Taman Semenyih Indah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Taman Semenyih Indah terletak di mukim Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Taman ini dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang. Taman ini dimajukan oleh anak syarikat Tabung Haji Malaysia itu TH Properties Sdn Bhd sekitat tahun 1999.

Jarak dari pekan Semenyih ke Taman Semenyih Indah 3 kilometer sahaja mengikut Jalan Bangi Lama. Taman-taman yang berhampiran ialah Taman Desa Kenanga, Taman Seri Semenyih , Taman Bangi Jaya dan Taman Dusun Jaya.

Dahulu kawasan ini ladang getah dan kemudian ladang kelapa sawit. Tanah yang tinggi dan beralun-alun telah diratakan oleh kontraktor perumahan.

Penduduk taman ramai orang Melayu. Ada rumah teres dan ruamh pangsa. Jadi taraf hidup penduduknya berperingkat-peringkat. Orang Melayu ramai bekerja di sektor kerajaan seperti guru dan pegawai kerajaan. Selain itu mereka bekerja di kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Bandar Baru Bangi , Kajang, Semenyih dan di Beranang.

Di taman ini terdapat sebuah surau yang dibina atas inisiatif Tabung Haji dan kutipan derma dari penduduk taman ini. Di hahagian depan , terdapat pula deretan kedai seperti kedai runcit, dobi, restoran , perabot dan lain-lain.