Spermisida

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Spermisid)
Jump to navigation Jump to search

Spermisid[a][nb 1] ialah sejenis bahan kawalan kelahiran yang menghapuskan sperma, di mana bahan tersebut dipakaikan pada faraj sebelum pasangan melakukan hubungan seks agar mengelakkan berlakunya kehamilan. Ia boleh dipakai sendirian, namun pemakaian bersama bahan penghalang lain seperti diafragma, kondom, penutup servik dan span khas turut ada agar kawalan lebih berkesan.

Sifat[sunting | sunting sumber]

Racun ini tiada bau, lutsinar, tiada perisa, tidak meninggalkan kesan serta bersifat melincirkan. Nonoxynol-9 ialah bahan aktif paling kerap ditemui pada spermisida, di mana racun jenis ini boleh didapati dalam bentuk jel, lapisan dan busa.

Kecekapan[sunting | sunting sumber]

Spermisida dengan sendirinya mempunyai kebarangkalian gagal sebanyak 6% setahun daripada pemakaian betuk dan konsisten, serta 28% setahun daripada penggunaan biasa.[1]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ejaan spermisid lebih digunakan di Malaysia, Singapura dan Brunei manakala ejaan spermisida lebih digunakan di Indonesia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Trussell, James (2011). "Contraceptive efficacy". dalam Hatcher, Robert A.; Trussell, James; Nelson, Anita L.; Cates, Willard Jr.; Kowal, Deborah; Policar, Michael S. Contraceptive Technology (edisi ke-20, dikemaskini). New York: Ardent Media. m/s. 779–863. ISBN 978-1-59708-004-0. ISSN 0091-9721. OCLC 781956734.  Table 26–1 = Table 3–2 Percentage of women experiencing an unintended pregnancy during the first year of typical use and the first year of perfect use of contraception, and the percentage continuing use at the end of the first year. United States.