Karl Dönitz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Karl Donitz)
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Karl Dönitz
Bundesarchiv Bild 146-1976-127-06A, Karl Dönitz (cropped)(2).jpg
Dönitz selaku Laksamana Besar pada April 1943
Presiden Reich Jerman
(Jerman Nazi)
Dalam jawatan
30 April 1945 – 23 Mei 1945
Kerajaan
Didahului olehAdolf Hitler
(sebagai Führer und Reichskanzler)
Digantikan olehTheodor Heuss
(sebagai Presiden Jerman Barat)
Wilhelm Pieck
(sebagai Presiden Jerman Timur)
Menteri Perang
Dalam jawatan
30 April 1945 – 23 Mei 1945
Kerajaan
Didahului olehWilhelm Keitel
(Ketua OKW)
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
Panglima Tentera Laut
Dalam jawatan
30 Januari 1943 – 1 Mei 1945
TimbalanEberhard Godt
Didahului olehErich Raeder
Digantikan olehHans-Georg von Friedeburg
Butiran peribadi
Lahir(1891-09-16)16 September 1891
Grünau, Brandenburg, Prusia, Empayar Jerman (kini Jerman)
Meninggal dunia24 Disember 1980(1980-12-24) (umur 89)
Aumühle, Schleswig-Holstein, Jerman Barat
Parti politikParti Nazi[1]
PasanganIngeborg Weber (k. 1916)
Anak-anak3
Kabinet
Tandatangan
Perkhidmatan ketenteraan
Nama samaran
  • Der Löwe (Sang Singa)[2]
  • Onkel Karl[2]
Kesetiaan
Perkhidmatan/
cawangan
Tahun perkhidmatan
  • 1910–1918
  • 1920–1945
PangkatLaksamana Besar
Perkhidmatan
Pertempuran
AnugerahKnight Cross of the Iron Cross with Oak Leaves
↑1  Secara rasmi bergelar "Menteri Besar" atau "Ketua Menteri" (Leitender Minister).
Hitler bersalaman dengan Donitz di Führerbunker, 1945.
Karl Dönitz (tengah, berpakaian kot labuh berwarna gelap) diikuti Speer (tidak bertopi) dan Jodl (sebelah kiri Speer) sewaktu penahanan kerajaan Flensburg.
Laporan penahanan Dönitz dan gambar pada tahun 1945

Karl Dönitz (kadangkala dieja Doenitz; bahasa Jerman: [ˈdøːnɪts]  ( dengar); 16 September 1891 – 24 Disember 1980) adalah seorang Laksamana kanan Jerman semasa era Nazi yang secara singkat menggantikan Adolf Hitler sebagai ketua negara Reich pada Mei 1945, sehinggalah penyerahan kalah tanpa syarat Jerman kepada pihak Bersekutu. Selaku Panglima Tentera Laut Jerman pada awal tahun 1943, beliau memainkan peranan besar dalam sejarah tentera laut Perang Dunia II. Beliau telah disabitkan kesalahan-kesalahan jenayah perang di Perbicaraan Nuremberg pada tahun 1946.[3]

Beliau memulakan kerjayanya didalam Tentera Laut Imperial Jerman sebelum Perang Dunia I. Pada tahun 1918, beliau memerintah kapal selam SM UB-68 sehingga ia ditenggelamkan oleh tentera British. Dönitz telah dijadikan tawanan perang. Sewaktu didalam kem POW, beliau mencipta satu formula perang laut yang kemudian dipanggilnya Rudeltaktik ("taktik berkumpulan", biasanya disebut "wolfpack").

Pada awal Perang Dunia Kedua, beliau adalah pegawai kanan kapal selam (U-boot) dalam Kriegsmarine, yang dikenali sebagai Befehlshaber der Unterseeboote (BdU). Pada Januari 1943, Dönitz dinaikkan pangkat ke Grossadmiral (Laksamana Besar) dan menggantikan Laksamana Besar Erich Raeder sebagai Panglima Tentera Laut. Dönitz merupakan musuh utama angkatan tentera laut Bersekutu dalam Pertempuran Atlantik. Dari tahun 1939 hingga 1943 pihak U-boot berperang dengan berkesan tetapi kehilangan inisiatif bermula dari Mei 1943. Dönitz mengarahkan armada kapal selamnya bertempur sehingga tahun 1945 bagi meringankan tekanan terhadap cabang-cabang perkhidmatan Wehrmacht (angkatan tentera) yang lain.[4] Sejumlah 648 buah U-boot musnah—429 darinya tanpa mangsa yang terselamat. Tambahan lagi, dari jumlah tersebut, 215 buah kapal selam musnah dalam pelayaran sulung mereka.[5] Kira-kira 30,000 orang dari jumlah 40,000 yang berkhidmat dalam U-boot terkorban.[5]

Pada 30 April 1945, selepas kematian Adolf Hitler dan menurut wasiat terakhir Hitler, Dönitz telah dinamakan pengganti Hitler selaku ketua negara (Staatsoberhaupt), dengan gelaran Presiden Jerman (Reichspräsident) dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. Pada 7 Mei 1945, beliau mengarahkan Jeneral Alfred Jodl, Ketua Staf Operasi Oberkommando der Wehrmacht (OKW), menandatangani Surat Cara Penyerahan Kalah Jerman di Reims, Perancis.[6] Dönitz kekal sebagai ketua Kerajaan Flensburg, nama baru kerajaan Jerman, sehinggalah ia dibubarkan oleh kuasa-kuasa Bersekutu pada 23 Mei.

