Tahil
Tahil (Jawi: تهيل , ejaan lama تاهل) ialah satu unit sukatan berat digunakan di rantau-rantau Asia Timur dan Tenggara yang lebih kurang bersamaan dengan 37.8 gram,[1] dan juga bermaksud jongkong tahil China (Cina: 両, liǎng dalam bahasa Mandarin, leung dalam bahasa Kantonis[2]), sebagai sebahagian sistem sukatan dan matawang China.
Terdapat pelbagai piawaian sukatan tahil bergantung pada setempat dan jenis dagangan. Secara amnya, tahil perak beratnya kira-kira 40 gram. Sukatan kerajaan yang paling kerap digunakan ialah tahil kùpíng (庫平 "perbendaharaan") yang beratnya kira-kira 37.3 gram. Satu lagi sukatan komersial yang sering digunakan, iaitu tahil cáopíng (漕平 ) terdiri daripada perak kurang tulen yang beratnya 36.7 gram.
Peristilahan
[sunting | sunting sumber]Nama-nama setempat diberi untuk unit ini adalah seperti berikut:
- Bahasa Cina: liǎng, 两 (aksara ringkas) atau 兩 (aksara tradisional)
- Jepun: 両 ・ りょう ryō (ejaan kana lama: りゃぅ)
- Korea: 兩 / 냥 nyang atau 량 ryang
- Bahasa Vietnam: lượng
- Bahasa Thai: ตำลึง tamlueng, 1 unit bersamaan 4 baht[3] (60 gram moden)
- Portugis: tael , juga diserap kepada bahasa Inggeris[4]
Unit tahil juga pernah diseertikan dengan bungkal (Jawi: بڠكل) di mana 16 kali kedua-dua unit ini bersamaan 1 kati atau 1/13 auns,[5] namun timbangan bungkal beralih pada abad ke-19 di mana 12 bungkal bersamaan 1 kati.[6]
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Zaman dahulukala
[sunting | sunting sumber]Nama tahil dipakai jua kepada matawang emas dari kerajaan Sailendra berberat 2.5 Gram.[7]
Kesultanan Melaka menetapkan timbangan tahil kepada pecahan-pecahan berikut:
- 16 mayam (1 mayam = 12 kenderi) = 1 tahil[8]
- 16 mas atau emas (Jawi: امس) bersamaan 1 tahil[9][10]
- 12 tahil = 1 dram[10]
- 16 tahil = 1 kati
- 1,600 tahil = 1 pikul[10]
Penerusan pada zaman moden
[sunting | sunting sumber]Perdagangan emas masih terus menggunakan unit tahil yang disamakan dengan 1.203370 auns troy.[11]
Di Malaysia
[sunting | sunting sumber]Unit tahil berkesinambungan selepas merdekanya Malaysia di mana ukuran berat satu tahil ditetapkan bersamaan dengan 37.7994 gram,[12] namun ada yang menganggarkan ia kurang sedikit pada 3.75 gram dalam konteks tertentu seperti menyukat bahan ramuan dalam resipi.[13] Selain itu, satu cupak beras juga dikira bersamaan tahil. Ketika penukaran kepada sistem metrik dilaksanakan kerajaan Malaysia pada tahun 1977, berat penukaran yang ditetapkan adalah 1 gram bersamaan 0.0264554 tahil.[14]
Di Singapura
[sunting | sunting sumber]Singapura menetapkan timbangan satu tahil dalam Akta Timbangan dan Ukuran 1985 juga sebagai 37.7994 gram metrik.[15]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "tahil". www.sizes.com.
- ^ "Weights and Measures Ordinance". The Law of Hong Kong.
- ^ Royal Institute (2003), พจนานุกรม ฉบับราชบัณฑิตยสถาน พ.ศ. ๒๕๔๒ (Royal Institute Dictionary, BE 2542) (dalam bahasa Thai), Bangkok: Nanmee Books Publications, ISBN 974-9588-04-5, diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-03.
- ^ Lim, Lisa (18 Januari 2018). "How catty and tael entered the English language, along with picul, mace and candareen – Asian weight measurements". Post Magazine. South China Morning Post.
- ^ Wilkinson, Richard James (1901). "bungkal". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 104. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
- ^ Pamphlet of information for travellers. Federated Malay States Railways. 1921. m/s. 5 – melalui Cornell University Library.
- ^ Gambar: [1]
- ^ Wan Norasikin Wan Ismail (April 2020). "Kosa kata metrologi Melayu". Dewan Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. m/s. 16–19.
- ^ Wilkinson, Richard James (1901). "emas". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 37. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
- ^ a b c Shaharir bin Mohamad Zain (2012). Istilah dan Konsep Pengukuran Tradisional Alam Melayu. Pulau Pinang, Malaysia: Penerbit Universiti Sains Malaysia. m/s. 12. ISBN 978-983-861-572-3.
- ^ "Methodology note". World Gold Council. 2021. Dicapai pada 2 Julai 2021.
- ^ Jenis Beras Untuk Fidyah Puasa
- ^ Waddiah. "Artikel: Timbangan dan sukatan". Alaf 21. Dicapai pada 2 Julai 2021.
- ^ SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 13 TAHUN 1977.
- ^ "Weights and Measures Act (CHAPTER 349) Third Schedule". Singapore Statutes Online. Pemerintah Singapura. Dicapai pada 2 Julai 2021.