Spike Jonze

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Spike Jonze
Jonze menunjukkan kredit penerbit untuk The 1 Second Film pada Oktober 2004
Kelahiran
Adam Spiegel

(1969-10-22) 22 Oktober 1969 (umur 54)
Rockville, Maryland, Amerika Syarikat
PasanganSofia Coppola (1999-2003) (bercerai)

Spike Jonze (lahir Adam Spiegel; 22 Oktober 1969) ialah pengarah dan penerbit filem Amerika Syarikat. Karyanya termasuk muzik video, iklan, filem, dan televisyen. Jonze terkenal kerana usaha samanya dengan penulis Charlie Kaufman yang merangkumi filem Being John Malkovich (1999) dan Adaptation (2002), serta juga kerana kerjanya sebagai pengarah filem Where the Wild Things Are (2009). Beliau juga dihargai sebagai pencipta bersama bagi siri televisyen, Jackass, untuk MTV; [1] Jonze kini merupakan:


Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Jonze dilahirkan di Rockville, Maryland lalu dibesarkan di Bethesda, Maryland dan di Gulph Mills, Pennsylvania. Bapanya, Arthur Spiegel III, yang merupakan saudara jauh kepada keluarga pengasas katalog Spiegel ialah pengasas APM Management Consultants. Ibunya, Sandy Granzow, ialah penulis, perunding komunikasi di negara membangun, serta juga pelukis.[5] Adiknya (atau abang), Sam (aka Squeak E. Clean) ialah penerbit filem dan pengacara lagu (DJ).[6]

Jonze menyertai The Field School lalu Walt Whitman High School, dengan kedua-dua sekolah itu terletak di Washington, D.C.. Sewaktu masih bersekolah, beliau bekerja di Rockville BMX Store dan di sana, rakan sekerjanya memberinya nama samaran "Spike Jonze".[7] Jonze pernah bertugas sebagai jurugambar untuk "Freestylin".[8] Beliau juga pernah menonjolkan diri dalam Club Homeboy, sebuah kelab BMX antarabangsa, bersama-sama dengan Mark "Lew" Lewman dan Andy Jenkins. Lewman dan Jenkins ialah penyunting bersama kepada majalah Freestylin' Magazine antara pertengahan hingga akhir 1980-an. Ketiga-tiga mereka kemudian mencipta majalah budaya belia, Homeboy, dan Dirt. Majalah Dirt yang menyasarkan pembaca remaja lelaki diterbitkan oleh syarikat yang menerbitkan Sassy Magazine (majalah terkemuka untuk wanita muda) dan diedarkan dalam beg plastik, bersama-sama dengan Sassy.[7] Pada 2006, Jonze diwawancarai dalam Joe Kid pada Stingray, sebuah filem dokumentari tentang sejarah BMX.[9]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada 2006, Jonze dicalonkan oleh Persatuan Pengarah Filem Amerika untuk "Pencapaian Yang Ulung dalam Bidang Iklan bagi 2005" atas sebilangan karya yang termasuk: [10]

Jonze ialah pencipta bersama serta penerbit siri televisyen MTV, Jackass dan Jackass: The Movie, selain daripada mengarahkan sebilangan bahagiannya. Beliau pernah berlakon dalam sesetengah video dan filem, dengan peranannya yang paling terkenal merupakan watak Conrad, seorang rasis bersahaja yang baik tetapi bodoh, dalam filem Three Kings yang diarahkan oleh kawannya, David O. Russell.[1]

Jonze juga salah satu pengasas bersama dan editor majalah Dirt dengan Mark Lewman dan Andy Jenkins, serta juga editor untuk Grand Royal Magazine dan jurugambar kanan untuk Transworld Skateboarding. Pada masa yang lalu, Jonze membuat penggambaran video permainan papan selaju jalan, terutamanya Video Days untuk syarikat papan selaju pada 1991 dan Fully Flared untuk Lakai Footwear pada 2007.[1] Beliau juga merupakan pengarah bersama dalam Yeah Right!, filem untuk Girl Skateboards, dan Hot Chocolate, video untuk Chocolate Skateboards.[1] Dalam montaj penghargaan untuk Yeah Right!, Jonze ditampilkan melakukan teknik nollie heelflip dengan memakai kasut sarung. Beliau juga pemilik bersama Girl Skateboards.[11]

