Takeda Katsuyori

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

thumb|Takeda Katsuyori, Japan Takeda Katsuyori(武田 勝頼?, 1546 – 3 April 1582) ialah seorang Daimyo dari zaman sengoku, sekaligus sebagai ketua Puak Takeda dan anak dari Daimyo yang dianggap Legenda pada masanya Takeda Shingen. Ia merupakan Putera kedua dari Takeda Shingen dengan Suwa Goryonin, Puteri Suwa Yorishige.

Katsuyori juga dijukuki sebagai Suwa Shirō Katsuyori. Katsuyori menjadi penerus Puak Suwa dari Ibunya dan memperoleh Istana Takato sebagai Penguasa Tunggal selepas kakaknya Takeda Yoshinobu meninggal dunia. Anaknya Takeda Nobushige menjadi pewaris Takeda, klaim tahta Katsuyori semakin kuat di klan Takeda. Dia mengambil alih Klan Takeda selepas Kematian Takeda Shingen dan berperang menghadapi Tokugawa Ieyasu di Pertempuran Takatenjin pada 1574 dan pada Nagashino di 1575. Dia mampu berjaya menewaskan Ieyasu di Takatenjin, yang malah ayahnya tidak mampu menang di wilayah Takatenjin, tetapi ironi Katsuyori mendapat kekalahan yang mengerikan di Nagashino. Di mana pada mara pertempuran, lebih dari separuh tenteranya binasa.

Katsuyori juga mendapat ugutan keras dari Puak Hojo kerana membantu Uesugi Kagekatsu melawan Uesugi Kagetora yang merupakan anak ketujuh Hojo Ujiyasu, Kagetora ialah anak angkat Uesugi Kenshin dan pewaris Puak Uesugi.

Dia kehilangan wilayah paling strategisnya, Takatenjin pada tahun 1581 oleh Pasukan Puak Kiso dan Puak Anayama. Setelah kekalahan Katsuyori di Nagashino, Daimyo itu menjadi sering diremehkan oleh Puak tetangga yang lebih kecil. Pasukannya pun berjaya dihancurkan oleh pasukan Gabungan Oda Nobunaga dan Tokugawa Ieyasu di Penghalauan Temmokuzan 1582, selepas itu Katsuyori, Sang Isteri, anaknya Takeda Nobushige dan beberapa pelayan kerajaan melakukan Senpukku.

Terdapat khabar yang mengatakan Oda Nobunaga gembira ketika melihat kepala Katsuyori terpisah dari badan.