Takfir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Takfir atau takfeer (Bahasa Arab: تكفير) adalah amalan mengkafirkan seseorang atau kumpulan yang Muslim.

Syarat[sunting | sunting sumber]

Pengistiharan takfir dibuat hanya jika seseorang Muslim itu mengisytiharkan dirinya sebagai kafir, tetapi lazimnya berlaku apabila tindakan atau kenyataan individu/kumpulan terbabit menunjukkan secara terang-terangan meninggalkan ajaran Islam. Hukum bagi mereka yang meninggalkan Islam atau murtad, mengikut tafsiran tradisi, adalah bunuh. Bagaimanapun, syarat-syarat menjatuhkan hukuman takfir sangat ketat selalunya memerlukan bukti yang kukuh, dan mahkamah atau seorang alim untuk mengeluarkan fatwa takfir ke atas individu atau kumpulan terbabit.

Terdapat perbezaan dalam pelbagai aliran atau mazhab tentang justifikasi yang cukup untuk takfir. Bagi sunni, melakukan dosa secara umum tidak cukup untuk mengisytiharkan seseorang menjadi kafir, tetapi menafikan prinsip asas Islam sudah cukup. Seorang pembunuh misalnya masih boleh dianggap seorang Muslim selagi dia sedar membunuh adalah dosa dalam Islam. Tetapi seorang pembunuh menjadi kafir jika dia mengatakan membunuh bukan dosa dalam Islam. Contoh melampau adalah golongan awal khawarij yang menganggap Muslim yang berdosa bukan lagi Muslim berbeza dengan pandangan golongan Islam lain.

Sesetengah Muslim berpendapat takfir (mengkafirkan orang lain) hanyalah prerogatif Nabi yang mendapat ilham dari wahyu atau negara yang mewakili ummah keseluruhannya[1].

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Antara contoh terawal amalan takfir adalah semasa zaman Khalifah Abu Bakr sebagai tindakan terhadap suku Arab yang menolak membayar zakat. Abu Bakr dilaporkan berkata: "Demi Allah, saya akan memerangi sesiapa sahaja yang membezakan antara solat dan zakat".

Dalam peperangan antara pemerintah Umayyah dan Khawarij, golongan Khawarij menggunakan takrif sebagai justifikasi mereka untuk menyerang orang awam dan pandangan mengenai takrif dalam sunni dibina sebagai respons kepada konflik ini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ As if Iftikhar, Murder, Manslaughter and Terrorism -- All in the Name of Allah, Renaissance - Monthly Journal, March & April 1997, Vol. 7 Nos. 3-4, Al-Mawrid.[1]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]