LG Twins

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
LG Twins
LG 트윈스
Logo pasukan Lencana topi
Maklumat
LigaKBO League (1982–kini)
LokasiSeoul
StadiumStadium Besbol Jamsil (1982–kini)
1982; 42 tahun yang lalu (1982)
Kejuaraan liga1990, 1994
Kejuaraan Korean Series1990, 1994
Nama lamaMBC Chungryong (1982–1989)
WarnaHitam, merah manggis dan kelabu
              
Nombor tidak digunakan9, 33, 41
PemilikanLG Corporation
PengurusYoum Kyoung-youb
Pengurus BesarCha Myung-suk
Laman sesawangwww.lgtwins.com
Seragam

LG Twins (Korea: LG 트윈스) merupakan pasukan besbol profesional Korea Selatan yang berpusat di Seoul. Pasukan ini merupakan anggota KBO League. Pasukan Twins beraksi di Stadium Besbol Jamsil dan mereka berkongsi gelanggang itu bersama musuh tradisi, Doosan Bears.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pasukan ini mula ditubuhkan pada 1982 sebagai MBC Chungyong yang dimiliki oleh Munhwa Broadcasting Corporation. Pada awal musim 1982, pasukan ini beraksi di Stadium Besbol Dongdaemun manakala buat saki baki musim pula, mereka berpindah ke gelanggang kini, Stadium Besbol Jamsil.

Pasukan Chungyong pada awalnya diperkuatkan oleh pemain-pengurus, Baek In-chun yang telah menghabiskan 19 musim di Nippon Professional Baseball di Jepun. Di kala berusia 38 tahun, Baek telah mendahului liga dari statistik pukulan pada 1982 dengan mencatatkan purata pukulan pada kadar .412.[2] Sebagai pengurus, Baek telah membawa teknik "bola kecil" Jepun ke dalam pasukan dengan memfokuskan kepada sacrifice bunt, stolen base dan sacrifice fly. Walaupun pasukannya meraih rekod .500 pada musim 1982, Baek telah meninggalkan pasukan selepas tamat musim.

Pada tahun 1989, pasukan ini telah dibeli oleh LG Corporation yang menamakan semula pasukan ini kepada LG Twins. Pada tahun berikutnya, Twins meraih gelaran Korean Series sulung di bawah kendalian Baek In-chun sebagai pengurus semula. Kemudian pada 1994, mereka meraih kejuaraan kedua. MVP Korean Series, nombor jersi Kim Yong-soo iaitu nombor 41 dalam kedua-dua siri itu kemudiannya tidak digunakan oleh pasukan sebagai tanda penghargaan. Walau bagaimanapun, selepas kemunculan terakhir pasukan pada 2002, pasukan ini menempuh zaman gelap apabila tidak muncul di aksi postseason selama sebelas tahun sehingga 2013. Pada tahun 2013, mereka mara ke playoff sebelum disingkirkan oleh Doosan Bears. Antara tahun 2014 dan 2022, Twins telah berjaya melangkah ke enam kemunculan postseason tetapi mereka gagal untuk kembali ke penampilan Korean Series. Setakat tahun 2022, kemarau kejuaraan selama 28 tahun yang dialami pasukan merupakan kemarau kedua terpanjang di KBO League.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "LG Twins unable to get over Doosan Bears hump in KBO". Yonhap News Agency (dalam bahasa Inggeris). 22 June 2020. Dicapai pada 30 May 2023.
  2. ^ Hyun-kyung, Kang. "Baseball: Korean baseball shifting to Major League style," The Korea Times (9 March 2017).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]