Sungai Dedap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sungai Dedap terletak di daerah kecil Kampung Gajah , Perak. Ada yang mengatakan Sungai Dedap terletak di Teluk Intan. Ada juga yang mengatakan Sungai Dedap terletak di Seberang Perak.

Sungai ini bertemu dengan Sungai Perak berhampiran dengan Teluk Intan. Antara tempat berhampiran ialah Sungai Ranggam, Teluk Intan, Seberang Perak dan Kampung Gajah.

Rata-rata penduduknya orang Melayu etnik Perak, etnik Kedah dan etnik Jawa .

Kawasan ini merupakan kawasan paya yang bersebelahan dengan likuan hilir Sungai Perak. Setelah ditebusguna dengan cara membina terusan dan kunci air , kawasan ini ditanam dengan padi . Tanahnya subur dari jenis aluvium . Kawasan pertanian padi ditadbir melalui Jabatan Pertanian yang terletak di Seberang Perak.