Pergi ke kandungan

Sultan Abdul Jalil Jalaluddin Syah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Templat:Bedakan

Paduka Seri Sultan Ismail
Abdul Jalil Jalaluddin Shah
ibni Almarhum Sultan Mahmud
Abdul Jalil Shah
Sultan Siak Sri Inderapura
Pemerintahan1760-1766
Nama penuhSultan Ismail Abdul Jalil Jalaluddin Shah
Nama keputeraanTengku Ismail
GelaranYang Dipertuan Besar Siak
Dimakamkan Mempura, Siak
IsteriTengku Sani
Tengku Neh
DinastiMauli
AyahandaSultan Muhammad

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Ismail Abdul Jalil Jalaluddin Shah ibni Almarhum Sultan Mahmud Abdul Jalil Shah (1765-1766) yang juga dikenali sebagai Tengku Ismail. Ia merupakan sultan ketiga dalam turutan sultan-sultan Kerajaan Siak Sri Indrapura. Baginda menaiki tahta kerajaan bagi menggantikan ayahandanya iaitu Sultan Mahmud Abdul Jalil Shah.


Naik Takhta

[sunting | sunting sumber]

Sultan Mahmud Abdul Jalil Shah mangkat pada tahun 1760 dan ditabalkan puteranya, Tengku Ismail sebagai pengganti dengan gelaran Sultan Ismail Abdul Jalil Jalaluddin Syah. Sultan Ismail mengekalkan sepupunya Tengku Muhammad Ali dalam kedudukan panglima besar yang telah dipegangnya semenjak ayahanda sultan masih hidup.[1] Berita mengenai kemangkatan Sultan Muhammad menggembirakan Belanda, kerana semasa peralihan ini mereka dapat mencari celahan untuk memasukkan pengaruh mereka pada Siak. Walaupun ia telah berulang kali gagal, Belanda akhirnya dapat memujuk Tengku Alam untuk mendapatkan takhta dengan jaminan bahawa Belanda tidak akan campur tangan dalam urusan keluarga diraja di masa hadapan.[2]

Ketika armada Belanda menyerang Mempura tahun 1761, armada perang Siak yang gagah berani dipimpin oleh panglima besar Muhammad Ali. Belanda telah membuat persiapan dengan kapal perang besar. Askar Siak ditolak ke tepi bandar Mempura. Di sinilah berlaku pertempuran habis-habisan dari pahlawan-pahlawan Siak. Armada Siak hanya menggunakan rakit berapi-api dan kapal-kapal berisi ubat bedil dalam menghadapi Belanda. Walau bagaimanapun, semangat "jihad fi sabilillah" tidak reda. Dengan senjata yang terhad, mereka berjaya menenggelamkan beberapa kapal Belanda. Belanda kewalahan dan mengeluarkan senjata terakhir mereka, Tengku Alamuddin yang menghantar surat kepada Sultan Ismail dan anak lelakinya, panglima besar Muhammad Ali. Maka, demi mendengar bahawa Tengku Alam berada di pihak Belanda, pertempuran pun dihentikan dan Tengku Alam didampingi Belanda berjaya masuk ke ibu kota.[1]

Turun Takhta dan Berkelana

[sunting | sunting sumber]

Sultan Ismail menyerahkan takhta kepada pamandanya Tengku Alam, kerana wasiat ayahandanya sebelum meninggal dunia yang berbunyi: Janganlah tunduk kepada Belanda yang kafir dan penjajah itu. Dan janganlah melakukan perang terhadap saudara, apalagi keluarga sendiri. Serta apabila pamanmu Raja Alamuddin datang ke negeri Siak, serahkanlah tahta kerajaan Siak ini kepada pamanmu Raja Alamuddin[3]. Kemudian Sultan Ismail memilih untuk berkelana di lautan.[4] Pada tahun 1761, Sultan Ismail pergi ke Siantan dan di sini ia mendapat sokongan dari Orang Laut. Setelah memiliki kuasa dan sokongan Orang Laut, beliau menguasai perdagangan timah di Pulau Bangka dan menyerang Kesultanan Mempawah di Kalimantan Barat. Tindak-tanduknya di lautan tersebut membuat perdagangan Belanda menjadi kacau dan rugi. Makanya, Belanda tidak mengabulkan permintaan Sultan Ismail yang hendak merebut takhta Siak tahun 1768[1].

