Stadium Tuanku Syed Putra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Stadium Utama)
Lompat ke: pandu arah, cari
Stadium Tuanku Syed Putra
(Nama lama Stadium Utama)
Nama lama Stadium Utama
Lokasi Kangar
Dibuka 1995
Permukaan rumput
Kapasiti 5,000


Stadium Tuanku Syed Putra, (sebelum ini dikenali sebagai Stadium Utama), merupakan stadium yang digunakan bagi kegiatan bola sepak. Stadium Utama terletak di Kangar di negeri Perlis, Malaysia.

Stadium Tuanku Syed Putra ini memiliki keupayaan 20,000 penonton dengan 5,000 tempat duduk.[1] Stadium Utama ialah sebuah stadium serbaguna di Kangar, Perlis. Stadium ini kerap digunakan untuk perlawanan bola sepak. Stadium ini mampu memuatkan 20,000 orang. Stadium ini dibuka pada 1995.

Stadium Utama ini telah digunakan dalam Majlis perasmian Sukan Malaysia (Sukma) Ke-XVII yang berlangsung di Stadium Utama Negeri Perlis pada 27 May 2014 dan disambut meriah dengan penuh berwarna-warni. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dalam satu majlis yang turut dihadiri bersama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Selain itu, yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan.

Dalam majlis yang sama, Baginda turut mengisytiharkan nama baharu bagi stadium Utama, iaitu Stadium Tuanku Syed Putra. Tuanku Syed Sirajuddin juga melahirkan peng­hargaan kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan negeri Perlis dan ke­semua jawatankuasa yang terlibat mengorbankan masa dan tenaga kerana bertungkus lumus untuk menjayakan Sukma Ke-XVII.[2]


Koordinat: 6°27′02″N 100°12′02″E / 6.450438°U 100.200559°T / 6.450438; 100.200559

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Gambar[sunting | sunting sumber]