Stromae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Stromae
Stromae 2011 cropped.jpg
Stromae pada tahun 2011
Latar belakang
Nama lahirPaul Van Haver
Kelahiran (1985-03-12) 12 Mac 1985 (umur 35)
Etterbeek, Brussels, Belgium
Genre
Pekerjaan
Instrumen
Tahun aktif2000–kini
Syarikat rakaman
Laman sesawang
mosaert.com/projects/stromae

Paul Van Haver [ˈpɔːl vɑn ɦɑvər] (lahir 12 Mac 1985) atau nama pentasnya Stromae [stʁomaj,[1] stro-mai] ialah seorang pemuzik dan penyanyi dari Belgium yang mengkhusus dalam genre-genre hip hop dan muzik elektronik.

Beliau telah memenangi seberapa anugerah ternama sepanjang kerjayanya, termasuk Victoires de la musique - anugerah muzik berprestij Perancis - sebanyak 2 kali - pada tahun 2011 untuk album Cheese[2] dan 2014 untuk album Racine carrée.[3]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Paul Van Haver lahir di Brussels pada 12 Mac 1985. Beliau berdarah kacukan - ayahnya Pierre Rutare seorang arkitek kaum Tutsi dari Rwanda manakala ibunya Miranda van Haver seorang suri rumah dari Flanders.[4][5][6] Ayahnya terbunuh dalam sebuah pembunuhan beramai-ramai semasa melawati saudara-maranya di Rwanda, dia dan adik-beradiknya dibesarkan bersama ibunya di Laeken selepas itu.[4][7]

Beliau memulakan kerjaya muziknya sebagai seorang penyanyi rap dengan nama pentas Opmaestro sebelum menukar nama kepada "Stromae" tidak lama kemudian.

Lagu dari album pertamanya berjudul "Alors on danse" segera menjadi masyhur dan mengungguli carta pertama di kebanyakan negara serata Eropah pada 2010.

Gaya muzik[sunting | sunting sumber]

Muzik dikaryakan beliau dalam genre hip hop dan muzik elektronik yang turut diterapkan unsur-unsur muzik dunia, lagi-lagi gaya muzik Congo yang didedahkan kepadanya semasa kecil.[8] Lagu-lagu yang digubahnya turut menarik perhatian kerana menyentuh topik-topik berat dan semasa dari krisis hubungan dalam keluarga[9] dan ketagihan media sosial[9] malah sejauh penderitaan kanser.[10][9]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

EP[sunting | sunting sumber]

  • 2007: Juste un cerveau, un flow, un fond et un mic...

Mixtape[sunting | sunting sumber]

  • 2006: Freestyle Finest
  • 2009: Mixture Elecstro

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mortaigne, Véronique (28 Ogos 2013). "« Stromae : melting-pot belge »". Le Monde (dalam bahasa Perancis). ....Stromae, prononcer Stromaï, à la bruxelloise...
  2. ^ "Gaëtan Roussel, Lavilliers, Stromae et Ben l'Oncle Soul… vainqueurs des Victoires de la Musique" (dalam bahasa Perancis). Gala. 10 February 2011. Dicapai pada 22 April 2019.
  3. ^ "Palmarès 2014" (dalam bahasa Perancis). Victoires de la musique. Diarkib daripada yang asal pada 22 February 2014. Dicapai pada 22 April 2019.
  4. ^ a b "Tracing Stromae's Rwandan roots". www.newtimes.co.rw. Dicapai pada 2019-08-04.
  5. ^ Champenois, Sabrina (1 Mac 2011). "Le bel hybride". Libération.
  6. ^ Coljon, Thierry (24 Disember 2010). "Ma journée avec Stromae, de Laeken à Vilvorde" (dalam bahasa Perancis). Diarkib daripada yang asal pada 6 Oktober 2013. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  7. ^ Scott, Sayare (14 Oktober 2013). "Stromae: Disillusion With a Dance Beat". The New York Times. Dicapai pada 28 Oktober 2014.
  8. ^ Sagnard, Arnaud (September 2013). "« La formidable histoire de Stromae »". GQ France (dalam bahasa Perancis). No. 67. halaman 126–133.
  9. ^ a b c Grosjean, Marianne (16 Ogos 2013). "Stromae sort un deuxième album aussi noir qu'inégal »". Tribune de Genève (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 19 Ogos 2013.
  10. ^ Marolle, Emmanuel (19 Ogos 2013). "«Stromae, la danse des maux »". Le Parisien (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 19 Ogos 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]