Jonze mempunyai banyak alter ego, termasuklah Richard Koufey (juga dieja Coufey atau Couffe), ketua Kumpulan Penari Komuniti Torrance, sebuah rombongan bandar yang membuat persembahan di ruang awam. Persona Koufey muncul sewaktu Jonze memfilemkan dirinya menari dengan iringan "Rockafeller Skank", lagu Fatboy Slim, sewaktu lagu itu dimainkan oleh radio-pemain kaset di kawasan awam.[7] Spike menunjukkan video itu kepada Slim yang menyukainya. Jonze kemudian mengumpulkan sekumpulan penari untuk menari dengan iringan "Praise You", juga lagu Slim, di luar pawagam Westwood, California serta merakamkan persembahan itu. Klip video itu mencapai kejayaan yang besar, dengan "Koufey" dan rombongannya dijemput ke Bandaraya New York untuk mempersembahkan lagu itu bersempena dengan Anugerah Muzik Video MTV 1999. Video itu menerima anugerah untuk Pengarahan Terbaik, Kejayaan Cemerlang, dan Koreografi Terbaik. Jonze juga menerbitkan Torrance Rises, sebuah mokumentari tentang pengalamannya.[1] Beliau juga mempunyai peranan bertutur bersama-sama dengan Dave Eggers dalam lagu "The Horrible Fanfare/Landslide/Exoskeleton" daripada The Information, album yang diterbitkan oleh Beck pada 2006. Jonze juga muncul dalam bahagian "Exoskeleton".[12]

Sejak 2007, Jonze telah menjadi pengarah kreatif di VBS.tv, rangkaian televisyen dalam talian yang disediakan oleh majalah Vice dan dibiayai oleh MTV.[2] Beliau juga mengambil bahagian dalam projek Detour-Moleskine di New York pada 2007.[12] Projek itu menjemput penulis untuk menyusun dan mengilustrasikan nota buku Moleskine dengan pengetahuan yang berpengalaman serta memberikan wawasan yang mendalam tentang proses kreatif seniman.

Baru-baru ini, Jonze mengarahkan filem, Where the Wild Things Are,[13] yang ditayangkan di Amerika Syarikat, mulai dari 16 Oktober 2009. Filem itu yang merupakan hasil kerjasama selama hampir sedekad dengan pengarang Maurice Sendak mungkin merupakan filem yang paling ditunggu-tunggu setakat ini.[14] Pada Julai 2009, Jonze memperolehi hak untuk membuat pemadanan filem untuk novel Light Boxes yang ditulis oleh Shane Jones. Beliau dijangka akan menjadi penerbit projek itu, dengan Ray Tintori merupakan pengarah filemnya.[15]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Jun 1999, Jonze berkahwin dengan pengarah Sofia Coppola yang telah dikenalinya selama hampir sepuluh tahun.[16] Namun pada 5 Disember 2003, mereka mendaftarkan tuntutan cerai atas alasan percanggahan yang tidak mungkin dapat diselesaikan.[17] Mengikut khabar angin, watak John, seorang jurugambar pacuaan kerjaya (Giovanni Ribisi) dalam filem Sofia Coppola, Lost In Translation (2003), berdasarkan Jonze, tetapi Coppola menafikannya dengan bersungguh-sungguh.[18]

Jonze diketahui berpacaran dengan Karen O, penyanyi utama dalam pancaragam Yeah Yeah Yeahs.[19] Beliau juga berpacaran dengan Michelle Williams. Jonze dan Williams menampilkan diri mereka di khalayak sebagai pasangan pada Julai 2008. Sungguhpun demikian, pada September 2009, Williams mengesahkan pemisahan mereka.

Karya[sunting | sunting sumber]

Dokumentari terbaharu[sunting | sunting sumber]

Jonze ialah penerbit eksekutif untuk rockumentari, Heavy Metal di Baghdad (2007).[1] Beliau akan muncul dalam "pembuatan" dokumentari yang mengiringi bahagian penghargaan dalam The 1 Second Film yang beliau juga merupakan penerbit.[1]

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Video[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Skate videos[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g IMDB: Spike Jonze
  2. ^ a b "Vice Music chooses the orchard"
  3. ^ Girlskateboards: Team Video Podcast Ads Product Purchase Familia Crailtap
  4. ^ "Director Label series"
  5. ^ Spike Jonze Biography (1969-)
  6. ^ O'Donnell, Kevin. "Hot Star Magnet: Sam Spiegel". Rolling Stone. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-30. Dicapai pada 2009-03-12. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  7. ^ a b c Smith, Ethan (1999-10-18). "Spike Jonze Unmasked". New York Magazine. New York Media. Dicapai pada 2008-08-19.
  8. ^ [1]
  9. ^ ""Joe Kid on a Sting-ray Official Website"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-14. Dicapai pada 2009-11-28.
  10. ^ "Imdb - Spike Jonze - Awards"
  11. ^ "Sneak peek: The monsters of where the wild things are"
  12. ^ a b "Spike Jonze-Moleskine"
  13. ^ "Spike Jonze On Where The Wild Things Are", Empire Online Fovember 19, 2008
  14. ^ Bringing ‘Where the Wild Things Are’ to the Screen
  15. ^ Empire Onlines, Spike Jonze Picks Up Light Boxes, July 28, 2009
  16. ^ "Jonze and Coppola Announce Divorce Plans"
  17. ^ "Sofia Coppola, Spike Jonze to divorce"
  18. ^ "Sofia's Choice ", Entertainment Weekly, October 3, 2003.
  19. ^ "Yeah Yeah Yeahs", Under the Radar Mag, April 1, 2006.

Pauntan luar[sunting | sunting sumber]