Sultan Alauddin Shah
| Sultan Alauddin Shah | |||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Paduka Seri Sultan Perak | |||||||||||||
| Sultan Perak ke-5 | |||||||||||||
| Pemerintahan | 1594–1603 | ||||||||||||
| Didahului oleh | Sultan Tajul Ariffin | ||||||||||||
| Diikuti oleh | Sultan Mukaddam Shah | ||||||||||||
| Kemangkatan | 1603 | ||||||||||||
| Pemakaman | Bota Kanan, Perak Tengah | ||||||||||||
| |||||||||||||
| Kerabat | Perak | ||||||||||||
| Ayahanda | Raja Kecil Lasa Raja Inu | ||||||||||||
| Agama | Islam | ||||||||||||
Sultan Alauddin Shah ibni Raja Kecil Lasa Raja Inu (Jawi: سلطان علاء الدين شاه ابن راج کچيل لاس راج انو) ialah Sultan Perak yang kelima. Baginda telah memerintah Perak dari tahun 1594 sehingga 1603. Baginda ialah putera kepada Raja Kecil Lasa Raja Inu dan cucunda Sultan Perak ketiga, Sultan Ahmad Tajuddin Shah.[1]
Pemerintahan
[sunting | sunting sumber]Sultan Perak keempat, Sultan Tajul Ariffin tidak mempunyai seorang putera. Setelah kemangkatan baginda pada tahun 1594, para pembesar Perak dengan nasihat pemerintah Aceh telah bersepakat untuk mengangkat Raja Alauddin, putera kepada Raja Kecil Lasa Raja Inu sebagai Sultan Perak yang baharu dengan gelaran Sultan Alauddin Shah. [1]
Setelah menaiki takhta, Sultan Alauddin Shah telah bersemayam di Bota Kanan dan memusatkan pemerintahannya di sana. Semasa pemerintahan baginda, Aceh masih lagi menempatkan beberapa pembesar Aceh di Perak bagi mengawasi hal ehwal pentadbiran Perak.[2]
Kemangkatan
[sunting | sunting sumber]Setelah memerintah Perak selama sembilan tahun, Sultan Alauddin Shah akhirnya mangkat pada tahun 1603. Baginda bergelar "Marhum Mangkat Di Darat" dan dimakamkan di tebing Sungai Perak, di hujung Pulau Bota. Namun, oleh kerana makam baginda hampir jatuh ke dalam sungai, makam itu kemudiannya telah dipindahkan ke sebuah kawasan di pekan Bota Kanan, berdekatan dengan makam Sultan Ahmaddin Shah, Sultan Perak yang ke-18.[1]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 3 "Sultan Tajul Ariffin". Sultan-Sultan Perak. Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan. 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-08. Dicapai pada 16 Jun 2011.
- ↑ Jasbindar, Freddie Aziz. "Sultan Alauddin Shah (Sultan Perak ke 5)". www.orangperak.com. Dicapai pada 2022-09-02.
| Didahului oleh Sultan Tajul Ariffin |
Sultan Perak 1594-1603 |
Diikuti oleh: Sultan Mukaddam Shah |