Stesen Keretapi Cikampek
Stesen Keretapi Cikampek (CKP) adalah sebuah stesen kereta api yang terletak di Cikampek, Karawang. Stesen ini merupakan stesen keretapi paling timur di Daerah Operasi 1 Jakarta, Indonesia.
Stesen Keretapi Cikampek menjadi salah satu stesen terpenting bagi keberangkatan tiba KA dari Jakarta ke berbagai kota lain di Pulau Jawa. Di sebelah timur stesen, terdapatnya landasan keretapi bercabang dua; landasan sebelah utara menuju Cirebon sedangkan landasan sebelah selatan pula menuju Bandung. Dahulu, sebelum beroperasinya landasan ganda petak Cikampek-Cirebon, hampir semua KA yang berangkat dari Jakarta berhenti di stesen ini. Tujuannya adalah untuk memastikan petak landasan di depannya dapat dikosongkan, dan seringkali untuk menunggu persilangan KA dari arah Cirebon, terutamanya pada waktu pagi dan tengah hari.
Walaupun menyandang status sebagai stesen besar, hanya beberapa KA bergerabak niaga sahaja yang berhenti di stesen ini, termasuk KA komuter tujuan Jakarta. Kereta api eksekutif yang berhenti hanya kereta api Harina yang bertujuan untuk ke Semarang bagi memutarkan lokomotifnya di stesen ini.
Stesen sebelumnya: Stesen Dawuan | Laluan KA Jatinegara-Cikampek | Stesen berikutnya: --- |
Stesen sebelumnya: --- | Laluan KA Cikampek-Cirebon | Stesen berikutnya: Stesen Tanjungrasa |
Stesen sebelumnya: --- | Laluan KA Cikampek-Padalarang | Stesen berikutnya: Stesen Cibungur |
Koordinat: 6°42′19″S 108°33′20″E / 6.7052705°S 108.5554415°E