Pertempuran Nagashino

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran Nagashino
Sebahagian daripada the tempoh Sengoku

Jeneral melepaskan tenteranya untuk menyerang istana kota Nagashino pada 1575, oleh Yoshitoshi
Tarikh28 Jun 1575
Lokasi
Keputusan Kepungan gagal; Oda-Tokugawa menang
Pihak yang terlibat
Pasukan Takeda Gabungan pasukan Oda dan Tokugawa
Komandan dan pemimpin
Takeda Katsuyori, Anayama Nobukimi, Takeda Nobukado, Takeda Nobutoyo Oda Nobunaga, Tokugawa Ieyasu, Okudaira Sadamasa
Kekuatan
15,000 38,000
Kerugian dan korban
Antara 3,000 dan 10,000 terkorban, termasuk 54 ketua samurai
Takeda Nobuzane
Baba Nobufusa
Yamagata Masakage
Naito Masatoyo
Hara Masatane
Sanada Nobutsuna
Sanada Masateru
Kasai Mitsuhide
Wada Narishige
Yonekura Shigetsugu
Tidak diketahui

Pertempuran Nagashino (Jepun: 長篠の戦い, Hepburn: Nagashino no Tatakai) berlangsung pada 1575 berhampiran Istana kota Nagashino (長篠城) di dataran Shitaragahara (設楽原) dalam daerah Mikawa (三河) of Japan. Istana kota tersebut telah dikepung oleh Takeda Katsuyori (武田勝頼) sejak 17 Jun; Okudaira Sadamasa (奥平貞昌), suruhan shogun Tokugawa memimpin pasukan bertahan. Istana kota itu diserang kerana ia mengancam garis bekalan Takeda.

Kedua-dua Tokugawa Ieyasu (徳川家康) dan Oda Nobunaga (織田信長) menghantar tentera bagi membebaskan kepungan dan akibatnya Takeda Katsuyori (武田勝頼) dikalahkan. Kemenangan taktik barat Oda dan kejayaan senjata api mengatasi serbuan pasukan berkuda Takeda sering kali disebut sebagai titik perubahan dalam perperangan Jepun; ramai menyebutnya sebagai pertempuran Jepun moden. Sebenarnya, serbuan tentera berkuda hanya diperkenalkan satu generasi terdahulu oleh bapa Takeda, Takeda Shingen (武田信玄). Tambahan lagi senjata api telah digunakan dalam pertempuran lain. Ciptaan Oda Nobunaga adalah galang kayu dan sistem tembakan bergilir yang mendorong kepada kemenangan mutlak di Nagashino.

Pertempuran[sunting | sunting sumber]

Oda Nobunaga dan Tokugawa Ieyasu membawa sejumlah 38,000 tentera bagi memecahkan pengepongan istana kota oleh Takeda Katsuyori. Dari 15,000 pengepung Takeda asal, hanya 12,000 berhadapan dengan tentera Oda-Tokugawa dalam pertempuran ini. Oda dan Tokugawa meletakkan kedudukan tentera mereka di seberang dataran dengan istana kota, di belakang Rengogawa (連吾川), anak sungai yang tebing curamnya akan melambatkan serbuan tentera berkuda suku Takeda yang terkenal.

Untuk melindungi tentera tarkulnya (arquebus, yang bakal menjadikan dirinya terkenal, Nobunaga membina sejumlah galang kayu, bagi menempatkan penembaknya bagi menyerang tentera berkuda Takeda secara serentak. Galang kayu itu bertujuan mematahkan kuasa serbuan tentera berkuda, memberikan perlindungan dari libasan pedang dan tujahan lembing, dan juga memberikan sedikit perlindungan dari anak panah. Pintu atau laluan tidak sejajar dan kedudukan galang yang bertindan ditempatkan bagi menyalur pasukan berkuda melalui saluran di mana mereka menjadi sasaran tembakan senjata api, panah, pedang dan tujahan lembing dari tentera yang bertahan di belakang galang kayu tersebut. Terdapat juga sekitar tiga penembak bagi setiap empat samurai berkuda Takeda. Manakala tentera Oda, sekitar 1,000-1,500 tentera merupakan tentera samurai bersenjata senapang tarkul (sementara kebanyakan sumber Inggeris menyenaraikan 3,000 sebagai jumlah tentera bersenjata tarkul, sebahagian besar pakar sejarah Jepun kini bersependapat bahawa dokumen yang digunakan sebagai sumber jumlah senapang yang digunakan telah ditukar dari jumlah asal 1,000 kepada 3,000 semasa tempoh Edo oleh sejarahwan keluarga Tokugawa) dan mereka ditempatkan di bawah pemerintahan horo-shu (母衣衆), atau pengawal peribadi elitnya. Oda menghantar sejumlah kecil tentera bagi mengacah serangan berhadapan menyebabkan Katsuyori untuk bertindak ke atas pasukan Oda.

