Atas min aras laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Istilah atas min aras laut (AMSL) merujuk kepada aras tinggi (di atas bumi) atau altitud (di udara) bagi mana-mana objek dari datum aras laut purata. Ia digunakan secara meluas dalam bidang radio (bagi kedua-dua penyiaran dan penggunaan telekomunikasi yang lain) oleh para jurutera untuk menentukan kawasan liputan yang dapat dicapai oleh sesebuah stesen. AMSL juga digunakan dalam bidang penerbangan, dengan semua ketinggian dirakam dan dilaporkan berdasarkan min aras laut (lihat juga aras penerbangan), serta juga dalam bidang sains atmosfera.

Takrif[sunting | sunting sumber]

Konsep "min aras laut" pada dirinya merupakan sesuatu konsep buatan kerana nilai untuk min aras laut bagi seluruh planet tidak mungkin ditentukan. Ia amat berbeza-beza walau jika skalanya dikurangkan dengan ketara. Ini disebabkan laut sentiasa bergerak dan terpengaruh oleh:

  • zon tekanan (baik tinggi mahupun rendah) di atasnya;
  • pasang surut;
  • perbezaan graviti tempatan;

dan sebagainya. Yang paling baik seseorang dapat melakukan adalah untuk memilih satu tempat dan mengira min aras laut pada tempat itu lalu menggunakannya sebagai datum. Misalnya, Ukur Ordnans menggunakan datum ketinggian berdasarkan ukuran min aras laut yang diberikan oleh sebuah tolok pasang surut yang terletak di Newlyn, Cornwall antara 1915 sehingga 1921 [1] untuk peta Great Britainnya. Datum ini sebenarnya berbeza dengan min aras laut di seberang sana negara sebanyak sekitar 80 sentimeter.

Salah satu alternatif yang lain adalah untuk mendasarkan ukuran ketinggian pada elipsoid seluruh bumi, sebagaimana dilakukan oleh sistem-sistem seperti GPS. Dalam bidang penerbangan, elipsoid yang dikenali sebagai Sistem Geodesi Sedunia 84 semakin digunakan untuk menentukan aras laut. Satu alternatif lagi adalah untuk menggunakan datum berasaskan geoid seperti NAVD88.

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Apabila merujuk kepada ciri geografi seperti gunung pada peta topografi, perbezaan aras tinggi ditunjukkan menerusi garis kontur. Ketinggian gunung menandakan titik tertinggi atau puncak dan biasanya digambarkan dengan menggunakan sebuah bulatan kecil pada peta topografi, dengan ketinggiannya di atas min aras laut (AMSL) ditunjukkan, baik dalam meter mahupun dalam kaki atau kedua-duanya.

Ketinggian di atas rupa bumi purata bagi sesuatu stesen ditentukan daripada peta topografi melalui pemurataan ketinggian ASML pada titik-titik yang terletak di sebilangan jejari. Hasilnya ditolak daripada ketinggian AMSL antena, termasuk kedua-dua ketinggian menara pada dirinya serta juga ketinggian bumi yang menara itu diletak, untuk menentukan perbezaan. Nombor negatif untuk HAAT kekadang dihasilkan apabila stesen itu terletak di lembah yang jauh lebih rendah, berbanding dengan gunung-gunung di sekitarnya. Dalam kes yang jarang yang lokasinya berada di bawah aras laut, AMSL pada dirinya boleh mengambil nombor yang negatif. Untuk salah satu kes sebegini, lihat Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam.

Atas min aras laut (AMSL) juga penting kepada para jurutera yang bertugas di kawasan tinggi kerana sesetengah kelengkapan tidak direka bentuk untuk aliran udara yang mencukupi bagi pendinginan kelengkapan di udara yang jarang dan justera, boleh mengaikbatkan pemanasan lebih, kerosakan, atau kegagalan komponen elektronik.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujuk[sunting | sunting sumber]