Takur leher emas (burung)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Takur leher emas
Di Taman Mergastua Pangolakha
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Piciformes
Keluarga: Megalaimidae
Genus: Psilopogon
Spesies:
P. franklinii
Nama binomial
Psilopogon franklinii
(Blyth, 1842)
Sinonim

Cyanops ramsayi
Megalaima franklinii

Takur leher emas (Psilopogon franklinii) ialah spesies takur dalam keluarga Megalaimidae. Ia terdapat di Asia Tenggara, di mana ia mendiami hutan pada ketinggian antara 900 dan 2,700 m (3,000 dan 8,900 ka). Ia disenaraikan sebagai Kurang Membimbangkan dalam Senarai Merah IUCN kerana taburannya yang luas dan populasi yang stabil.[1]

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Bucco franklinii ialah nama saintifik yang diusulkan oleh Edward Blyth pada tahun 1842 yang memerihalkan seekor takur hijau terang dengan tekak emas yang dikumpulkan di Darjeeling.[2] Ia disusunkan dalam genus Megalaima yang diusulkan oleh George Robert Gray pada tahun 1842 yang mencadang untuk menggunakan nama tersebut dan bukannya Bucco.[3] Pada abad ke-19 dan ke-20, spesimen zoologi takur leher emas berikut telah diperihalkan:[4]

Penyelidikan filogenetik molekul takur mendedahkan bahawa burung dalam genus Megalaima membentuk klad, yang juga termasuk takur api, satu-satunya spesies yang diletakkan dalam genus Psilopogon ketika itu. Takur yang dahulunya disusunkan dalam genus tersebut telah dilangkelaskan di bawah genus Psilopogon.[9] Dua subspesies takur leher emas diiktiraf setakat 2014:[10]

Pemerihalan[sunting | sunting sumber]

Ia mempunyai buluan atas hijau terang dan buluan bawah hijau kekuningan yang lebih pucat, sayap biru tua dan biru verditer di bawah ekor. Paruhnya hitam suram, dan hitam di sekeliling mata. Dahinya kirmizi dan tekaknya jingga. Tungkainya kehijauan.[2] Panjangnya 20.5–23.5 cm (8.1–9.3 in) dan beratnya 50–101 g (1.8–3.6 oz).[10]

Taburan dan habitat[sunting | sunting sumber]

Bukit Fraser, Malaysia

Ia penetap di Nepal, India, Bhutan, Myanmar, Thailand, Malaysia, Laos, Vietnam, dan tanah besar China. Kehadirannya di Bangladesh tidak pasti. Ia mendiami hutan lembap tropika dan subtropika pada ketinggian 900 hingga 2,700 m (3,000 hingga 8,900 ka).[1]

Pembunyian[sunting | sunting sumber]

Panggilan wilayah jantan ialah pukwowk yang sangat kuat.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c BirdLife International (2016). "Psilopogon franklinii". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22726108A94911504. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22726108A94911504.en. Dicapai pada 19 November 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "iucn status 19 November 2021" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b Blyth, E. (1842). "Notes on various Indian and Malayan birds". The Journal of the Asiatic Society of Bengal. 11 (1): 160–195.
  3. ^ Gray, G. R. (1842). "Appendix to a List of the Genera of Birds". A List of the Genera of Birds (ed. Second). London: R. and J. E. Taylor. m/s. 12.
  4. ^ Peters, J. L., penyunting (1948). "Genus Megalaima G. R. Gray". Check-list of Birds of the World. 6. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press. m/s. 31–40.
  5. ^ Walden, A. (1875). "Descriptions of some undescribed Species of Birds discovered by Lieutenant Wardlaw Ramsay in Burma". The Annals and Magazine of Natural History; Zoology, Botany, and Geology. 4. 15 (8): 400–403.
  6. ^ Robinson, H. C.; Kloss, C. B. (1919). "On Birds from South Annam and Cochin China. Part I. Phasianidæ–Campophagidæ". Ibis. 61 (3): 392–453. doi:10.1111/j.1474-919X.1919.tb02892.x.
  7. ^ Kloss, C. B.; Chasen, F. N. (1926). "Cyanops franklinii minor". Bulletin of the British Ornithologists' Club. 46 (299): 57–58.
  8. ^ Riley, J. H. (1934). "One new Genus and three Races of Birds from the Malay Region". Proceedings of the Biological Society of Washington. 47 (June): 115–117.
  9. ^ Moyle, R. G. (2004). "Phylogenetics of barbets (Aves: Piciformes) based on nuclear and mitochondrial DNA sequence data". Molecular Phylogenetics and Evolution. 30: 187–200. doi:10.1016/S1055-7903(03)00179-9.
  10. ^ a b c Short, L. L.; Horne, J. F. M.; Kirwan, G. M. (2014). "Golden-throated Psilopogon franklinii". Dalam del Hoyo, J.; Elliott, A.; Sargatal, J.; Christie, D. A.; de Juana, E. (penyunting). Handbook of the Birds of the World and BirdLife International Illustrated Checklist of the Birds of the World. 7: Jacamars to Woodpeckers. Barcelona, Spain and Cambridge, UK: Lynx Edicions and BirdLife International.
  • Robson, C. (2002). A Field Guide to the Birds of Thailand. London, Sydney, Auckland: New Holland. ISBN 1-84330-921-1.
  • Grimmett, Inskipp and Inskipp. Birds of India ISBN 0-691-04910-6
  • Ripley, D. (1945). The Barbets. The Auk Vol 62