Sekitar 1767, Raja Ismail telah menjadi penduaan Raja Kecil. Disokong oleh Orang Laut, beliau terus menunjukkan dominasinya di perairan wilayah timur Sumatra, dengan memulakan pengendalian ke atas perdagangan timah di Pulau Bangka, kemudian menakluki Mempawah di Kalimantan Barat. Sebelum itu Raja Ismail juga membantu Terengganu menakluki Kelantan, hubungan ini kemudian diperkuat oleh hubungan perkahwinan antara Raja Ismail dengan saudara perempuan Sultan Terengganu. Pengaruh Raja Ismail di kawasan Melayu sangat penting, bermula dari Terengganu, Jambi dan Palembang. Laporan Belanda menyebutkan, Palembang telah membayar 3,000 ringgit kepada Raja Ismail agar jalur pelayarannya selamat dari gangguan. Sedangkan Hikayat Siak menceritakan sambutan perayaan yang diterima oleh Raja Ismail ketika ia tiba di Palembang.[5].

Berkuasa untuk Kali Kedua

[sunting | sunting sumber]

Setelah mengelana di Selat Malaka selama 18 tahun beliau berjaya mengambil alih kedudukan Yang Dipertuan Besar Siak daripada sepupunya Sultan Muhammad Ali pada tahun 1779[6]. .Muhammad Ali terpaksa berundur ke Petapahan mencari perlindungan dari Syarif Bendahara, tetapi tidak dikabulkan. Akhirnya, dia kembali ke ibu kota dan menyerah diri kepada sepupunya. Sultan Ismail lalu mengampuninya dan melantiknya menjadi Raja Muda.[7]

  1. ^ a b c Muchtar Lutfi, Suwardi MS, dkk (1998/ 1999), Sejarah Riau, Biro Bina Sosial Setwilda Tk. I Riau.
  2. ^ Amir Lutfi (1991), Hukum dan Perubahan Struktur Kekuasaan: Pelaksanaan Hukum Islam dalam Kesultanan Melayu Siak 1901 - 1942, Susqa Press Pekanbaru.
  3. ^ OK. Nizami Jamil dkk (2001), Sejarah Kerajaan Siak, CV. Sukabina Pekanbaru terbitan LAM Kab. Siak.
  4. ^ Cave, J., Nicholl, R., Thomas, P. L., Effendy, T., (1989), Syair Perang Siak: a court poem presenting the state policy of a Minangkabau Malay royal family in exile, MBRAS. A. Flicher, Les Etats princiers des Indes néerlandaises, Dreux 2009
  5. ^ Timothy P. Barnard, Texts, Raja Ismail and Violence: Siak and the Transformation of Malay Identity in theEighteenth Century, Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 32, No. 3 (Oct., 2001), pp. 331-342.
  6. ^ Timothy P. Barnard, Texts, Raja Ismail and Violence: Siak and the Transformation of Malay Identity in theEighteenth Century, Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 32, No. 3 (Oct., 2001), pp. 331-342.
  7. ^ Muchtar Lutfi, Suwardi MS, dkk (1998/ 1999), Sejarah Riau, Biro Bina Sosial Setwilda Tk. I Riau.

Senarai kepustakaan

[sunting | sunting sumber]
  • Donald James Goudie, Phillip Lee Thomas, Tenas Effendy, (1989), Syair Perang Siak: a court poem presenting the state policy of a Minangkabau Malay royal family in exile, MBRAS.
  • Christine E. Dobbin, (1983), Islamic revivalism in a changing peasant economy: central Sumatra, 1784-1847, Curzon Press, ISBN 0-7007-0155-9.
  • Journal of Southeast Asian studies, Volume 17, McGraw-Hill Far Eastern Publishers, 1986.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Sultan-sultan Kerajaan Siak Sri Indrapura


Didahului oleh
Sultan Muhammad
Sultan Siak Sri Inderapura
1760-1766
Diikuti oleh:
Sultan Alamuddin Syah
Didahului oleh
Sultan Muhammad Ali
Sultan Siak Sri Inderapura
1779 - 1781
Diikuti oleh:
Sultan Yahya