Sungai St. Lawrence

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sungai Saint Lawrence)
Sungai Saint Lawrence
Saint Lawrence River
Fleuve Saint-Laurent
Kuala Sungai St. Lawrence dari Bandaraya Quebec (kiri) dan Lévis (kanan)
Negara-negara  Kanada,  Amerika Syarikat
Negeri  Ontario,  Quebec,  New York
Sumber Tasik Ontario
 - lokasi Kingston, Ontario / Cape Vincent, New York
 - ketinggian 74.7 m (245 ft)
 - koordinat 44°06′N 76°24′W / 44.100°N 76.400°W / 44.100; -76.400
Muara Teluk St. Lawrence / Lautan Atlantik
 - ketinggian 0 m (0 ft)
 - koordinat 49°30′N 64°30′W / 49.500°N 64.500°W / 49.500; -64.500
Panjang 1,197 km (744 mi)
Lembangan 1,344,200 km2 (519,000 sq mi)
Pelepasan di menerusi Sungai Saguenay
 - purata 16,800 m3/s (590,000 cu ft/s) [1]
Peta Sungai St. Lawrence
Peta Sungai St. Lawrence
Peta Sungai St. Lawrence

Sungai Saint Lawrence (bahasa Inggeris: St. Lawrence River; Perancis: Fleuve Saint-Laurent; Bahasa Tuscarora: Kahnawáʼkye;[2] Bahasa Mohawk: Kaniatarowanenneh, bermaksud "laluan air yang besar") merupakan sungai yang besar yang terletak dari barat daya hingga barat laut di benua Amerika Utara dan menghubungkan Tasik-Tasik Besar dengan Lautan Atlantik. Sungai ini adalah penghantar saliran utama Tasik-Tasik Besar. Sungai terletak di timur wilayah Kanada iaitu Quebec dan Ontario yang membentuk sebahagian daripada sempadan antarabangsa antara Ontario, Kanada dan New York, Amerika Syarikat.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Sungai ini merupakan laluan utama penjelajah Perancis, Jacques Cartier meneroka pendalaman Kanada pada abad ke-16. Beliau tiba di muara sungai tersebut pada hari perayaan Santo Laurentius tanggal 10 Ogos 1535 yang disangka sebagai suatu teluk lalu diberi nama "Teluk Santo Lawrence" (« baye sainct Laurens »);[3][4] beliau menggambarkan terlihatnya suatu bukit yang dilihat setinggi selonggok gandum dari pandangannya sejarak 2 persangga jauhnya.[4]

Zaman Penjajahan[sunting | sunting sumber]

Kemudian, ramai penjelajah Eropah berimigresen ke Kanada pada zaman dahulu mengikut laluan sungai ini termasuklah Samuel de Champlain iaitu bangsawan Perancis yang membuka Bandaraya Quebec pada abad ke-17. Sungai ini merupakan pertempuran utama ketika Perang Tujuh Tahun, tentera British yang berpangkalan di New York berusaha untuk menghalau orang Perancis dari Kanada untuk meluaskan jajahan British. Ketika Perang Dunia Kedua, tentera Kanada bertempur dengan tentera Jerman Nazi di bawah Karl Donitz. Pertempuran ini hanya di muara sungai dan tentera Kanada berjaya menenggelamkan kapal perang tentera Nazi, U-Boat berhampiran Lautan Atlantik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ name="BenkeCushing2005"
  2. ^ Rudes, B. Tuscarora English Dictionary Toronto: University of Toronto Press, 1999
  3. ^ Johnson, William Henry (20 Mei 2007). French Pathfinders in North America. Dicapai pada 27 Februari 2011 – melalui Project Gutenberg.
  4. ^ a b Bideaux, Michel (1986). Jacques Cartier: Relations (dalam bahasa Perancis). Les Presses de l'Université de Montréal. m/s. 130–131. Dicapai pada 20 November 2021 – melalui Bibliothèque et Archives nationales du Québec. Et sur la terre environ deux lieues, y a une montaigne faicte comme ung tas de bled, nous nommasmes la dicte baye la baye sainct Laurens.