Spirit World

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Spirit World (Dunia Roh) merupakan satu istilah kelompok bagi alam roh atau semangat dalam alam cereka siri animasi Avatar: The Last Airbender. Lokasi sekunder yang hanya dapat dicapai oleh individu terpilih, Dunia Roh merupakan alam selari yang bersambung kepada dunia fana. Ia merupakan alam kepada semangat planet serta semangat Avatar yang lalu. Sesetengah makhluk semangat bertindak sebagai penjaga sungai, gunung, dan hutan.

Rupa[sunting | sunting sumber]

Apabila satu semangat berada dalam Dunia Fizikal untuk satu waktu yang singkat, mereka dilihat berwarna biru langit cerah dan sedikit lutsinar, seperti yang dilihat dalam episod The Spirit World (Winter Solstice Part 1). Semangat yang memilih untuk tinggal di dunia fizikal, ibarat Wan Shi Tong dan penolong-penolongnya atau roh Bulan dan Lautan Tui dan La, bagaimanapun, kelihatannya wujud sepenuhnya dan boleh dilihat. Sesetengah yang lain, seperti Hei Bai mempamerkan keupayaan untuk bebas menyeberangi atau menghantar orang lain melintasi antara kedua buah alam tersebut. Dalam Dunia Roh, sungguhpun pejal dan diwarnakan seolah-olah benar, semuanya ditunjukkan dalam cahaya yang lebih malap.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]