Stadium Besbol Jamsil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stadium Besbol Jamsil
LokasiJamsil 1-dong, Songpa-gu, Seoul, Korea Selatan
Koordinat37°30′44.6″N 127°04′19.1″E / 37.512389°N 127.071972°E / 37.512389; 127.071972Koordinat: 37°30′44.6″N 127°04′19.1″E / 37.512389°N 127.071972°E / 37.512389; 127.071972
PemilikBandar Seoul
Kapasiti25,000
Saiz PadangKiri Padang – 100 meter (328 ka)
Kiri-Pusat – 120 meter (394 ka)
Pusat Padang – 125 meter (410 ka)
Kanan-Pusat – 120 meter (394 ka)
Kanan Padang – 100 meter (328 ka)
Tinggi Tembok Outfield – 2.6 meter (9 ka)
PermukaanRumput asli
Pembinaan
Pecah tanah17 April 1980
Dibina1980–1982
Dibuka15 Julai 1982
Kos pembinaan12.6 bilion won
ArkitekKim In-ho
Kontraktor amHyundai Engineering & Construction
Tuan rumah
LG Twins
Doosan Bears

Stadium Besbol Jamsil (Hangul잠실 야구장; Hanja蠶室野球場) merupakan stadium besbol yang terletak di 25 Olympic-ro, Songpa-gu, Seoul, Korea Selatan. Stadium ini mampu memuatkan 25,000 orang dan telah dibina dari April 1980 sehingga Julai 1982. Stadium ini membentuk Kompleks Sukan Seoul bersama-sama Stadium Olimpik Seoul yang terletak berhampiran dan ia pernah menjadi tuan rumah kepada acara besbol ketika Sukan Olimpik 1988.

Stadium ini merupakan gelanggang bagi pasukan LG Twins dan Doosan Bears yang bersaing di KBO League. Keluasan Stadium Besbol Jamsil ialah 26,331 meter persegi (283,420 ka2). Stadium ini memiliki satu tingkat bawah tanah. Stadium Besbol Jamsil telah dinaik taraf pada tahun 2007 yang menelan kos sebanyak 1.5 bilion won. Padang telah diganti dan sistem pengairan dipasang manakala pemancut percikan air dinaik taraf untuk mengelakkan kerosakan akibat hujan lebat.[1] Pada tahun 2009, satu acara tontonan perlawanan akhir World Baseball Classic 2009 di antara Korea Selatan dan Jepun telah diadakan di dalam stadium.[2] Selepas musim 2012, Pengurus Fasiliti Metropolitan Seoul telah mengubah permukaan tanah untuk memudahkan kerja pembaikian dan mengelakkan kecederaan pemain. Tempat duduk juga diganti kecuali di tingkat ketiga dan bilik lokar telah dibina. Sebelum musim 2020, tempat duduk di bahagian outfield juga dinaik taraf. Kerusi diganti dengan kerusi lipat sekali gus membolehkan penonton duduk di kerusi outfield untuk menonton aksi perlawanan dengan lebih selesa.[3]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "About Jamsil Stadium". Doosan Bears official website. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2010. Dicapai pada 13 June 2016.
  2. ^ "- YouTube". YouTube.
  3. ^ "새로 단장한 잠실 야구장 외야석)". 24 March 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]