Soryaprasad a/l Subramaniam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
S. Subramaniam
Maklumat peribadi
Nama penuh Soryaprasad a/l Subramaniam
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Perak
Kerjaya remaja
2004 Perak
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004-
2006
Perak
UPB-MyTeam FC (loan)
8 (0)
? (?)
Pasukan kebangsaan
2007-Sekarang
2008
2007-Sekarang
Malaysia Malaysia B-23
Malaysia Malaysia XI
Malaysia Malaysia

1 (0)
4 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 10 Januari, 2007
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 19 November, 2008

Soryaprasad a/l Subramaniam (lahir pada 31 Ogos, 1985 di Kuala Lumpur) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini beraksi bersama Perak FA di Liga Super Malaysia. Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Subramaniam memulakan kerjaya bola sepak professional bersama Perak FA. Pada tahun 2006, Subramaniam dipinjamkan ke UPB-Myteam FC, kelab yang beraksi di Liga Perdana Malaysia. Dia kemudiannya dipanggil menyertai semula Perak untuk kempen Piala Malaysia.

Persembahan menarik Subramaniam menarik minat jurulatih bawah 23 tahun Malaysia, B. Sathianathan untuk memanggilnya beraksi dalam kelayakan Sukan Olimpik 2008. Subramaniam kemudian dipanggil untuk menyertai skuad utama kebangsaan dan membuat penampilan pertama ketika menentang Indonesia pada 6 Jun, 2008.

Dia juga membuat penampilan dalam kejohanan Sukan SEA 2007 sebagai ketua pasukan dimana Malaysia gagal membawa pulang sebarang pingat buat kali pertama sejak 1999.

Subramaniam juga terpilih untuk mewakili kesebelasan Malaysia atau Malaysia XI untuk menentang Chelsea F.C. dimana Malaysia tewas tipis 0-2.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]