Tentera Takeda muncul dari hutan dan mendapati diri mereka berada 200-400 meter dari galang Oda-Tokugawa. Jarak yang dekat, kehebatan kuasa serbuan tentera berkuda Takeda, dan hujan lebat yang dijangka oleh Katsuyori akan menjadikan senapang trakul musuh menjadi tidak berguna, menggalakkannya untuk mengarah menyerbu. Tentera berkuda Takeda ketika itu amat digentari oleh pasukan Oda dan Tokugawa, yang mengalami kekalahan dalam Pertempuran Mikatagahara (三方原の戦い).

Pasukan berkuda tersebut lambat meranduk anak sungai, dan ditembak ketika mereka mendaki dasar sungai dalam jarak 50 dari musuh. Ini dianggap jarak optimum bagi menembusi perisai tentera berkuda. Dalam strategi tentera biasa, kejayaan sebarang serbuan tentera berkuda bergantung kepada tentera pejalan kaki memecah barisan agar tentera berkuda mampu membunuh mereka. Jika tidak, serbuan tentera berkuda sering kali gagal – kuda perang yang terlatih sekalipun enggan menerjah merempuh barisan padu musuh.[1]

Disebabkan keganasan serangan askar Pemurah dan kawalan yang ketat oleh horo-shu, tentera Pemurah bertahan dan mampu melepaskan berdas-das tembakan serentak kearah tentera berkuda yang menyerbu. Tentera bertombak Ashigaru menikam menerusi atau melepasi galang ke arah sebarang kuda yang berjaya melepasi barisan penembak awal, dan para samurai, dengan pedang dan lembing pendek, bertempur satu sama satu dengan sebarang pahlawan Takeda yang berjaya melepasi galang kayu. Pertahanan yang kukuh itu pada

Kesannya[sunting | sunting sumber]

Pertempuran[sunting | sunting sumber]

[[Berkas:Battle-of-Nagashino-Map-Folding-Screen-1575.png|kanan|thumb|Pertempuran Nagashino yang tergambar pada skrin Byōbu ]] Menurut Shinchō kōki, Nobunaga dan Ieyasu membawa keseluruhan 38.000 tentera bagi memeceh kepungan-kepungan Katsuyori. Dari keseleruhan 15.000 tentera Puak Takeda, hanya 12.000 tentra saja yang menghadapi ketenteraan Oda–Tokugawa dalam pertempuran ini. Sisa dari 3000 tentera meneruskan pengepungan untuk menghalangi kubu pertahan di istana agar tidak keluar dan bergabung dalam pertempuran. Oda dan Tokugawa memposisikan orang-orang mereka di seberang dataran dari istana, di belakang Rengogawa, sebuah sungai kecil yang tepian curamnya akan melambatkan tentara berkuda Puak Takeda, yang semasa itu sangat ditakuti kerana rekod dalam peperangan.

Berusaha untuk melindungi tentara hinawajū (penembak istinggar). Nobunaga kemudian membina sejumlah palisade-palisade kayu lalu ditancapkan semua ke dalam bentuk zig-zag. Menyiapkan hinawajū yang ia punya dengan menyerang kavaleri Takeda.[2][3] Fungsyen kubu palisade yang dibina oleh Nobunaga ini, melambatkan serangan-serangan pasukan berkuda.

