Tabitha Brown

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tabitha Brown
Brown pada 2013
Kelahiran
Tabitha Bonita Brown[1][2]

(1979-02-04) 4 Februari 1979 (umur 45)[3]
Pekerjaan
Tahun aktif2002–kini
Anak-anak3
Laman web rasmiiamtabithabrown.com

Tabitha Bonita Brown (lahir 4 Februari 1979) merupakan selebriti media sosial dan pelakon Amerika Syarikat. Brown terkenal melalui akaun media sosialnya di Facebook, Instagram, dan TikTok dengan video dan muat naiknya mengenai resepi makanan vegan, tips merawat diri, humor, dan video-video motivasi. Beliau juga dikenali dengan gelaran "America's Mom". Brown mula aktif di TikTok sejak Mac 2020 selepas anak perempuannya meyakinkannya bahawa beliai boleh menjadi contoh ibu untuk anak muda yang menggunakan media sosial. Brown pernah menjadi pelakon undangan dalam siri televisyen Switched at Birth (2011) dan Will & Grace (1998). Beliau dan keluarganya kini menetap di Los Angeles, California.[4]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Brown dilahirkan dan dibesarkan di Eden, North Carolina. Beliau belajar dalam jurusan reka bentuk fesyen di Universiti Antarabangsa Miami bagi Seni & Reka, tetapi memutuskan untuk berhenti sekolah pada usia 19 tahun dan berpindah ke Laguna Niguel, California. Selepas mengalami masalah kewangan, beliau dan suaminya memutuskan untuk kembali ke North Carolina, di mana beliau tinggal selama lima tahun. Beliau kemudian melahirkan anak pertamanya, Choyce, di sana. Ibu Tabitha meninggal pada usia 51 tahun kerana ALS (sklerosis lateral amiotropik).[5]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum memutuskan untuk menjadi persona media sosial, Brown meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan. Beliau 'dipaksa' oleh industri untuk menutupi dialek selatannya dan memanjangkan dan meluruskan rambutnya. Brown berpendapat bahawa mungkin itulah yang dikehendaki oleh Hollywood. Beliau selalu berfikir bahawa kesakitan dan kemurungan kroniknya sedikit sebanyak dipengaruhi oleh tekanan ini.[6]

Pada 2020, Brown menandatangani kontrak dengan Creative Arts Agency untuk memiliki tayangan sendiri yang mengangkat kehidupan sehariannya, sesuatu yang telah diimpikannya sejak lama.[4] Sepanjang pandemk COVID-19, Brown mula diminati oleh remaja dan kaum dewasa muda. Video-video yang ia diumatnaik dianggap mampu memberikan ketenangan dan mengurangkan masalah yang dialami oleh setiap orang sepanjang pandemk.[7]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Brown telah mengikuti gaya hidup vegan sejak menderita penyakit yang panjang. Pada Januari 2016, dia terbangun dari tidurnya dan merasa pening yang kuat dan berterusan. Sakit kepala ini datang dengan keletihan yang tinggi dan kesakitan, kegelisahan, dan kemurungan yang teruk. Beliau mula beralih ke gaya hidup veganisme setelah menonton dokumentari What the Health di [[Netflix]) pada tahun 2017.[4] Tabitha berkahwin dengan Chance Brown dan telah memiliki dua anak, iaitu Choyce (perempuan) dan Quest (lelaki).[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tabitha Bonita Brown (born 4 Feb 1979) - United States Public Records". FamilySearch. United States Public Records. Dicapai pada July 1, 2020.
  2. ^ "Resume - Tabitha Bonita Brown". Nowcasting.com. Dicapai pada 15 July 2020.
  3. ^ Tabitha Brown [@IAmTabithaBrown] (February 4, 2019). "It's my birthday!!!! Feb 4th [...] Omg I'm 40 THANK YOU…" (Twit) – melalui Twitter.
  4. ^ a b c Mignucci, Melanie (2020-05-12). "Why we're all obsessed with Tabitha Brown right now". Bustle. Dicapai pada 2020-07-19.
  5. ^ Brown, Busta (2020-07-15). "Busta's Person of the Week: Tabitha Brown is 'America's Mom' and the face of the vegan community". WS Chronicle (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-19.
  6. ^ Reed, Anika. "Tabitha Brown, more Black creators and celebs are focusing on joy amid pandemic, trauma". USA TODAY (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-19.
  7. ^ a b Garcia, Sandra E.; Rago, Rozette (2020-05-13). "The joy of vegan cooking, 60 seconds at a time". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2020-07-19.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]