Taman Akuakultur Udang Bersepadu Permaisuri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Taman Akuakultur Udang Bersepadu Permaisuri diusahakan di tanah seluas 1200 hektar dari Kampung Nyatoh hingga ke Kampung Banggol di dalam Dun Permaisuri, Terengganu.Projek Taman Akuakultur Udang Bersepadu atau 'Integrated Shrimp Aquaculture Park (i-SHARP)' ini bernilai RM200 juta. 500 peluang pekerjaan untuk anak tempatan akan diwujudkan. Pemajunya ialah Blue Archipelago. 10,000 hingga 12,000 tan udang putih dan 5,000 tan udang harimau mengikut piawaian pasaran antarabangsa dapat dikeluarkan. Pengeluaran optimum dijangka melebihi RM100 juta setahun.

2 fasa[sunting | sunting sumber]

Terbahagi kepada 2 fasa.

Kemusnahan akibat air masin[sunting | sunting sumber]

Projek ini melibatkan pembinaan kolam di kawasan paya bertanah rendah yang akan dilimpahi air Sungai Chaluk ketika musim banjir. Tebus guna tanah dilakukan supaya kolam udang berada di paras yang lebih tinggi dari aras banjir. Namun tebus guna kawasan hutan paya gelam akan mengakibatkan tempat pembiakan pelbagai spesis ikan air tawar akan tertimbus.

'Rancangan Tempatan Daerah Setiu' (Setiu Local Plan) 2003-2015, kerajaan negeri telah menetapkan bahawa kawasan tanah lembah adalah kawasan sensitif alam sekitar atau Environmentally Sensitive Area (ESA) dan Setiu Local Plan telah menetapkan di mana hanya aktiviti rekreasi yang dibenarkan untuk dilakukan di kawasan terbabit. 700 hektar kawasan paya hutan gelam akan musnah.

Sisa buangan kolam udang yang dialirkan ke Sungai Chaluk akan memusnahkan ekosistem. Kolam udang ini menggunakan air laut - air masin sepenuhnya.

Tabung Hidupan Liar Dunia, cawangan Malaysia (World Wild Life Fund–WWF) turut tidak menyokong projek ini. Anggaran, 50,000 kilogram garam untuk setiap jam akan dibuang ke dalam sungai dan sungai tidak mampu menetralkannya. Garam, sisa buangan kolam udang yang dicemari virus akan meracuni sepanjang sungai dan Lagun Setiu.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyatakan penggunaan air laut akan menyebabkan kesan resapan air laut ke dalam bumi dari kawasan kolam. Akhirnya nanti, radius 300 km tanah tida dapat dijalankan kegiatan pertanian .[1]

Bantahan penduduk[sunting | sunting sumber]

Sekumpulan pegawai Syarikat Blue Archipelago Berhad dari Kuala Lumpur telah berunding dengan wakil penduduk pada petang Sabtu, 24 Julai 2010 bertempat di Riyaz Heritage, Pulau Duyong. Antara yang hadir ialah Tengku Ahmad Tengku Husin, Cikgu Fauzi Abu Samah dan peguam Fathi Aziz Abu Bakar. Sementara Blue Archipelago diketuai Puan Nor Hayati Awang (Program Director), Wan Nadhri Wan Fauzi (Head Corporate & Legal Affairs), Sharizal Shaarani (Manager Strategic Communications), Mazlan Mahmood (Senior Manager Special Projects), Nazrul Fadhlee Mahmud Zuhodi (Manager Human Resources) dan Tarmizah Tambychik (Manager Group Human Resource & Admin). Turut hadir ialah Dr Azman Ibrahim selaku pengerusi i-BANTAH.

Lesen Menduduki Sementara LMS telah tidak diperbaharui lagi . Pampasan belum selesai tetapi sebahagian kebun penduduk telah diratakan dan tanah telah digali oleh pemaju kolam udang. [2] Era pemerintahan Kerajaan PAS di Terengganu (1999-2004) lot-lot tanah kediaman dan pertanian diagihkan kepada rakyat yang tidak bertanah dalam bentuk RTB . Antaranya ialah RTB Kubang Labi melalui pemberian Lesen Menduduki Sementara (LMS). Seramai 240 orang peserta mengusahakan 500 ekar tanah. Bermula 2002, penduduk mengeluarkan belanja sendiri bagi kerja-kerja pembersihan kawasan hutan dan parit digali bagi mengelakkan air bertakung. Mereka mengusahakan kelapa sawit, nanas, lada, tembikai, sayur-sayuran, tebu dan tidak terkecuali dibina bangsal peliharaan ayam.

selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, kerajaan Terengganu pimpinan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh tidak lagi memperbaharui LMS di RTB Kubang Labi di Kampung Banggol, Permaisuri.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]