Santo Laurentius

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Laurentius
Laurensius
Lawrence-before-Valerianus.jpg
Fresco gambaran Laurentius oleh Bl. Fra Angelico, s. 1447–50 di Pinacoteca Vaticana
Lahir31 Disember 225 M[1]
Valencia[2] atau juga Osca, Hispania
MeninggalOgos 10, 258
Roma
Dihormati olehGereja Katolik Rom, Gereja Ortodoks, Anglikan, Gereja Lutheran
Tempat keramatBasilica di San Lorenzo fuori le Mura di Roma
Hari perayaan10 Ogos
AtributBiasa memegang gridiron dan mengenakan dalmatik
NaunganRoma, Birgu (Malta), Huesca (Sepanyol), San Lawrenz (Gozo), Kanada, Sri Lanka, pelawak, pustakawan, pelajar, penyamak, tukang masak

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Santo Laurentius atau Laurensius (Bahasa Inggeris: Lawrence atau Laurence; 31 Disember 225[1] – 10 Ogos 258) ialah salah seorang daripada tujuh diakon pertama mengendalikan katedral kota Rom di bawah pimpinan Paus Sixtus II. Beliau terkorban membela agamanya akibat diseksa semasa pemerintahan Maharaja Valerianus pada tahun 258.

Penceritaan[sunting | sunting sumber]

Nama beliau bermaksud "dimahkotakan daun dafnah" (laurus).

Penyeksaan dan pemenjaraan[sunting | sunting sumber]

Laurentius bertanggungjawab dalam jawatannya menjaga harta Gereja untuk diagihkan sebagai sedekah kepada orang miskin.[3] Menurut Ambrosio dari Milan, harta tersebut dituntut pegawai Rom lalu Laurentius membawa orang-orang miskin yang menerima harta gereja diagihkan sebagai sedekah[4] sambil berkata "lihatlah pada orang-orang miskin ini harta yang telah saya janjikan menunjukkan kepadamu; yang kepadanya aku akan menambahkan mutiara dan batu permata, janda-janda dan gadis-gadis dara yang diamanahkan Gereja".[5] Pengawas itu sangat marah tercabar sehingga dia mengarahkan penahanan dan penyeksaan Laurentius pada suatu kekisi besi yang dipanaskan arang panas di bawahnya untuk dibakar badannya seakan daging dipanggang. Laurentius diceritakan riang berseloroh mengejek pegawai tersebut menyatakan : "Badanku dah masak belah sini, terbalikkan sebelah lainnya!"[3][6]

Laurentius kemudiannya dipenjarakan di Fonte sebelum dipindahkan ke Via Panisperna di mana beliau meninggal di sana; mayat beliau dikebumikan di San Lorenzo fuori le Mura . Almanak Filocalus 354 menyatakan bahawa dia telah dikebumikan di katakomba Cyriaca di Via Tiburtina[4] oleh dua orang penatua bernama Hippolytus dan Justinius.

Penyanjungan[sunting | sunting sumber]

Beliau ialah santo penaung para pustakawan, penjaga arkib, pelawak, tukang masak, penyamak kulit serta pelombong[7] diraikan aliran-aliran gereja Katolik dan Anglikan. Hari perayaan santo ini jatuh pada tanggal 10 Ogos.[8][9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Citing St. Donato as the original source. Janice Bennett. St. Laurence and the Holy Grail: The Story of the Holy Chalice of Valencia. Littleton, Colorado: Libri de Hispania, 2002. Page 61.
  2. ^ Citing Francisco Diago and St. Donato as sources. Janice Bennett. St. Laurence and the Holy Grail: The Story of the Holy Chalice of Valencia. Littleton, Colorado: Libri de Hispania, 2002. Pages 15 and 62.
  3. ^ a b Fr. Paolo O. Pirlo, SHMI (1997). "St. Lawrence". My First Book of Saints. Sons of Holy Mary Immaculate – Quality Catholic Publications. m/s. 176–178. ISBN 971-91595-4-5.
  4. ^ a b "Kirsch, Johann Peter. "St. Lawrence." The Catholic Encyclopedia. Vol. 9. New York: Robert Appleton Company, 1910. 9 February 2013".
  5. ^ ""St. Lawrence, Deacon Martyr," said to have been martyred by being put on a gridiron. St. Lawrence Orthodox Christian Church" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 October 2013.
  6. ^ Foley, OFM, Leonard, "St. Lawrence", Saint of the Day, Lives, Lessons, and Feast (Revised by Pat McCloskey, OFM), Franciscan Media ISBN 978-0-86716-887-7
  7. ^ Oppman, Patrick (9 September 2010). "Faith plays key role for trapped Chilean miners, families". CNN.
  8. ^ See, for example, "An Anglican Prayer Book" (1989), the Province of Southern Africa, published by Collins Liturgical, ISBN 0 00 599180 3, Calendar, page 24.
  9. ^ "The Calendar". The Church of England (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-03-27.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]