Pergi ke kandungan

Susanna Liew

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Susanna Liew
Susanna Liew pada tahun 2020
Warganegara Malaysia
PekerjaanPengetua sekolah, guru
OrganisasiHope Community
Terkenal keranapemprotes terhadap penculikan suaminya di Malaysia
PasanganPaderi Raymond Koh

Susanna Liew ialah seorang pemprotes Malaysia terhadap penculikan dan kehilangan suaminya di Malaysia dan telah menyaman pegawai tinggi kerana mereka gagal menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.

Pada tahun 2020, beliau merupakan salah satu pemenang bagi Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa 2020 atas pendiriannya.

04 Mac 2020, Susanna Liew bersama dengan Wanita Pertama AS Melania Trump dan Setiausaha Negara AS ke-70 Mike Pompeo di Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa, Jabatan Negara Amerika Syarikat, AS

Liew adalah seorang guru dan pengetua sekolah. Pada 2004, Liew bersama dengan suaminya Paderi Raymond Koh, mereka telah menubuhkan sebuah organisasi bernama Hope Community untuk membantu orang yang dalam kemiskinan.[1]

Pada bulan Februari 2017 kereta suaminya telah dikepung oleh kereta lain dan didakwa telah diculik. Kamera keselamatan menunjukkan beberapa kenderaan dan dua motosikal yang menutup jalan semasa penculikan selama 40 saat.[2] Beliau tidak kelihatan sejak kejadian itu.[3]

Liew dengan tekun dan terus meminta pegawai Malaysia melaporkan kepadanya mengenai siasatan mereka. Seorang pegawai kanan telah melarang orang bawahannya daripada bercakap dengan media mengenai kes itu tetapi dia terus melakukannya. Beliau bertanya tentang suaminya tetapi juga mengenai orang lain yang hilang dari agama minoriti. Kes-kes yang telah diusahakannya termasuk pasangan Kristian yang hilang, Ruth Sitepu, Joshua Hilmy[1][4] dan Amri Che Mat.[3]

Pada bulan Februari 2020 beliau mengumumkan akan menyaman sesetengah individu kes di Malaysia. Kes itu tidak ditunda kerana hampir tiga tahun sejak penculikan suaminya dan menyifatkan kes suaminya tidak terlalu lama.[3]

Pada 04 Mac 2020, Liew telah diiktiraf sebagai salah satu pemenang Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa 2020 oleh Wanita Pertama AS Melania Trump dan Setiausaha Negara AS ke-70 Mike Pompeo bagi pendiriannya terhadap pihak berkuasa, kerana beliau berasa mereka yang telah diculik juga mempunyai hak sebagai orang rakyat Malaysia untuk mengetahui kebenaran yang sebenar atas apa yang telah berlaku kepada mereka.[5][6]

  1. ^ a b Biographies of the Finalists for the 2020 International Women of Courage Awards dari Jabatan Negara Amerika Syarikat pada 04 Mac 2020
  2. ^ "MALAYSIA - Where is Pastor Raymond Koh?". Release International (dalam bahasa Inggeris). 2020-02-13. Dicapai pada 2020-03-16.
  3. ^ a b c Chin, Emmanuel Santa Maria. "Pastor Koh's wife sues IGPs, others over his 'enforced disappearance' | Malay Mail". www.malaymail.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-03-16.
  4. ^ "Ruth Sitepu's family hopes for answers into couple's disappearance in Suhakam inquiry | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2020-03-16.
  5. ^ "Pastor Koh's wife Susanna Liew named 2020 International Woman of the Year | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2020-03-16.
  6. ^ "2020 International Women of Courage Award : Secretary of State Michael R. Pompeo and First Lady Melania Trump honored a group of extraordinary women with the 2020 Secretary of State’s International Women of Courage (IWOC) Award on Wednesday, March 4, 2020 at the Department of State dari Jabatan Negara Amerika Syarikat pada 04 Mac 2020