Suwaybit ibn Harmalah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Suwaybit ibn Harmalah ( Bahasa Arab - سويبت بن حرملة ) adalah seorang sahabat yang dijual oleh An-Nuayman bin Amr semasa berdagang di Basrah di mana dia dipertanggungjawabkan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq untuk menjaga makanan dan peruntukan para sahabat yang lain.

Kisah Nuayman Menjual Suwaybit[sunting | sunting sumber]

Semasa Suwaybit sedang menjalankan tugas, Nuayman memintanya sedikit makanan untuk mengalas perut. Suwaybit enggan memberi makanan kepada Nuayman dan Nuayman berkata kepadanya "Adakah anda tahu apa yang saya akan lakukan lagi dengan kamu?". Nuayman terus memberi amaran dan ancaman tetapi Suwaybit masih enggan untuk memberi makanan kepada Nuayman.

An-Nuayman kemudian pergi kepada sekumpulan orang-orang Arab di Suq (pasar) dan berkata kepada mereka, "Adakah anda ingin mempunyai hamba yang kuat dan tegap yang saya boleh jual kepada anda".

Mereka bersetuju dan an-Nuayman meneruskan, "Dia itu pandai bercakap dan sangat petah. Dia akan menentang anda dan berkata, 'Saya orang yang bebas' tapi janganlah dengar cakapnya itu."

Orang tersebut membayar harga hamba - sepuluh qala'is (keping emas) dan an-Nuayman menerimanya dan transaksi berjalan dengan lancar sekali seperti tiada muslihat di sebaliknya. Pembeli mengiringi beliau untuk mengambil 'hamba'nya. Nuayman terus menunjuk ke Suwaybit dan berkata: "Inilah hamba yang saya jual kepada anda."

Lelaki tersebut memegang Suwaybit dan terus dia berseru sekuat hati untuk dibebaskan. "Saya orang bebas. Saya Suwaybit ibn Harmalah..."

Tetapi mereka tidak menghiraukannya dan mengheretnya di leher seperti yang biasa dilakukan dengan mana-mana hamba.

Selama kejadian itu, an-Nuayman tidak ketawa atau mengelipkan kelopak mata pun. Beliau kekal tenang dan benar-benar serius manakala Suwaybit terus berkeras. Rakan dagangan sekumpulan dengan Suwaybit menyedari apa yang berlaku, bergegas mencari Abu Bakar, pemimpin kafilah itu, yang datang berlari sepantas yang boleh. Beliau menjelaskan kepada pembeli apa yang telah berlaku dan supaya mereka mebebaskan Suwaybit dan mempunyai wang mereka kembali. Abu Bakar kemudian ketawa terbahak-bahak dan begitu juga Suwaybit dan an-Nuayman. Kembali di Madinah, kisah itu diceritakan kepada Nabi dan para sahabat, mereka semua turut ketawa.