Sultan Tajul Ariffin
| Tajul Ariffin Shah | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sultan Perak | |||||||||
| Sultan Perak | |||||||||
| Pemerintahan | 1584 – 1594 | ||||||||
| Didahului oleh | Sultan Ahmad Tajuddin Shah | ||||||||
| Diikuti oleh | Sultan Alauddin Shah | ||||||||
| Raja Muda Perak | |||||||||
| Pemerintahan | 1578 - 1584 | ||||||||
| Didahului oleh | Raja Ahmad Tajuddin Shah II | ||||||||
| Diikuti oleh | Raja Innu (Sallehuddin Tajuddin Shah) | ||||||||
| Kemangkatan | 1594 | ||||||||
| Pemakaman | Zon Pulau Semat, Mukim Senggang, Daerah Kuala Kangsar, Perak, Malaya | ||||||||
| Isteri |
| ||||||||
| |||||||||
| Kerabat | Perak | ||||||||
| Ayahanda | Sultan Mansur Shah I | ||||||||
| Agama | Islam | ||||||||
Sultan Tajul Ariffin ibni Sultan Mansur Shah I (Jawi: سلطان تاج العارفين ابن سلطان منصور شاه ا) ialah Sultan Perak ke-4 yang telah memerintah mulai 1584 sehingga 1594.[1] Baginda merupakan putera kepada Sultan Perak ke-2, Sultan Mansur Syah I dan adinda kepada Sultan Perak ke-3, Sultan Ahmad Tajuddin Syah.[2]
Sultan Tajul Ariffin bersemayam di Pulau Semat dan memerintah Perak selama 10 tahun. Semasa pemerintahan baginda, abang sulung baginda, yang juga Sultan Acheh, mangkat dan seluruh keluarga kembali ke Perak.
Sultan Tajul Ariffin mangkat pada tahun 1594 dan dimakamkan di Pulau Semat, Mukim Senggang, Kuala Kangsar, kira-kira 3 km ke utara Manong. Isteri baginda bernama Puteri Ajaib juga kemudiannya dimakamkan di sebelah baginda. Sultan Tajul Ariffin dikenali secara sebagai Marhum Mangkat Di-Tebing.[1]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Sultan Tajul Ariffin". Sultan-Sultan Perak. Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan. 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-28. Dicapai pada 16 Jun 2011.
- ^ Radzie Sapiee (2009). "Makam (Tomb of) Sultan Tajul Ariffin". Dicapai pada 1 November 2010.
| Didahului oleh Sultan Ahmad Tajuddin Syah |
Sultan Perak 1584-1594 |
Diikuti oleh: Sultan Alauddin Shah |