Pergi ke kandungan

Soloz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Soloz

Kelahiran
Muhammad Faris bin Zakaria

(1993-05-15) 15 Mei 1993 (umur 31)
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPenstriman
Tahun aktif2016-kini
Terkenal keranaPemain Mobile Legends
PasanganMaryam Jamilah Rahim

Soloz ataupun nama sebenarnya Muhammad Faris bin Zakaria merupakan pemain profesional permainan video Mobile Legends: Bang Bang & penstrim yang termasyhur di Malaysia. Pada 23 Julai 2020, Soloz merupakan pemegang rekod Malaysia Book of Records iaitu memecah rekod peribadinya sendiri apabila dia berjaya meraih lebih daripada 100,000 penonton setelah mendiamkan dirinya untuk beberapa seketika.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Mobile Legends: Bang Bang dilancarkan pada 2016 dan Soloz antara pemain terawal bagi permainan itu. Dia bersama ahli pasukannya ketika itu Mysterious Assassin (MyA) iaitu King. Zyzz, Sh4dow, 2ez4jepv telah beraksi bersama sejak 2016 sebelum menyertai AirAsia Saiyan pada 2018.

Menurut laporan Astro Awani[1], Soloz pernah meraih tiga pencapaian antaranya MPL 2018, Juara Battleground dan Naib Johan Piala MVP ketika bersama MyA.

Sepanjang bersama AirAsia Saiyan,Soloz juga pernah memenangi kejohanan Gegaria Fest Putrajaya[2] menentang MyA yang mana mereka bawa pulang RM5,000.

Tapi ternyata, kemuncak kariernya apabila bersama Bosskurr selepas memenangi Todak Fest[3]. Dalam perlawanan best of 1 tersebut, mereka berjaya memenangi RM50,000 selepas menang ke atas MyA. Bersama Bosskurr juga, populariti Soloz tetap meningkat walaupun tidak lagi bersama AirAsia Saiyan malah lebih ramai lagi memberi sokongan kepada setiap ahli ini selepas mereka keluar.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

M1 Series World Championship - Champion [ Menang tanpa bertanding ]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.astroawani.com/berita-sukan/mobile-legends-soloz-mya-sertai-airasia-saiyan-hawkeye-undur-diri-sebagai-kapten-174458
  2. ^ https://www.mygameon.my/posts/airasia-saiyan-juara-mobile-legends-all-star-arena-di-gegaria-fest-putrajaya
  3. ^ https://www.mygameon.my/posts/mobile-legends-bosskur-juara-todak-fest-2019
  4. ^ "Soloz terima pingat Negeri Sembilan". wtmtoday.my. 22 Januari 2022. Dicapai pada 23 Januari 2022.