Star vs. the Forces of Evil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Star vs. the Forces of Evil
Star Menentang Kuasa Jahat
Fail:Star vs the Forces of Evil logo.png
Genre
PenciptaDaron Nefcy
Dibangunkan oleh
Pengarah kreatif
Dominic Bisignano
Pelakon suara
Penggubah lagu tema
  • Brad Breeck (pembukaan)
  • Daron Nefcy & Ego Plum (penutup)
Lagu pembukaan"I'm from Another Dimension" dipersembahkan oleh Brad Breeck
Lagu penutup"Star vs. the Forces of Evil End Theme" dipersembahkan oleh Eden Sher
PenggubahBrian H. Kim
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan musim2
Bilangan episod27 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Daron Nefcy
  • Dave Wasson (ko-eksekutif, musim 1)
  • Jordana Arkin (ko-eksekutiF, musim 1)
Tempoh siaran22 minit
(dua segmen 11 minit atau satu segmen 22 minit)
Syarikat penerbitan
Disney Television Animation
Syarikat pengedaran
Disney–ABC Domestic Television
Penyiaran
Saluran asalDisney XD
Siaran asal18 Januari 2015 (2015-01-18) – kini (kini)
Pautan luar
Laman sesawang

Star vs. the Forces of Evil (Star Menentang Kuasa Jahat dalam versi bahasa Melayu) ialah sebuah siri animasi televisyen Amerika Syarikat yang diterbitkan oleh Disney Television Animation.[1] Episod pertama ditayangkan pada 18 Januari 2015, di Disney Channel sebagai pratonton khas, dan siri ini secara rasminya ditayangkan pertama kali pada 30 Mac 2015 di Disney XD.[1] Rancangan ini dicipta oleh Daron Nefcy, yang telah bekerja terhadap papan cerita untuk Wander Over Yonder dan Robot and Monster. Nefcy menjadi wanita kedua untuk mencipta siri animasi untuk Disney Television Animation (yang pertama merupakan Sue Rose, yang mencipta Pepper Ann), dan wanita pertama untuk mencipta siri Disney XD.[2][3] Pada 12 Februari 2015, Disney memperbaharu siri ini untuk musim kedua sebelum tayangan perdananya di Disney XD.[1] Musim kedua ditayangkan pertama kali pada 11 Julai 2016.[4] Pada 4 Mac 2016, siri ini diperbaharu untuk musim ketiga.[5]

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Star Butterfly ialah seorang puteri magis dari dimensi Mewni. Pada hari jadi ke-14-nya, dia menerima tongkat sakti pusaka turun-temurun keluarga. Selepas dia tanpa sengaja membakar istananya, ibu bapanya mengambil keputusan bahawa pilihan lebih selamat adalah untuk menghantarnya ke Bumi sebagai pelajar pertukaran asing. Dia bersahabat dengan Marco Diaz dan tinggal dengan keluarganya sementara menghadiri Akademi Echo Creek. Star dan Marco mesti menghadapi kehidupan sekolah seharian sementara melindungi tongkat sakti Star daripada terjatuh ke tangan Ludo, penjahat dari Mewni yang mengarahkan seangkatan raksasa. Star dan rakyat dari Mewni mampu merentasi dimensi menggunakan "gunting dimensi" yang boleh membuka portal.

Episod[sunting | sunting sumber]

Musim Episod Tarikh siaran asli
Pertama Terakhir
1 13 18 Januari 2015 (2015-01-18) 21 September 2015 (2015-09-21)
2 22[6] 11 Julai 2016 (2016-07-11) N/A

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Disney XD (12 Februari 2015). "'Star vs. The Forces of Evil' Renewed for Second Season by Disney XD Ahead of Series Premiere" (Siaran akhbar). Dicapai 12 Februari 2015 – melalui TV by the Numbers. 
  2. ^ "Disney Tries Something New With 'Star Vs. The Forces of Evil': A Woman Creator". Cartoon Brew. Dicapai 6 Julai 2015. 
  3. ^ Koontz, Robert (25 Mac 2015). "Women In Animation Host 'Star vs. The Forces of Evil' Panel". Disney Post. Disney. Dicapai 29 Julai 2015. 
  4. ^ McClendon, Lamarco (26 Mei 2016). "'Big Bang Theory' Stars to Guest on Disney XD's 'Star vs. the Forces of Evil'". Variety. Dicapai 26 Mei 2016. 
  5. ^ Bryn Elise Sandberg (4 Mac 2016). "Disney XD Orders Pair of Original Animated Series (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Dicapai 4 Mac 2016. 
  6. ^ "Creator Daron Nefcy on Star vs. the Forces of Evil's Magical Second Season". disney.com. 9 Julai 2016. Dicapai 14 Disember 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Siri Asli Disney XD