Sultan Ali Mughayat Syah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Sultan Alaidin Ali Mughaiyat Syah merupakan pendiri dan sultan pertama Kesultanan Aceh, bertakhta dari tahun 1514 sehingga mangkat pada tahun 1530.

Pada tahun 1520, beliau memulakan kempen ketenteraan untuk menguasai bahagian utara Sumatera. Kempen pertamanya adalah Daya, di sebelah barat laut, yang menurut Tomé Pires belum mengenal Islam. Selanjutnya melebarkan sayap sehingga ke pantai timur yang terkenal kaya dengan rempah-rempah dan emas. Untuk memperkuatkan ekonomi rakyat dan kekuatan ketenteraan laut didirikannya banyak pelabuhan.

Serangan ke Deli dan Aru merupakan perluasan daerah terakhir yang dilakukan beliau. Di Deli yang meliputi Pedir dan Pasai mampu menghalau pihak Portugis dari daerah itu. Namun serangan terhadap Aru (1824), tenteranya telah dikalahkan oleh armada Portugis. Aksi ketenteraan ini ternyata juga mengancam Johor selain Portugis sebagai kekuatan laut di kawasan itu.

Setelah meninggal dunia pada tahun 1530, beliau digantikan oleh anaknya, Salahuddin.

Didahului oleh:
-
Sultan Aceh
15141530
Digantikan oleh:
Sultan Salahuddin