Suara Rakyat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Suara Rakyat adalah akhbar berbahasa Melayu tulisan rumi yang ditubuhkan di Ipoh pada Ogos 1945 iaitu sebaik sahaja Jepun menyerah kalah. Ia diasaskan oleh Ahmad Boestamam seorang tokoh politik Melayu berhaluan kiri di masa itu. Ahmad Boestamam dibantu oleh tiga orang rakannya iaitu Mohammad Hanif, Dahari Ali dan Musa Ahmad manakala pengatur huruf diketuai oleh Abdul Samad. Penubuhan akhbar ini dimulakan di pejabat akhbar Perak Shimbun di Jalan Brewster yang telah ditinggalkan oleh pemerintah Jepun.

Akhbar ini berpendirian tegas dan radikal. Kritikan dan komen yang dibuat terhadap pemerintah Inggeris pada masa itu amat jitu dan tidak berselindung-selindung. Ini menyebabkan pemerintah Inggeris British Military Administration (BMA) beberapa kali memanggil Ahmad Boestamam dan diberi amaran.