Music Bank (rancangan TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Music Bank
GenreMuzik, hiburan
Pengacara
  • Shin Ye-eun
    Choi Bo-min
Negara asalKorea Selatan
BahasaKorea
Bilangan episod988 (sehingga 19 Julai 2019)
Penerbitan
Tempoh siaran90 minit
Syarikat penerbitan
KBS Entertainment Production Department
Penyiaran
Saluran asalKBS 2TV (live)
KBS Heart (DMB Broadcast)
KBS Joy (Reruns of old episodes)
KBS World (Worldwide/Simulcast)
Myx TV (U.S.)
BS Japan (Japan)
TeleAsia Chinese (Philippines/Reruns of old episodes)
Format gambar1080i (ATSC)
Format audioStereo
Siaran asal16 Jun 1998 – sekarang
Pautan luar
Laman sesawang

Music Bank (Korea: 뮤직뱅크, Melayu: Bank Muzik) ialah sebuah rancangan televisyen muzik Korea Selatan yang disiarkan oleh syarikat rangkaian televisyen Sistem Penyiaran Korea, KBS. Rancangan ini menampilkan sebahagian artis yang paling baharu dan paling popular yang membuat persembahan secara langsung di atas pentas serta dihoskan oleh pelakon Hyun Woo dan penyanyi Uee, ahli kumpulan muzik After School. Pada tahun 2011, rancangan ini disiarkan di 72 buah negara yang berbeza melalui saluran televisyen KBS World disebabkan oleh populariti K-pop di negara asing.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Music Bank di Jepun[sunting | sunting sumber]

Sempena meraikan gelombang "Hallyu", stesen televisyen KBS telah membawa rancangan ini ke Jepun dengan mengadakan sebuah konsert di stadium Tokyo Dome. Rancangan yang dinamakan Music Bank in Tokyo K-POP Festival (Festival K-Pop Music Bank di Jepun) telah ditayangkan pada 22 Julai dalam 72 rangkaian berbeza di seluruh dunia melalui saluran KBS World. Konsert ini telah menelan belanja sebanyak $7.1 juta.

Konsert tersebut telah dihadiri oleh 15 artis Korea seperti TVXQ, Kara, 2PM, Beast, 4Minute, U-Kiss, IU, Baek Ji-young, Secret, Rainbow, Infinite, Park Hyun-bin, Rania dan X-5 serta dihoskan oleh Gyuri (KARA), Hara dan pelakon, Hyun Woo. Konsert yang dihadiri kira-kira 45,000 orang peminat ini merupakan pertama kali diadakan setelah 15 tahun di mana 15 orang artis berkumpul dan mengadakannya di Tokyo Dome bersama.[2]

Carta-K (K-Chart)[sunting | sunting sumber]

K-Chart (Carta K) merupakan carta kiraan muzik bagi rancangan ini. Carta ini dikira dengan menggabungkan "Carta Muzik Digital" (60%), "Jualan Album" (10%), "Bilangan Kemunculan di TV atau Radio" (20%) dan "Carta Pilihan Penonton" (10%).[3] Lagu 50 teratas mingguan dipaparkan dalam rancangan di mana lagu berkedudukan 21 hingga 50 teratas ditunjukkan melalui paparan tanda bergerak carta manakala lagu ke 3 hingga 30 teratas diucapkan oleh hos rancangan. Kemudian, hos akan menampilkan 2 lagu teratas carta dan mengumumkan siapa pemenang tempat pertama dimana pemenangnya akan menerima anugerah.

Pemenang tempat pertama[sunting | sunting sumber]

Senarai dibawah menyenaraikan pemenang dari tahun 2008 hingga kini.[4]

2008[sunting | sunting sumber]

2009[sunting | sunting sumber]

2010[sunting | sunting sumber]

2011[sunting | sunting sumber]

2012[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.hancinema.net/music-bank-to-be-broadcast-live-in-72-nations-31039.html
  2. ^ "Music Bank di Jepun sempena Gelombang Korea (Hallyu)".
  3. ^ (Korea) Laman sesawang rasmi Music Bank. Bagaimana K-Chart dikira?. KBS. Diambil 4 Oktober 2009
  4. ^ (Korea) Laman sesawang rasmi Music Bank. Senarai carta-K. KBS. Diambil pada 4 Oktober 2009

Pautan luar[sunting | sunting sumber]