Pergi ke kandungan

Star to a Young Culture

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Star to a Young Culture
Album single oleh
Dilancarkan pada11 November 2020
Dirakamkan pada2020
TempatKorea Selatan dan seluruh dunia Sunting nilai ini di Wikidata
Genre[1]
Panjang6:38
BahasaKorea
SyarikatHigh Up Entertainment
PenerbitBlack Eyed Pilseung
Kronologi STAYC
Star to a Young Culture
(2020)
Staydom
(2021)
Single daripada Star to a Young Culture
  1. "So Bad"
    Dikeluarkan: 12 November 2020
Video muzik "So Bad" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Star to a Young Culture adalah album single debut pertama oleh kumpulan wanita Korea Selatan, STAYC. Album ini dikeluarkan pada 12 November 2020 oleh High Up Entertainment dan diedarkan oleh Kakao M.[2] Album single ini terdiri daripada dua buah lagu dengan single utama "So Bad" yang kedua-duanya dihasilkan oleh Black Eyed Pilseung.

Latar belakang dan pelancaran

[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Oktober, High Up Entertainment mengumumkan bahawa kumpulan wanita pertama mereka "STAYC" akan memulakan debutnya pada 12 November 2020.[3] Semua ahli kumpulan diumumkan antara 8 September dan 22 Oktober. Tajuk album single mereka diumumkan sebagai Star To A Young Culture dengan single utama "So Bad".[2] Jadual teaser dikeluarkan pada hari yang sama. Album ini diumumkan akan dihasilkan oleh Black Eyed Pilseung dan duo ini menggambarkan suara kumpulan ini sebagai "Teen Fresh (Remaja Segar)", gabungan "Teen (Remaja)" dan "Fresh (Segar)", menyoroti "unique individual vocal colors (warna vokal individu unik" kumpulan).[4]

Untuk mempromosikan album, kumpulan ini mempersembahkan single utama mereka "So Bad" dan B-side "Like This" melalui showcase debut VLIVE.[5] kumpulan ini membuat debut pertunjukkan muzik mereka di KBS Music Bank pada 13 November 2020,[6] dan diikuti dengan persembahan di Show Champion, Inkigayo dan The Show.

"So Bad" dikeluarkan sebagai single utama dan tajuk bersama album single pada 12 November 2020. Video muzik untuk lagu ini mendapat lebih daripada 2.6 juta tontonan dalam 24 jam pertama.[6] Lagu ini muncul di nombor 90 di Billboard's K-pop Hot 100 kemudian memuncak di nombor 82 dan nombor 21 di carta World Digital Song Sales.[7] Lagu ini juga memuncak di nombor 159 di Chart Digital Gaon Korea.

Prestasi komersial

[sunting | sunting sumber]

Album single ini terjual lebih dari 4.300 salinan pada hari pertama, yang paling banyak untuk kumpulan wanita yang membuat debut mereka pada tahun 2020.[6] Ia terus terjual lebih dari 10,000 salinan pada minggu pertama, menjadi album debut pertama oleh kumpulan wanita pada tahun 2020 yang melakukannya.[8] Selepas memulakan debutnya di nombor 17, Album single ini terus memuncak di nombor 6 di Gaon Album Chart Korea. Kumpulan ini juga berjaya mendapat lebih daripada 30 ribu penstream dan lebih daripada 10 ribu pendengar unik di Genie Music.

Senarai runut

[sunting | sunting sumber]

※ Lagu yang digelapkan merupakan runut utama bagi album itu.

Kesemua runut ditulis dan digubah oleh Black Eyed Pilseung dan Jeon Goon dan disusun oleh Rado.

No.TajukMasa
1."So Bad" ("Sangat Teruk") 3:32
2."Like This" ("Seperti Ini") 3:06
Jumlah masa: 6:38


Penghargaan

[sunting | sunting sumber]
Senarai akhir tahun
Pengkritik/Penerbitan Senarai Karya Kedudukan Ref.
MTV The Best K-Pop B-Sides of 2020 "Like This" 3 [9]
Carta prestasi untuk Star to a Young Culture
Carta (2020) Kedudukan
tertinggi
Album Korea Selatan (Gaon) [10] 6

Pengiktirafan dan penjualan

[sunting | sunting sumber]
Jualan untuk Star to a Young Culture
Negara Pengiktirafan Jualan/penghantaran
Korea Selatan 34,023[11]

Sejarah pelancaran

[sunting | sunting sumber]
Sejarah pelancaran untuk Star to a Young Culture
Negara Tarikh Format Label
Pelbagai 12 November 2020 High Up Entertainment
Korea Selatan 13 November 2020 CD
  1. ^ "STAYC's 'STAYDOM' is a low-key, summer-ready comeback that manages to hit all the right notes". NME (dalam bahasa english). April 12, 2021. Dicapai pada April 14, 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ a b "STAYC(스테이씨) on Twitter". Twitter. @STAYC_official.
  3. ^ "STAYC(스테이씨) on Twitter". Twitter. @STAYC_official. Dicapai pada November 30, 2020.
  4. ^ Baek, Ji-Eun. "[일문일답] 블핑승 스테이씨, 인성-비주얼-실력 겸비한 걸그룹 자신". Chosun (dalam bahasa Kanuri). Dicapai pada November 30, 2020.
  5. ^ "STAYC(스테이씨) on VLIVE". VLIVE. VLIVE. Dicapai pada November 30, 2020.
  6. ^ a b c Dewi, Chintya. "Black Eyed Pilseung's Girl Group Officially Debuts As "STAYC" By Releasing "So Bad" MV". CULTR. CULTR. Dicapai pada November 30, 2020.
  7. ^ McIntyre, Hugo (November 26, 2020). "BTS, Aespa, STAYC, Nicki Minaj And Beyoncé: Notable Moves On This Week's World Songs Chart". Forbes. Dicapai pada November 30, 2020.
  8. ^ Herman, Tamar. "K-pop's STAYC, new six-member girl group with some familiar faces, are out to dominate Korean pop culture". South China Morning Post. South China Morning Post. Dicapai pada November 30, 2020.
  9. ^ de Luna, Elizabeth (December 29, 2020). "The Best K-Pop B-Sides of 2020". MTV News. Diarkibkan daripada yang asal pada December 29, 2020. Dicapai pada December 10, 2021.
  10. ^ "Gaon Album Chart" (dalam bahasa Korea). Gaon Music Chart.
  11. ^ Penjualan kumulatif Star to a Young Culture:

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]