Slipknot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Slipknot
Beberapa ahli Slipknot membuat persembahan di atas pentas
Slipknot bersembahan pada 2019
Latar belakang
Berasal dariDes Moines, Iowa, U.S.
Genre
Tahun aktif1995–kini
Syarikat rakaman
Roadrunner
Laman sesawang
slipknot1.com
Ahli
Bekas ahli

Slipknot ialah sebuah kugiran heavy metal dari Des Moines, Iowa yang ditubuhkan pada bulan September 1995. Kugiran mereka diasaskan oleh pemain perkusi Shawn Crahan dan pemain bes Paul Gray. Setelah beberapa kali berganti ahlinya, mereka memiliki ahli tetap sejak 1999, iaitu Sid Wilson, Joey Jordison, Paul Gray, Chris Fehn, Jim Root, Craig Jones, Shawn "Clown" Crahan, Mick Thomson, dan Corey Taylor.

Namun begitu, pemain bass Paul Gray meninggal dunia pada 24 Mei 2010 akibat pengambilan bahan berlebihan dan digantikan oleh mantan gitaris Donnie Steele dari 2011 hingga 2014. Joey Jordison pula keluar daripada kugiran pada 12 Desember 2013 tanpa alasan yang jelas diikuti dengan Donnie Steele semasa sesi rakaman album kelima, The Gray Chapter. Pada Mac 2019, Chris Fehn pula keluar daripada kugiran.

Slipknot terkenal dengan karya yang menarik perhatian, gaya musik yang agresif dan pertunjukan langsung yang bertenaga. Band ini dengan cepat menjadi terkenal setelah merilis album Iowa. Sepanjang kewujudannya, Slipknot telah melancarkan enam buah album, dua album langsung, sebuah album kompilasi, dan lima DVD langsung. Band ini telah menjual kira-kira 30 juta rakaman di seluruh dunia.

Band ini pernah memenangi Anugerah Grammy bagi kategori Pertunjukan Metal Terbaik bagi lagu Before I Forget pada 2006.

Ahli[sunting | sunting sumber]

Ahli terkini[sunting | sunting sumber]

Ahli jelajah[sunting | sunting sumber]

  • Jay Weinberg - dram (2014 - sekarang)
  • Alessandro Venturella - bass (2014 - sekarang)
  • Tortilla Man - perkusi (2019 - sekarang)

Bekas ahli[sunting | sunting sumber]

  • Anders Colsefni - vokal utama, growl, perkusi (1995 - 1997)
  • Donnie Steele - gitar irama (1995 - 1996); bass (2011 - 2014)
  • Joshua "Gnar" Brainard - gitar utama, vokal sampingan (1995 - 1999)
  • Paul Gray - bass, vokal sampingan (1995 - 2010)
  • Greg "Cuddles" Welts - perkusi (1997 - 1998)
  • Brandon Darner - perkusi (1998)
  • Joey Jordison - dram (1995 - 2013)
  • Christopher Michael Fehn - perkusi (1998 - 2019)

Garis masa[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]