola keranjang kerana menyukai Ayako, pengurus pasukan Shohoku. Walaupun dia pendek untuk bermain bola keranjang, kepantasan yang dimilikinya dan cubaan memasukkan bola palsunya menjadikan dia salah seorang pemain terhebat Shohoku (tetapi sering hilang tumpuan jika Ayako memuji dia). Miyagi ialah point guard ketiga terbaik di Kanagawa iaitu selepas pemain Kainan, Shinichi Maki dan pemain Shoyo, Kenji Fujima. Dia menjadi kapten pasukan Shohoku di hujung siri ini.
  • Mitsui Hisashi (三井寿)
Tahun: Ketiga
Tinggi/Berat: 184cm, 70kg
Jersi Nombor: #14
Posisi Shooting Guard (SG)
Tarikh lahir: 22 Mei 1973
Persamaan dengan pemain realiti: Mark Price
Suara: Ryoutarou Okiayu
Ciri-ciri watak: Sebelum menyertai Shohoku, Hisashi ialah seorang MVP di Sekolah Menengah Rendah Takeishi dan walaupun mempunyai peluang untuk menyertai sekolah-sekolah yang lebih baik (seperti Ryonan), dia memilih untuk ke Shohoku kerana jurulatih Shohoku, Anzai Mitsuyoshi yang merupakan sumber inspirasi dia. Anzai telah memberinya kekuatan untuk memenangi perlawanan akhir dalam peringkat menengah rendah. Namun demikian, kecederaan lutut yang dialaminya menganggu kerjaya bola keranjangnya. Dia mahu segera keluar daripada hospital untuk menyertai pasukan Shohoku tetapi kecederaan lututnya berulang. Hal ini mengakibatkan dia berdendam terhadap pasukan Shohoku dan menjadi ketua kumpulan samseng di Shohoku. Kumpulannya terlibat dengan pergaduhan terhadap Ryota kerana Ryota menjadi penggantinya dalam pasukan bola keranjang. Ryota mencederakan Mitsui dngan teruk tetapi ahli kumpulan Mitsui yang lain membelasah Ryota dengan teruk sehinggakan Ryota terpaksa menjalani rawatan pemulihan di hospital. Selapas itu, dia cuba membalas dendam terhadap pasukan itu (juga kerana knflik dengan Hanamichi dan Rukawa) tetapi dihentikan oleh kumpulan Hanamichi - Yohei, Takamiya, Ohkusu and Noma - yang bersama-sama dengan Norio (salah seorang daripada rakan Hisashi), mengaku bersalah memulakan pergaduhan bagi menyelamatkan pasukan Shohoku daripada digantung. Selepas itu Mitsui menyesal dengan perbuatannya dan berjanji tidak bergaduh lagi. Dia terbukti sebagai penyelamat pasukan dan dikenali sebagai pakar jaringan tiga mata.
  • Akagi Takenori (赤木剛憲)
Tahun: Ketiga
Tinggi/Berat: 197cm, 90kg
Jersi Nombor: #4
Posisi: Center (C)
Tarikh lahir: 10 Mei 1972
Persamaan dengan pemain realiti: Patrick Ewing
Suara: Kiyoyuki Yanada
Ciri-ciri watak: Abang kepada Haruko. Akagi juga adalah kapten pasukan bola keranjang Shohoku. hanamichi sering memanggil di sebagai "Gori" kerana bentuk fizikalnya yang menyerupai gorila. Sebagai seorang yang serius dan berdisiplin, impiannya adalah untuk memastikan Shohoku menjadi juara kebangsaan dan sanggup berbuat apa sahaja (tanpa melanggar peraturan) untuk memastikan impian itu tercapai. Kebolehannya yang hebat menjadikan dia salah seorang center terbaik di Jepun.

Pemain-pemain Shohoku yang lain

[sunting | sunting sumber]
  • Kogure Kiminobu (木暮公延), naib kapten Pasukan Shohoku.
  • Yasuda Yasuharu (安田靖春), pemain tahun kedua.
  • Shiozaki Tetsushi (潮崎哲士), pemain tahun kedua.
  • Kakuta Satoru (角田悟), pemain tahun kedua.
  • Ishii Kentarō (石井健太郎), pemain tahun pertama.
  • Sasaoka Satoru (佐々岡智), pemain tahun pertama.
  • Kuwata Toki (桑田登紀), pemain tahun pertama.

Pemain-pemain lain

[sunting | sunting sumber]
  • Sendō Akira (仙道彰), pemain harapan Pasukan Ryonan.digelar genius oleh pemain ryonan tetepi tidak di sukai oleh maki yang merupakan mvp kanagawa
  • Uozumi Jun (魚住純), kapten Pasukan Ryonan.mempunyai fizikal yang menyerupai akagi
  • Kiyota Nobunaga (清田信長), pemain tahun pertama Pasukan Kainan.merupakan rookie seperti sakuragi dan rukawa.Merupakan pemain harapan pasukan kainan
  • Maki Shinichi (牧紳一), pemain terbaik Kanagawa yang juga pemain utama Pasukan Kainan.Dikenali di seluruh pelusuk jepun
  • Fujima Kenji (藤真健司), kapten dan jurulatih Pasukan Shoyo.sama hebat seperti maki.tenang tpi mampu meniupkan semangat pasukan shoyo
  • Sawakita Eiji (沢北栄治), pemain utama Pasukan Sannoh.