Stamen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Stamen Hippeastrum dengan cepu debunga menonjol

Stamen (daripada Latin stamen bererti "benang lungsin") ialah organ pembiakan penghasil debunga untuk bunga. Stamen lazimnya terdiri daripada tangkai yang dipanggil filamen (daripada Latin filum, bermakna "benang"), dan anter (daripada Yunani Kuno anthera, feminin antheros "berbunga-bunga," daripada anthos "bunga"), yang mengandungi mikrosporangium. Anter, atau cepu debunga, biasanya bercuping dua dan bersambung dengan filamen sama ada di pangkal atau bahagian tengah. Tisu mandul dia antara kedua cuping dipanggil tisu penghubung.