Sultan Ibrahim Shah, Kedah
| Sultan Ibrahim Shah | |
|---|---|
| Sultan Kedah ke-6 | |
| Pemerintahan | 14 Mei 1321 - 27 Disember 1373 |
| Didahului oleh | Sultan Mahmud Shah I |
| Diikuti oleh | Sultan Sulaiman Shah |
| Kemangkatan | 27 Disember 1373 Kota Siputeh, Kedah |
| Pemakaman | Makam Diraja Kota Siputeh |
| Isteri |
|
| Anakanda | Tunku Sulaiman Tunku Abdul Rahman |
| Kerabat | Mahawangsa |
| Ayahanda | Sultan Mahmud Shah |
| Bonda | Tunku Aishah |
| Agama | Islam |
Sultan Ibrahim Shah ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah I (سلطان إبراهيم شاه ابن المرحوم سلطان محمود شاه ١; mangkat tahun 1373) ialah Sultan Kedah yang keenam. Baginda merupakan putera kepada Sultan Mahmud Shah I dan Tunku Aishah. Pada 14 Mei 1321, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah keenam dan bersemayam di Kota Sungai Mas.[1]
Kehidupan
[sunting | sunting sumber]Sultan Ibrahim Shah telah berkahwin dengan Tunku Mala yang bergelar Permaisuri. Baginda berdua dikurniakan dua orang putera, iaitu Tunku Sulaiman dan Tunku Abdul Rahman.[2]
Pemerintahan
[sunting | sunting sumber]Pada 18 Mei 1323, Sultan Ibrahim Shah bersama kaum kerabat dan jemaah menteri baginda telah berhijrah ke Kota Siputeh, yang telah dibangunkan oleh ayahanda saudara baginda, Raja Muda Ahmad. Baginda kemudiannya menyerahkan Kota Sungai Mas kepada pemerintahan Raja Muda Ahmad. Kawasan antara Kota Bukit Meriam hingga ke Sungai Kerian dan pulau-pulau di sekitar Kerian pula diserahkan kepada penjagaan Dato’ Tan Derma Dewa.[1]
Baginda telah memerintah Kedah dengan penuh keadilan, di mana baginda juga menetapkan pangkat dan jawatan menteri baginda. Di bawah pemerintahan baginda, penduduk Kedah semakin bertambah dan Kedah juga semakin masyhur namanya di serata tempat, terutamanya Pulau Sumatera, benua China dan India.[1][2]
Pada 27 Disember 1373 bersamaan 11 Rejab 775 Hijrah, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Kota Siputeh.[1]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d To' Kerani Mohd Arshad, Muhammad Hassan (1968). Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah (PDF). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- ^ a b Adil, Buyong (1980). Sejarah Kedah (PDF). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Salasilah Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman semenjak tahun 1136M Diarkibkan 2014-09-02 di Wayback Machine
| Didahului oleh Sultan Mahmud Shah |
Sultan Kedah 1321-1373 |
Diikuti oleh: Sultan Sulaiman Shah |