Stoke-on-Trent

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Stoke-on-Trent, England
Bandar Stoke-on-Trent
Hanley ialah Pusat Bandar Stoke-on-Trent
Hanley ialah Pusat Bandar Stoke-on-Trent
NegaraEngland
DaerahStaffordshire
Luas
 • Jumlah103.9 km2 (40.1 batu persegi)
Ketinggian
96 - 250 m (−724 ft)
Populasi
 (2018)
 • Jumlah372,775
 • Kepadatan3,588/km2 (9,290/batu persegi)
Zon waktuUTC+0 (GMT)
 • Musim panas (DST)UTC+1 (BST)
Laman webhttp://www.stoke.gov.uk/

Stoke-on-Trent (Stoke) merupakan sebuah bandar dan kawasan pentadbiran bebas di Staffordshire, England dengan keluasan 93 km2.

Nama Stoke diambil daripada bandar Stoke-upon-Trent, iaitu kawasan keagamaan kuno asli dengan penempatan kecil lain.[1] Stoke-on-Trent terletak hampir di tengah Manchester dan Birmingham dan bersambung ke bandar Newcastle-under-Lyme yang ditadbir secara berasingan dan terletak di barat. Berdasarkan bancian pada tahun 2001, terdapat 240636 orang penduduk dan 103196 rumah tangga di bandar ini. Himpunan seramik bandar ini disimpan di Muzium Tembikar dan Galeri Seni di Hanley. Stoke-on-Trent merupakan pusat dunia untuk seramik halus. Bandar ini dirangkumi 3 kawasan pilihan raya Dewan Rakyat. Hospital kecemasan bandar ini ialah Hospital Universiti Stoke Diraya yang diurus Hospital Universiti Amanah NHS Midlands Utara. Stoke-on-Trent tidak ada katedral tetapi ada gereja sivik utama iaitu Gereja England di sini.

Stoke-on-Trent dihubungkan ke lebuh raya M6 berdekatan di persimpangan 15 dan 16 dekat A500. Terdapat 4 institusi pengajian tinggi di kawasan setempat, yang merupakan 2 kolej pendidikan tinggi iaitu Kolej Tingkatan 6 Stone-on-Trent dan Kolej Stoke-on-Trent. Stoke-on-Trent menempatkan 2 kumpulan Liga Bola Sepak profesional dan salah 1 daripada bandar kecil di England yang mempunyai 2 kelab liga. Oliver Lodge dari bandar ini ialah ahli fizik dan penulis British yang terlibat dalam perkembangan radio dan pemegang hak cipta itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mayor backs Stoke name change, BBC News, 10 March 2003