Jumpah keseluruhan bilangan pasukan Oda, diperkirakan terdiri atas 10,000 hinawajū Ashigaru, 3.000 penembak istinggar terbaik ditempatkan di tiga pangkatan di bawah kepemimpinan Narimasa Sassa, Toshiie Maeda dan Tadakatsu Honda. Agar puak takeda tertipu oleh siasatan dari Nobunaga, Tadayo Ōkubo dan Nobumori Sakuma ditempatkan di luar kubu pertahan sambil pura-pura berundur. Katsuie Shibata dan Hideyoshi Toyotomi melindungi sayap kiri. Di pihak Tajeda, Katsuyori mengkongsi pasukannya menjadi empat divisyen dari yang berjumlah masing-masing sekitar 3.000, dengan Baba Nobuharu di sebelah kanan, Naitō Kiyonaga di tengah, Yamagata Masakage di kiri, Katsuyori sebagai cadangan dan sekaligus meneruskan pengepungan.

Serangan kejutan pada malam hari oleh Tadatsugu Sakai membunuh Takeda Nobuzane, adik Shingen Takeda.::85

Pada pagi hari, Tentera Takeda muncul dari hutan dan mendekat sekitar 200-400 meter dari kubu pertahanan palisade Oda-Tokugawa. Jarak tembak yang pendek, kehebatan pasukan berkuda Takeda dan hujan lebat. Hal ini membuat Katsuyori berfikit bahawa senjata istinggar tidak akan berguna melawan tenteranya. Sebelumnya pasukan Oda dapat berjaya dikalahkan Takeda dalam Pertempuran Mikatagahara.[4]

Kuda-kuda yang berlari kencang melambat saat akan menyeberangi sungai dan pada saat itu tentera Takeda terkena tembakan dari jarak 50 meter jauhnya. Pada jarak yang cukup jauh itu, istinggar sudah mampu untuk menembus zirah samurai milik pasukan berkuda musuh. Dalam siasat tentera/ketenteraan yang khas, kejayaan pasukan berkuda bergantung pada pasukan infantri. Begitupun sebaliknya, hal yang berlaku di Nagashino tidaklah demikian. Pasukan berkuda maju paling depan sementara pasukan pejalan kaki baru mengikuti dari belakang. [5]

Pasukan berkuda Takeda dihujani peluru-peluru istinggar yang seakan tiada henti dati Ashigaru Nobunaga. Serangan demi serangan mampu dihalau oleh Nobunaga. Di saat yang bersamaan apabila Pasukan Berkuda sudah sangat dekat dengan palisade, Ashigaru menukar istinggar dengan tombak lalu membajau beramai-ramai musuh yang mencuba menghancurkan kubu pertahanan. Di celah pertahanan sekitar lembah pun, Puak Takeda tak berjaya bagi menembus dikarenakan tentu saja Nobunaga telah memperkirakan hal itu dan menempatkan pasukan berkudanya di sana. Menjelang tengah hari, tentera Takeda berundur dengan menahan malu. Kemudian pasukan Oda dengan penuh semangat mengejar tentera-tentera itu.

Menurut Shinchō kōki, Takeda kehilangan 10.000 orang, dua pertiga dari pasukannya yang mengepung.

Hampir semua Jeneral Shingen Takeda, Ayah Katsuyori mati dalam pertempuran ini, termasuk Nobuharu Baba, Masatane Hara, Nobutsuna Sanada dengan adiknya Masateru Sanada, Masakage Yamagata, Moritomo Saegusa, Masatsugu Tsuchiya dan Masatoyo Naitō. Masamori Obata menerima luka tembak sampai cacat.::91

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ A History of Warfare - Keegan, John
  2. ^ Sansom, George (1961). A History of Japan, 1334–1615. Stanford University Press. m/s. 287. ISBN 0804705259.
  3. ^ Sato, Hiroaki (2012). Legends of the Samurai. New York: Overlook Duckworth. m/s. 227–28. ISBN 9781590207307.
  4. ^ Turnbull, Stephen (2000). The Samurai Sourcebook. London: Cassell & Co. m/s. 226–27. ISBN 1854095234.
  5. ^ A History of WarfareKeegan, John
  • Lamers, Jereon P (2000). 'Japonius Tyrannus'. Leiden: Hotei Publishing.
  • Turnbull, Stephen (1998). 'The Samurai Sourcebook'. London: Cassell & Co.
  • Turnbull, Stephen (2000). 'Nagashino 1575: Slaughter at the Barricades'. Oxford: Osprey Publishing.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]