Dengan pengakuannya sendiri, Dönitz adalah seorang Nazi dan penyokong Hitler yang berdedikasi; beliau berpegang pada kepercayaan anti-Semitik dan menegaskan bahawa para pegawai Kriegsmarine mematuhi pandangan politiknya. Selepas perang, Dönitz didakwa sebagai penjenayah perang utama di perbicaraan Nuremberg atas tiga pertuduhan: konspirasi untuk melakukan jenayah terhadap keamanan, jenayah perang, dan jenayah terhadap kemanusiaan; merancang, memulakan, dan melancarkan perang pencerobohan; dan jenayah terhadap undang-undang peperangan. Beliau didapati tidak bersalah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan, tetapi bersalah melakukan jenayah terhadap keamanan dan jenayah perang terhadap undang-undang peperangan. Beliau telah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun; setelah dibebaskan, beliau tinggal di sebuah kampung berhampiran Hamburg sehingga kematiannya pada tahun 1980.

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Fil Marsyal dan Laksamana Besar Jerman

Rujukan dan nota[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Beevor, Antony (2002). Berlin – The Downfall 1945. Viking-Penguin Books. ISBN 0-670-03041-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Busch, Hans-Joachim; Röll (2003). Der U-Boot-Krieg 1939–1945 — Die Ritterkreuzträger der U-Boot-Waffe von September 1939 bis Mai 1945 (dalam bahasa German). Hamburg, Berlin, Bonn Germany: Verlag E.S. Mittler & Sohn. ISBN 978-3-8132-0515-2. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Dönitz, Karl, Grossadmiral. Memoirs: Ten Years and Twenty Days. Da Capo Press, USA, 1997. ISBN 0-306-80764-5. (reprints 1958 German-language Athenäum-Verlag edition).
  • Fellgiebel, Walther-Peer (2000). Die Träger des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939–1945 – Die Inhaber der höchsten Auszeichnung des Zweiten Weltkrieges aller Wehrmachtsteile (dalam bahasa German). Friedberg, Germany: Podzun-Pallas. ISBN 978-3-7909-0284-6. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Guðmundur Helgason. "Befehlshaber der Unterseeboote (BdU) Karl Dönitz." at Uboat.net.
  • Kurowski, Franz (1995). Knight's Cross Holders of the U-Boat Service. Atglen, PA: Schiffer Publishing. ISBN 978-0-88740-748-2.
  • Padfield, Peter. Dönitz: The Last Führer. Cassell & Co, UK, 2001
  • Range, Clemens (1974). Die Ritterkreuzträger der Kriegsmarine. Stuttgart, Germany: Motorbuch Verlag. ISBN 978-3-87943-355-1. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  • Schaulen, Fritjof (2003). Eichenlaubträger 1940 – 1945 Zeitgeschichte in Farbe I Abraham – Huppertz (dalam bahasa German). Selent, Germany: Pour le Mérite. ISBN 978-3-932381-20-1. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Miltaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)

Informasi latar belakang[sunting | sunting sumber]

  • Cremer, Peter. U-Boat Commander: A Periscope View of the Battle of the Atlantic. 1984. ISBN 0-87021-969-3.
  • Davidson, Eugene. The Trial of the Germans: Account of the Twenty-two Defendants Before the International Military Tribunal at Nuremberg. 1997. ISBN 0-8262-1139-9
  • Hadley, Michael L. U-Boats Against Canada: German Submarines in Canadian Waters. McGill-Queen's University Press: 1985. ISBN 0-7735-0801-5.
  • Macintyre, Donald. U-boat Killer. 1999. ISBN 0-304-35235-7
  • Thompson, H.K. & Henry Strutz. Doenitz at Nuremberg, a reappraisal: War crimes and the military professional. Amber Pub. Corp. 1976.
  • Werner, Herbert A. Iron Coffins: A U-boat Commander's War, 1939–45. 1999. ISBN 0-304-35330-2
  • Prien, Gunther. Fortunes of War: U-boat Commander. 2000. ISBN 0-7524-2025-9
  • Herwig, Holger H. Innovation ignored: The Submarine problem in Murray, Williamson and Millet Allan R. ed. "Military Innovation in the Interwar Period". Cambridge University Press 1998
  • Failure to Learn: American Anti-submarine Warfare in 1942 in Cohen, Eliot A. and Gooch, John. Military Misfortunes Vintage Books 1991

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pegawai tentera
Didahului oleh
Erich Raeder
Panglima Besar Kriegsmarine
1943–1945
Diikuti oleh:
Hans-Georg von Friedeburg
Jawatan politik
Didahului oleh
Adolf Hitler
(sebagai Führer dan Canselor)
Presiden Jerman
1945
Diikuti oleh:
Pendudukan Tentera Bersekutu 1945–1949
Dibahagikan kepada Timur and Barat pada 1949

Jerman Barat: Theodor Heuss
Jerman Timur: Wilhelm Pieck
Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Hein ter Poorten
Kulit Depan Majalah Time
2 Februari 1942
Diikuti oleh:
Robert A. Lovett
Didahului oleh
Kenneth Arthur Noel Anderson
Kulit Depan Majalah Time
10 Mei 1943
Diikuti oleh:
Harold L. George
  1. ^ Grier 2007, m/s. 256, Footnote 8, Chapter 10.
  2. ^ a b Haarr 2012, m/s. 493.
  3. ^ Zabecki 2007, m/s. 65–67.
  4. ^ Terraine 1989, m/s. 614–615.
  5. ^ a b Niestlé 1998, m/s. 4.
  6. ^ Hamilton 1996, m/s. 285, 286.