Talhah ibn Ubaidillah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Talha ibn Ubayd-Allah)

Beliau termasuk salah seorang daripada 10 sahabat yang dijanjikan syurga. Pada awalnya, Talhah ibn Ubaidillah merupakan seorang peniaga kain yang berasal dari Makkah. Kerap berniaga dan membawa barangan berharga di Syria. Ibunya bernama Sa'abah binti al-Hadrami.

Pengislamannya[sunting | sunting sumber]

Beliau masuk Islam setelah berjumpa dengan seorang pendeta Nasrani ketika berniaga di Busra. Ketahanannya diuji dengan seksaan yang diterima oleh beliau dan Abu Bakar ketika di Makkah di mana beliau telah didera oleh ibunya sendiri dan lima orang yang telah diupah oleh ibunya [kerana Talhah ibn Ubaidillah memeluk islam] Beliau sanggup meninggalkan hartanya yang banyak untuk memeluk Islam.

Kelebihan Beliau[sunting | sunting sumber]

Rasulullah menggelarkan beliau sebagai "Syahid yang hidup" kerana keadaan fizikalnya ketika itu yang sudah cedera akibat terlibat dengan banyak pertempuran bersama baginda. Hadis Nabi berkenaan kehebatan beliau:

"Barangsiapa yang ingin melihat syahid yang sedang berjalan di muka bumi ini, lihatlah pada Talhah ibn Ubaidillah"

Jasa dan Perjuangannya[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan pelindung bagi Rasulullah semasa Perang Uhud ketika umat Islam dalam keadaan terdesak akibat serangan kaum Musyrikin Makkah. Terlibat dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine. Ketika Perang Jamal, beliau berada di pihak Saidatina Aishah binti Abu Bakar bersama Zubair ibn Awwam menentang Khalifah Ali bin Abi Talib. Beliau akhirnya terkorban akibat lembing beracun yang dilemparkan oleh Marwan bin al-Hakam.