Syuja bin Wahab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Syuja bin Wahab
شجاع بن وهب
Meninggal dunias. 633 TM
Military service
KesetiaanKhulafa al-Rasyidin
Pertempuran

Syuja bin Wahab al-Asadi (Bahasa Arab : شجاع بن وهب الأسدي) (meninggal dunia 633 TM) ialah seorang sahabat terkemuka Nabi Muhammad s.a.w. pada zaman jahiliah[1] yang pernah menyertai peperangan Badar dan Uhud. Beberapa sumber juga mengatakan bahawa baginda Muhammad s.a.w. menghantar beliau sebagai salah seorang penghantar surat kepada raja-raja dunia pada masa baginda.[2] Selain itu, hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Zuhri mengatakan bahawa Syuja ialah utusan Muhammad yang dihantar kepada raja Parsi Khusrau II. Beliau yang menyerahkan surat yang dihantar oleh Nabi Muhammad kepada Khusrau.[3]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Nama sebenar Syuja bin Wahab ialah Syuja dan nama panggilannya ialah Abu Wahab. Ayah beliau bernama Wahab bin Rabiah.[4] Pada zaman jahiliah, beliau diupah bekerja oleh suku Bani Abd-Shams daripada bangsa Quraisy.[4]

Syuja merupakan antara pemeluk Islam yang terawal. Diseksa kaum musyrik Makkah, Syuja berpindah dengan saudaranya Aqabah bin Wahab ke Habsyah mengikut rombongan kedua penghijrah.[5] Semasa berada di Habsyah, terdapat khabar angin bahawa semua penduduk Makkah bersumpah setia kepada Muhammad, maka beliau pulang ke Makkah. Setibanya di sana, beliau mendapati ia berita palsu, dan selepas tinggal di Makkah selama beberapa hari beliau berhijrah ke Madinah. Selepas hijrahnya ke Yathrib, Nabi Muhammad menjalinkan tali persaudaraan antara beliau dan Aus bin Khawli.[2][6][7]

Nabi Muhammad menghantar Syuja dengan 24 orang ke Bani Amir, salah satu cabang suku Hawazin, pada Rabiulawal tahun 8 Hijrah, di kawasan "al-Si", di belakang daerah Rikbah bersebelahan dengan daerah al-Ma'dan, lima malam dari kota. Baginda memerintahkan beliau untuk menyerang mereka dengan taktik lain, maka beliau berjalan di malam hari dan bersembunyi di siang hari, dan akhirnya menggempurkan Bani Amir. Mereka mendapat banyak rampasan—antaranya banyak unta, biri-biri dan kambing—yang mereka ambil apabila tiba di Madinah. Misi mereka mengambil masa lima belas malam.[8]

Setelah kembali dari Hudaibiyah, Nabi Muhammad mengutusnya dengan surat kepada berbagai raja. Dalam surat baginda kepada Harit bin Abu Syamir al-Ghassani,[2] pemerintah Ghutah berhampiran Damsyik, Nabi Muhammad memaklumkan bahawa Harith al-Ghassani boleh simpan kerajaannya jika menerima Islam."

Harith menolak ajakan beliau. Namun begitu, menantunya Murai memeluk Islam dan memberikan salam secara rahsia kepada Nabi Muhammad melalui Syuja.[3]

Semasa kekhalifahan Abu Bakar, khalifah pertama Islam, Syuja terbunuh dalam Perang Yamamah (12 Hijrah) melawan Musailamah.[9] Beliau berumur lebih kurang 40 tahun.[10][11] Penampilannya seperti seorang lelaki tinggi kurus bertubuh bongkok.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ibnu Abdulbar; Al-Isti'āb; jil. 3, m/s 138
  2. ^ a b c Hayatus Sahaba; jil. 1, m/s 127 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Hayatus Sahaba 1:127" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ a b Hayatus Sahaba; jil. 1, m/s 136 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Hayatus Sahaba 1:136" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ a b Ali ibn al-Athir; Usa al-Gabah; jil. 2, m/s 386
  5. ^ Ibn Hajar al-Asqalani, Al-Iṣābah; jil. 3, m/s 138
  6. ^ الطبقات الكبرى لابن سعد - شُجَاعُ بْنُ وَهْبِ (1) Diarkibkan 2016-12-27 di Wayback Machine
  7. ^ أسد الغابة في معرفة الصحابة - شجاع بن أبي وهب Diarkibkan 2016-12-27 di Wayback Machine
  8. ^ سرية شجاع بن وهب الأسدي إلى هوازن شبكة الألوكة. وصل لهذا المسار في 27 ديسمبر 2016 Diarkibkan 2017-02-02 di Wayback Machine
  9. ^ Ibnu Hajar al-Asqalani, Al-Iṣābah; jil. 2, m/s 138
  10. ^ الطبقات الكبرى لابن سعد - شُجَاعُ بْنُ وَهْبِ (2) Diarkibkan 2016-12-27 di Wayback Machine
  11. ^ أسد الغابة في معرفة الصحابة - شجاع بن أبي وهب Diarkibkan 2016-12-27 di Wayback Machine
  12. ^ الطبقات الكبرى لابن سعد - شُجَاعُ بْنُ وَهْبِ (1) Diarkibkan 2016-12-27 di Wayback Machine