Sungai Mong Gajah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Mong Gajah
Sungei Mong Gajah, Sg. Mong Gajah
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriKedah Darul Aman
DaerahPadang Terap
MukimPedu
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasiBukit Batu Tajam di selatan Daerah Padang Terap
 • koordinat6°09′54″N 100°50′33″E / 6.1651°N 100.8425°E / 6.1651; 100.8425
Muara 
 • lokasi
Sungai Pedu (Empangan Pedu) berhampiran Kampung Mong Gajah Ulu
 • koordinat
6°12′11″N 100°50′11″E / 6.20298°N 100.83641°E / 6.20298; 100.83641
PanjangTidak diketahui

Sungai Mong Gajah (Jawi: سوڠاي موڠ ڬاجه), atau juga dikenali sebagai Sungei Mong Gajah sebelum 1972,[1] dan Sg. Mong Gajah ialah sebatang sungai di Daerah Padang Terap, iaitu salah satu daerah di Kedah Darul Aman, Malaysia.[2]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Lokasi koordinat Sungai Mong Gajah ialah 6°14′N 100°50′E / 6.233°N 100.833°E / 6.233; 100.833Koordinat: 6°14′N 100°50′E / 6.233°N 100.833°E / 6.233; 100.833.[3] Mengikut topografi kawasan, lembah sungai Sungai Mong Gajah terletak di anggaran ketinggian dari atas min aras laut mencecah 100 meter (328.1 ka).[2] Ia terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.[2]

Sungai Mong Gajah berasal daripada Bukit Batu Tajam, di sempadan antara dua daerah iaitu Daerah Padang Terap dan Daerah Sik, di koordinat 6°09′54″N 100°50′33″E / 6.1651°N 100.8425°E / 6.1651; 100.8425.[4][5] Ia akan sejajar dengan Jalan Persekutuan 175 (Jalan Rentas Pedalaman Kedah Timur; TEKIH), kemudian merentasi Jalan Negeri K408 (Jalan Mong Gajah–Pedu Resort). Setelah melepasi K408, lebar sungai Sungai Mong Gajah bertambah berbanding di hulu sungai, dan terus bermuara di Tasik Pedu (atau Empangan Pedu), di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Pedu. Sebelum Empangan Pedu dibina, Sungai Mong Gajah akan melalui beberapa kawasan perkampungan kecil di kawasan pedalaman dahulu, seperti Kampung Mong Gajah Ulu, Kampung Mong Gajah Ilir, Kampung Kuala dan Kampung Belukar sebelum bermuara di Sungai Pedu dan Sungai Bong. Lokasi muara kira-kira terletak di 6°15′N 100°49′E / 6.250°N 100.817°E / 6.250; 100.817.[4][5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gazetter No. 10 – British Borneo, Singapore, and Malaya; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names [Gazetir Kesepuluh British Borneo, Singapura dan Tanah Melayu; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat untuk Nama Geografi] (dalam bahasa Inggeris). United States Government Printing Office. 1955. ISBN 9780598719669. Dicapai pada 12 Januari 2018.
  2. ^ a b c "Sungai Mong Gajah, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 2 Januari 2009. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  3. ^ Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  4. ^ a b Survey Department, Federation of Malaya (1950) (dalam bahasa Inggeris). Malaya 1950 – Topography (Peta). 1:760 320. Malaysia.
  5. ^ a b Survey Department, Federation of Malaya (1948) (dalam bahasa Inggeris). Perlis and Kedah 1948, North Sheet (Peta). 1:126 720. Malaysia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]