Strategi ketenteraan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pembinaan Tembok Besar China adalah antara strategi ketenteraan berkesan menghalang musuh memasuki negara.

Strategi ketenteraan adalah satu set idea yang dilaksanakan oleh organisasi tentera untuk mengejar matlamat strategik yang dikehendaki.[1] Berasal dari perkataan Greek strategos, bermaksud strategi, ia mula digunakan pada abad ke-18,[2] dilihat dalam erti kata halus sebagai "ilmu pahlawan",[3] atau "'seni perancangan" askar.[4] Strategi ketenteraan berkaitan dengan perancangan dan pengendalian kempen, gerakan dan tataatur pasukan bersenjata, dan tipu muslihat musuh.

Bapa pengajian strategik moden Barat, Carl von Clausewitz (1780-1831), mentakrifkan strategi ketenteraan sebagai "rancangan teratur pertempuran untuk mengakhiri perang."[petikan diperlukan] Definisi B. H. Liddell Hart meletakkan kurang penekanan pada pertempuran, menentukan strategi sebagai "ilmu mengedar dan menerapkan cara-cara ketenteraan bagi memenuhi tujuan polisi".[5] Oleh itu, kedua-duanya memberi keutamaan pada tujuan politik terhadap matlamat ketenteraan.

Sun Tzu (544-496 SM) sering dianggap sebagai bapa strategi ketenteraan Timur dan sangat mempengaruhi sejarah taktik perang moden China, Jepun, Korea dan Vietnam.[6] The Art of War oleh Sun Tzu bertambah popular dan menyaksikan penggunaan praktikal dalam masyarakat Barat. Ia terus mempengaruhi banyak usaha kompetitif di Asia, Eropah, dan Amerika termasuk budaya, politik,[7][8] dan bisnes,[9] serta peperangan moden. Strategi ketenteraan timur berlainan daripada Barat dengan memberi lebih banyak perhatian pada peperangan asimetri dan pemerdayaan.[6]

Strategi berbeza dengan taktik, strategi tersebut merujuk kepada penggunaan semua keupayaan militari sesebuah negara melalui perancangan, pembangunan dan pemerolehan jangka panjang peringkat tertinggi untuk menjamin keselamatan atau kemenangan. Taktik adalah sains ketenteraan yang digunakan untuk menjamin objektif yang ditakrifkan sebagai sebahagian daripada strategi tentera; terutamanya kaedah-kaedah dimana anggota, peralatan, pesawat, kapal dan senjata digunakan dan ditujukan keatas musuh.[10][sumber tak boleh dipercayai?]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Am
Contoh-contoh strategi tentera
Topik-topik berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gartner (1999), pp. 163,
  2. ^ Carpenter (2005), p. 25
  3. ^ Matloff (1996), p. 11
  4. ^ Wilden (1987), p. 235
  5. ^ Liddell Hart, B. H. Strategy London:Faber, 1967 (2nd rev ed.) p. 321
  6. ^ a b Matti Nojonen, Jymäyttämisen taito. Strategiaoppeja muinaisesta Kiinasta. [Transl.: The Art of Deception. Strategy lessons from Ancient China.] Gaudeamus, Finland. Helsinki 2009. ISBN 978-952-495-089-3.
  7. ^ Scott, Wilson (7 March 2013), "Obama meets privately with Jewish leaders", The Washington Post, Washington, DC, dicapai pada 22 May 2013 
  8. ^ "Obama to challenge Israelis on peace", United Press International, 8 March 2013, dicapai pada 22 May 2013 
  9. ^ Garner, Rochelle (16 October 2006), "Oracle's Ellison Uses 'Art of War' in Software Battle With SAP", Bloomberg, diarkibkan daripada original pada 11 April 2012, dicapai pada 18 May 2013 
  10. ^ "Strategy vs. Tactic". diffen.com. Dicapai pada 30 September 2014. 

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Carpenter, Stanley D. M., Military Leadership in the British Civil Wars, 1642-1651: The Genius of This Age, Routledge, 2005.
  • Chaliand, Gérard, The Art of War in World History: From Antiquity to the Nuclear Age, University of California Press, 1994.
  • Gartner, Scott Sigmund, Strategic Assessment in War, Yale University Press, 1999.
  • Heuser, Beatrice, The Evolution of Strategy: Thinking War from Antiquity to the Present (Cambridge University Press, 2010), ISBN 978-0-521-19968-1.
  • Matloff, Maurice, (ed.), American Military History: 1775-1902, volume 1, Combined Books, 1996.
  • May, Timothy. The Mongol Art of War: Chinggis Khan and the Mongol Military System. Barnsley, UK: Pen & Sword, 2007. ISBN 978-1844154760.
  • Wilden, Anthony, Man and Woman, War and Peace: The Strategist's Companion, Routledge, 1987.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • The US Army War College Strategic Studies Institute publishes several dozen papers and books yearly focusing on current and future military strategy and policy, national security, and global and regional strategic issues. Most publications are relevant to the International strategic community, both academically and militarily. All are freely available to the public in PDF format. The organization was founded by General Dwight D. Eisenhower after World War II.
  • Black, Jeremy, Introduction to Global Military History: 1775 to the present day, Routledge Press, 2005.
  • D'Aguilar, G.C., Napoleon's Military Maxims, free ebook, Napoleon's Military Maxims.
  • Freedman, Lawrence. Strategy: A History (2013) excerpt
  • Holt, Thaddeus, The Deceivers: Allied Military Deception in the Second World War, Simon and Schuster, June, 2004, hardcover, 1184 pages, ISBN 0-7432-5042-7.
  • Tomes, Robert R., US Defense Strategy from Vietnam to Operation Iraqi Freedom: Military Innovation and the New American Way of War, 1973–2003, Routledge Press, 2007.