Tokugawa Ieyasu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Shogun Tokugawa Ieyasu

Tokugawa Ieyasu (徳川 家康; lahir di Okazaki, 31 Januari 1543 – meninggal di Shizuoka, 1 Jun 1616 pada umur 73 tahun; lahir dengan nama Matsudaira Takechiyo 松平 竹千代) adalah seorang daimyo dan shogun di Jepun. Beliau merupakan pendiri Keshogunan Tokugawa yang memerintah Jepun sejak menewaskan Ishida Mitsunari dalam Pertempuran Sekigahara pada tahun 1600 hingga Pemulihan Meiji pada tahun 1868. Bersama dengan Toyotomi Hideyoshi dan Oda Nobunaga, Ieyasu adalah salah satu dari tiga penyatu Jepun pada zaman Sengoku. Beliau memerintah dari tahun 1600 (rasminya 1603) hingga turun takhta pada tahun 1605.